Aidilfitri kali ini bukan sahaja menggembirakan semua orang kerana sudah boleh pulang ke kampung halaman masing-masing selepas dua tahun tidak meraikannya bersama keluarga.
Tetapi ia turut meraikan kepulangan populasi haiwan terancam Tuntung ke Sunway Lagoon.
Sunway Lagoon dengan kerjasama PERHILITAN memperkenalkan tarikan baharu iaitu program ‘River Terrapin Conservation Awareness.’ Raya kali ini merupakan satu kepulangan sahabat Tuntung Sungai kami ke Sunway Lagoon.
Matlamat program ‘River Terrapin Conservation Awareness’ ini adalah untuk memperkembangkan populasi liar haiwan ini, kerana ia disenaraikan sebagai salah satu ‘Spesis Terancam yang Kritikal’ dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Malaysia 2010.
Sunway Theme Parks dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya Matlamat 17 – Kerjasama untuk capai matlamat menghidupkan semula usaha kerjasama bagi pembangunan lestari.
Spesis Tuntung Sungai ini boleh ditemui di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Selatan Thailand. Sebanyak empat ekor Tuntung Sungai yang ditempatkan di rumah baharu mereka di taman Sunway Lagoon Wild Life.
Aktiviti pemuliharaan ini bermula daripada pengumpulan telur, pengeraman, penjagaan selepas menetas dan pelepasan Tuntung muda ke habitat asal supaya ianya boleh dikawal selia dan dipantau rapi oleh pegawai PERHILITAN.
Semua langkah ini bertujuan untuk memperluaskan populasi mereka. Aktiviti kesedaran pemuliharaan lain juga akan dianjurkan dengan kerjasama PERHILITAN pada masa akan dating.
Bawa Keluarga Tengok Kijang Raya Nanti
Selain daripada Program Kesedaran Pemuliharaan Tuntung Sungai di Sunway Lagoon, rakan saudara kami Sunway Lost World Of Tambun akan mengalu-alukan sepasang Kijang ke Sunway Lost World Petting Zoo pada Hari Raya ini.
Ini adalah program pertukaran haiwan dengan rakan kongsi lama kami, Zoo Melaka dengan kelulusan pihak PERHILITAN. Para tetamu akan dapat melihat mereka bermain-main dengan Kijang kami hanya di Sunway Lost World Of Tambun.
Tahun ini lebih bermakna kerana kita dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang tersayang dan bersatu semula bersama saudara yang dekat dan jauh. “Cahaya Aidilfitri” menjadi tema Raya kami pada tahun ini agar kita dapat meraikannya dengan penuh gemilang.
Kami mengalu-alukan semua tetamu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun dari 18 April 2022 hingga 2 Jun 2022.
Bawa keluarga serta rakan-rakan anda ke Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun untuk merasai sambutan ‘Cahaya Aidilfitri’ Sunway Theme Parks.
Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks berkata, “Sunway Theme Parks sentiasa mencipta tarikan yang luar biasa untuk tetamu kami. Dengan kerjasama hebat bersama pihak PERHILITAN ini, kami dapat menyediakan aktiviti pembelajaran yang unik untuk tetamu bersempena sambutan Hari Raya kali ini’’
Setiap tetamu, sama ada tua atau muda yang berkunjung ke Sunway Lagoon atau Sunway Lost World Of Tambun akan dapat merasai pengalaman yang lebih mendalam dengan Tuntung Sungai dan Kijang kami”.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI