Bawa Anak Kecil Sokong Pasukan Bola Sepak #KL2017 Di Stadium Tanpa Perlu Meragam. Ibu Ini Kongsi Caranya

Share

Siapa cakap mak-mak yang ada anak kecil tak boleh jadi penyokong pasukan bola sepak dan menontonnya di stadium. Bagi yang minat bola sepak, ada anak kecil bukan penghalang untuk sama-sama membangkitkan semangat skuad bola sepak Malaysia dalam Sukan SEA 2017.

Puan Rohaizah Maulud atau lebih mesra dikenali sebagai Ezo membuktikan ada anak kecil tetap boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium. Menyokong minat suami dan dua anak perempuannya yang sudah remaja dan amat meminati bola sepak, Ezo turut membawa Rayqarl Daniyal, 3 tahun menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

 

Dia mula membawa anak bongsunya, Rayqarl ke stadium menonton bola sepak ketika si kecil berusia 2 tahun lagi. Ibu tiga anak ini yang juga penyokong tegar skuad bola sepak JDT berkongsi tips yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu lain apabila hendak membawa anak kecil ke stadium menonton bola sepak.

  1. Pastikan anak cukup rehat sebelum pergi ke stadium. Tidur dan rehat yang cukup membantu si kecil ceria dan kurang tantrum.
  2. Bawa bekalan makanan dan minuman yang cukup sebelum perlawanan bermula.
  3. Ajak anak sama-sama join penyokong lain bersorak supaya dia tak rasa bosan dan mula meragam.
  4. Kena selalu beritahu dia tentang bola sepak dan rancangan untuk pergi menonton bola sepak di stadium.
  5. Awasi pergerakan dan keselamatan anak sepanjang masa semasa di stadium bola sepak.
  6. Sediakan kipas kecil untuk mengurangkan anak rasa tak selesa dengan suasana stadium yang panas.

Katanya lebih mudah dia dan suami membawa Rayqarl ke stadium kerana si kecil itu sendiri sangat meminati bola. “Jadi tak ada masalah bagi saya nak bawa dia ke stadium,” akhirinya yang berharap supaya pasukan negara dapat menggondol pingat emas dalam Sukan SEA kali ini.

Published by
Shahar Najmi