Pengumuman PKP diseluruh negara bermula esok sudah pastinya membuatkan hati sesiapa pun turut bersedih kerana tidak dapat beraya semeriah dulu. Namun, redalah kerana inilah yang terbaik buat kita semua demi mengekang penyebaran Covid-19 dari terus merebak dan mengancam nyawa.
Bersyukur dan reda dengan aturan Allah itu sebaiknya. Penulis Pn Najibah Mustaffa ini banyak benarnya. Tidak perlu merasa marah, sedih dan terkilan sebaliknya kitalah yang perlu membangkitkan mood dan suasana raya pada anak-anak, walau hanya di rumah. Biar anak-anak merasa nikmat dan bahagianya beraya.
Ini yang dikongsikan oleh beliau.
PKP 3.0. Ramai yang marah dan geram dengan keputusan mengejut begini. Rentas negeri, rentas daerah, bahkan nak rentas pagar rumah jiran pun tak boleh. Allahu, sungguhlah ia ujian emosi, ujian sabar, ujian lidah dan jari jemari juga buat kita di hujung Ramadhan begini.
Saya pun sedih. Geram pun ada lah juga bab mengejut gini. Cumanya saya fikir. ‘Orang atas’ tentu tidak mahu buat keputusan tidak popular begini. Dikecam sana sini. Sampai ada rakyat sebut “takpe tak bagi aku balik raya. Nanti pilihanraya tunggu, aku tak bagi undi”. Ha lebih kurang macam itu. Kan rugi tu bab sokongan politik.
Tapi tapi…ia tentunya dibuat atas pelbagai pertimbangan, maslahah nyawa lebih besar daripada keinginan kita semua untuk bergembira di Aidilfitri. Kata orang, ibarat tarik rambut daripada tepung. Rambut tak putus, tepung tak bersepah. Ia kerja sukar.
Selalu dah dengar ceramah tentang akhir zaman. Keadaan manusia nanti macam mana. Terasa seperti ia permulaan kepada keadaan itu. Jadi nak marah, bergaduh, keadaan jadi serba tak kena. Entah bagaimana ye keadaan tahun tahun mendatang.
Bab raya ni. Saya cuma fikir begini untuk pujuk hati. Sudah berpuluh tahun Allah beri kita keseronokan berhari raya. Packing beg baju, balik kampung. Tempuh perjalanan jauh sambil dengar lagu raya. Bila terperangkap jammed tu. Dia menambahkan memori raya kita. Memang indah.
Tapi itulah. 2 tahun ini Allah uji kita begini. Bukan kita saja. Pandemik satu dunia. Jadi kita pujuk pujuk hati, duduk sekejap fikir yang baik dan besarkan syukur. Syukur ya Allah, kita masih sihat. Paling kurang ada pasangan dan anak-anak depan mata.
Mak ayah dan adik beradik yang jauh dimata, kita rentas ke hati mereka dengan doa insyaallah. Ada saudara kita di luar sana Aidilfitri mereka di katil hospital, sedang bertarung nyawa. 😥 Dan lagi sedih ada yang sedang menangisi pemergian insan tersayang.
Dan bila raya di rumah sendiri begini. Kita wujudkan suasana itu. Ajaklah pasangan dan anak-anak. Kemas rumah, pasang lagu raya. Lagu raya Dato’ Alif Syukri tengah trending katanya.
Ceritakan kepada anak-anak bagaimana sunnah Rasulullah SAW menyambut Aidilfitri – pada ruang terbatas yang boleh kita lakukan.
Bawa jiwa emak-emak, sediakan juga menu raya. Raikan anak-anak yang gigih berpuasa. Biar mereka rasa gembira. Masak lebih pun tak apa. Boleh hantar ke rumah jiran. Sangkut dipagar boleh, jaga jarak sosial.
Malam malam pasang pelita ke, lampu liplap ke. Ajak anak isi kuih raya dalam balang. Walaupun nantinya kita anak beranak je yang ulang makan. Malam raya kita takbir sama-sama. Buat macam kita selalu buat tu bila balik kampung. Cuma bezanya kali ini ia berlaku di rumah kita. Baju raya tu kita pakai je lah. Bergambar kenangan sekeluarga. Nanti nantinya ia akan jadi memori mahal.
“Dulu tahun 2021 semua kita raya di rumah masing masing je”.
Ada perkara di luar kawalan kita. Dan ketika itu kita pilih untuk buat apa yang kita boleh. Terjumpa satu quote yang beri semangat juga kepada saya.
“If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow”.
Bab sabar, redha ini pun dalam Al-Quran banyak ayat yang memotivasikan. Insyaallah, kita mulakannya sekali lagi. Sama sama. Kita yakin satu perkara, buat sama sama dan berjemaah ini ada kekuatan padanya. Insyaallah.
Dan dalam munajat kita di hari hari akhir Ramadhan ini. Doakan juga frontliners agar mereka terus kuat. Katil ICU pun dah sampai tahap maksimum tu. Mereka penat lama dah. Dan mereka pun ada keluarga. Raya nanti pun mesti ramai frontliner kena kerja. Kan?
Barangkali asbab doa doa kita yang bersatu. Allah beri jaluran rasa yang kuat kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan sebaiknya. Aamin.
Catatan selepas Subuh. Dan status ini pun barangkali tidak popular huhu.🙏 Cuma berkongsi isi hati dengan niat menguatkan rasa.
Menarik: Mata Pejam, Makan Tetap Makan, Gelagat Anak-Anak Selebriti Berpuasa Buat Wargamaya Terhibur
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Najibah Mustaffa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI