Bergelar ibu dan pelajar bukan tugas mudah apatah lagi bila terpaksa membawa bayi ke kelas bersama disebabkan taska tutup dan tiada siapa boleh menjaga si kecil.
Bekas pembaca berita dan wartawan penyiaran, Naniroc atau nama sebenarnya Nur Shazwani Roslan memang seorang ibu yang bertuah melalui pengalaman tersebut.

Beliau yang kini melanjutkan pelajaran di peringkat Masters Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Shah Alam berkongsi posting di laman instagramnya pengalaman membawa bayi Ahya Khausar Ahmad Khuzaie, 4 bulan bersama ke kelas.

Semuanya berlaku apabila pensyarahnya Mazlina Mansoor yang mengajar kelas

IKLAN
Media Law & Regulations membenarkan dia membawa bayi ke kelas selepas  memaklumkan tidak boleh hadir kelas disebabkan taska anaknya tutup.

IKLAN
IKLAN
Saya mesej pensyarah dan memberitahu tak boleh hadir kelas hari ini sebab anak tiada siapa nak jaga, dia kemudian mencadangkan saya bawa sahaja anak ke kelas! Mulanya saya fikir itu satu idea yang teruk memandangkan Ahya agak kuat meragam dan merengek beberapa hari lepas, takut gila! Tapi sebab semua dah teruja nak jumpa Ahya..angkut jela. Alhamdulillah bayi masters saya macam mommy dia masuk kelas terus mengantuk, tidur sepanjang kelas! Tak sempat nak buli aunties semua. So Ahya pecah record tak jadi student masters paling muda? 
Bawa Bayi Ke Kelas, Bekas Pembaca Berita Ini Hargai Keprihatinan Pensyarah Dan Rakan Sekelasnya
“Kisahnya daycare anak tutup 2 minggu sebab ada kes HFMD so masa 1st week husband jagakan kalau saya ke class. Nak jadi cerita hari tu tak ada siapa nak jagakan anak so bagitau pensyarah yang tak dapat datang, dia terus jawab bawa ja dia tak kisah, kalau baby meragam dia tak kisah saya keluar masuk kelas. Classmates pun supportive semua janji nak jaga.
Sebenarnya tak sangka dia sleep through class 3 jam tapi sebab satu kelas supportive. Sorang bawak kipas portable halakan dekat baby, lepas tu padam semua lampu bagi kelas gelap, pensyarah pun ingatkan kelas baby tidur so jangan cakap kuat-kuat. Hehe Alhamdulillah nyenyak dia pukul 2-5 pm,” cerita Naniroc yang sangat menghargai keprihatinan pensyarah dan rakan-rakan sekelasnya.
Bawa Bayi Ke Kelas, Bekas Pembaca Berita Ini Hargai Keprihatinan Pensyarah Dan Rakan Sekelasnya
Kini Naniroc yang sudah berada di tahun akhir pengajian banyak melakukan tugas-tugas mengacarakan majlis secara freelance selepas bergelar pelajar kembali.

Sumber: Instagram naniroc

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI