Hujung tahun ni memang banyak orang akan habiskan cuti tahunan dan pergi ke destinasi pilihan untuk habiskan masa Bersama keluarga tersayang. Ada yang dah rancang lama dan ada juga yang suka buat plan last minute. Mana pun destinasi tujuan yang penting masa berkualiti yang diluangkan Bersama anak-anak dan suami itu paling utama.

Sebelum ini dah tular tentang kewajipan penggunaan carseat untuk kanak-kanak tahun hadapan. Tapi pernah tak mak ayah terfikir nak bawa carseat ketika melancong dengan pesawat?

Bunyinya mungkin kedengaran agak janggal kan? Tapi melalui satu perkongsian oleh Salwa Abu Bakar, semuanya mungkin. Menurut perkongsian tersebut, wanita ini lebih selesa membawa sendiri crs ketika melancong atas sebab beberapa faktor.

Berikut adalah perkongsiannya:

Kegigihan kami laki bini angkut crs anak-anak.

Kami lebih prefer bawa sendiri crs anak2 bila travel naik flight disebabkan beberapa faktor

1. Dari rumah nak ke airport naik grab/socar one way, so kena la ada crs
2. Bila sampai destinasi tak perlu pening2 nak fikir crs anak. Jenis tak yakin utk sewa crs sebab taktau history crs tu macam mana.
3. Anak sulung selalu muntah so tak yakin nak sewa crs org.

Kenapa tak check in je crs tu? Kenapa nak susah2 angkut naik flight?

Sebab kami ada experience foam putih dalam cover crs tu crack/patah masa check in crs so dah jadi tak yakin dah. Lagipun anak lebih selesa duduk dalam crs dalam flight. Nak tido pun selesa.
Sedikit tips untuk parents yg bercadang nak guna crs dalam flight:

1. Pastikan CRS Boleh Digunakan Dalam Pesawat
Pastikan crs anak anda approve untuk digunakan dalam airplane. Kalau FMVSS crs, ada sticker FAA approve di body crs tu.

2. Sahkan dengan syarikat penerbangan
Confirmkan dengan airlines yg akan digunakan sama ada mereka membenarkan penggunaan crs dalam pesawat atau pun tidak. Kalau AirAsia, memang benarkan n ada dinyatakan dalam website. Kalau staff kat airport tak bagi, korang tekankan balik pasal policy yg diorang nyatakan kat website tu.

Boleh rujuk link ni https://support.airasia.com/…/Can-I-take-a-child-car-seat-e…


3. Beli seat ekstra untuk anak/infant
Kalau anak anda bawah 2 tahun (belum ada seat sendiri) beli extra seat untuk letakkan crs anak tersebut. Macam kami, Naeem masih kategori infant. So kami beli je extra seat untuk dia. Ni wajib ya. Sebab kalau tak ada seat, takkan mak nak riba crs anak. Memang tak boleh la ya.

4. Datang ke lapangan terbang awal
Datang awal ke airport. Ni paling penting sebab biasanya memang akan ada masalah sikit nak bawa crs naik ni. Masa nak drop luggage, inform staff kat situ dulu. Kalau dia kata tak boleh, ingatkan dia tentang apa yg dinyatakan di website dia berkenaan penggunaan crs dalam pesawat (ni utk airasia la). Lepas dh settle kan check in, nk masuk ke bahagian international/domestic departure tu pun selalu kena soal lagi dan dia suruh check in crs tu. Ulang step yg sama macam di check in counter tadi.



5.Maklumkan kepada staff gate
Tak habis lg kat situ. Bila dah sampai gate, make sure inform staff kat gate tu yang kita ada bawa crs yang nak digunakan dalam pesawat. Dan kalau dia ulang benda sama suruh check in/letak dalam perut kapal, ulang langkah yg atas tadi. Pastikan korang ada beli extra seat untuk infant ya.
Masa kat gate ni paling penting sebab staff akan benarkan korang masuk awal. So takdalah bersesak2 nak angkut crs bersama penumpang yg lain kan.

6. Tunjuk sticker pengesahan penggunaan CRS dalam pesawat
Dah masuk ke pintu pesawat, kena soal lagi sekali? Ulang langkah yg sama sambil tunjukkan sticker airlines approved seat tu. Biasanya pramugara/pramugari diorang ok je bila dah tunjuk sticker tu dan siap offer belt extender lagi kalau seatbelt tak cukup panjang utk install crs. Utk airasia, kalau tak silap dia hanya benarkan forward facing seat sahaj dipasang di seat dan mesti dipasang di tepi tingkap.

7. Kerjasama dengan suami
Sepakat membawa berkat. Kerjasama antara suami isteri sgt penting untuk menjayakan usaha ini. Tanpa kerjasama, boleh gaduh bermasam muka juga pasal nak angkut crs ni. Sebab ada part tertentu yang korang terpaksa angkat crs tak boleh guna troli. Selain dari tu, pastikan anda mempunya tenaga yang cukup untuk menjayakan misi ini.

Ni cara kami angkut crs lagi2 time tak boleh guna troli
https://www.facebook.com/1070833885/posts/10217246477448578?d=n&sfns=mo

Btw crs yang digunakan adalah
Kakak: Cosco Mightyfit berat dalam 4.3kg kot
Adik: Cosco Scenera Next berat dalam 3.2kg

sumber: Salwa Abu Bakar