Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.
Untuk episod ketujuh yang telah bersiaran pada 6 Mei 2023 yang lalu telah memaparkan Yasmin Hani bersama anak-anak lelakinya iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong pergi berkhemah. Mereka bertiga turut ditemani oleh Cristina Suzanne dan anaknya, Adrian Noah.
Kali ini mereka semua berkhemah dan banyak meluangkan masa untuk mengajar anak-anak tentang alam semulajadi. Biarpun baru berkenalan namun Noah, Eissa dan Adrian mudah bergaul dan sangat mesra.
Ads
Selain memberi kambing dan kuda padi makan, kedua-dua ibu ini juga membawa kesemua anak mereka mandi sungai. Bukan saja dapat melatih skil komunikasi bahkan kemahira kendiri apabila mereka pergi berkhemah.
Ads
Yang menariknya, mereka turut bermain permainan teka perkataan dengan klu yang diberi. Biarpun Adrian tertidur, namun Cristina tetap memberi komitmen untuk menghabiskan permainan tersebut bersama Yasmin dan anak-anaknya.
Yasmin juga sempat berkongsi pendapatnya tentang sifat Cristina sebagai seorang ibu yang penyabar. Dia juga mengatakan Cristina akan membesarkan anaknya dengan baik dengan cara menjadi sahabat kepada Adrian.
Ads
Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta keluarga diketengahkan melalui ruang luas yang dapat menempatkan banyak barang. selain itu, compartment tertentu di dalam kereta ini. Best betul!
Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.
Untuk episod ketiga yang telah bersiaran pada 08 April 2023 yang lalu telah memaparkan keluarga Linda Rafar meluangkan masa bersama Diana Rafar serta suami dan anak-anak mereka. Seronok tengok bila mereka bersungguh-sungguh menyediakan juadah buat golongan gelandangan di Anjung Kembara – Pusat Transit Kuala Lumpur.
Linda telah merancang untuk memasak dan mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan dan mendapat sokongan dari suaminya, Syed Aiman dan anak bongsu mereka Syed Rezaliif. Untuk menjadikan aktiviti itu lebih bermakna, Linda mengajak adiknya, Diana Rafar serta suami, Zamarul Hisham untuk bersama mereka.
Selbelum ke Anjung Kembara, mereka telah ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan untuk juadah yang akan disediakan. Bagi memudahkan kerja, Linda dan Diana telah berpecah dan mencari barangan bersama suami dan anak masing-masing sebelum membuat persiapan memasak.
Juga berborak tentang topik Sharing Food for Ramadan bersama Diana dan Zamarul, kedua-dua pasangan ini bersetuju untuk mendidik dan memupuk amalan bersedekah sejak anak masih kecil. Bahkan ketika mengadakan makanan di Anjung Kembara, mereka sempat bertanyakan tentang pengalaman berpuasa kepada Kashfi Haikal iaitu anak kepada Diana dan Zamarul.
Menurut Diana, sekiranya ibu ayah telah menunjukkan contoh serta mendidik anak-anak tentang amalan memberi kepada golongan susah, ia akan membuatkan mereka faham erti bersedekah. Menurut Zamarul pula, mendidik anak bukan sekadar tentang pelajaran tetapi mengajar anak untuk peka dengan sesuatu perkara.
Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta keluarga diketengahkan melalui peredaran udara penghawa dingin terbaik bagi memastikan semua penumpang selesa dan merasai kedinginan yang menenangkan.
Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak bawa anak-anak berjalan jauh, penting untuk mama papa pastikan keselesaan mereka. Bila anak selesa, mereka seronok dan lebih menghayati perjalanan dan pastinya ‘drama’ di dalam kenderaan dapat dielak! Bukan mudah nak pastikan anak-anak behave sehingga tiba ke destinasi, jadi mama papa perlu sentiasa bersedia supaya perjalanan lebih lancar.
Bukan saja mama papa mahu pastikan keselesaan anak tetapi juga keselamatan mereka sepanjang perjalanan. Untuk keluarga besar terutamanya, ruang yang sempit di dalam kereta mungkin menjadi faktor anak-anak tidak selesa bahkan berbahaya dari segi keselamatan sekiranya mereka terpaksa berhimpit tanpa mengenakan tali pinggang keledar atau car seat.
Ada beberapa cara yang boleh mama papa buat untuk pastika keselesaan dan keselamatan anak terjamin sepanjang perjalanan:
Gunakan Car Seat
Sebenarnya penggunaan car seat bukan hanya penting dari segi keselamatan anak tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk lebih selesa berada di tempat duduk sendiri.
Mereka juga lebih selesa untuk bermain atau tidur di atas car seat. Pilihlah car seat yang sesuai mengikut spesifikasi anak untuk memastikan keselesaan anak.
Berhenti & Rehat
Perjalanan yang lama akan membuatkan anak merasa bosan dan mula meragam. Untuk mengelakkan masalah ini, sekurang-kurangnya berhentilah dua kali sepanjang perjalanan untuk merehatkan tubuh yang kepenatan kerana duduk lama.
Ini juga sangat penting untuk mama papa yang memandu kerana kita cenderung mengantuk sekiranya terpaksa mengharungi perjalanan yang lama. Berhenti seketika dapat membantu kita untuk refresh semula.
Sediakan Makanan & Hiburan
Antara persediaan yang perlu dibuat adalah menyediakan makanan dan hiburan untuk anak. Ia dapat mengalih perhatian anak yang mungkin merasa bosan apabila terpaksa berada lama di dalam kereta. Makanan ringan seperti sandwic atau biskut sudah memadai, sekadar untuk mengalas perut.
Bukan itu saja, mama papa boleh sediakan hiburan seperti mainan untuk anak. Pasang juga lagu kegemaran mereka di dalam kereta. Tahukah anda sekiranya anak mendengar muzik atau lagu yang digemari boleh merangsang rasa mengantuk. Oleh itu, mereka lebih tenang dan mudah untuk tertidur.
Perjalanan Lebih Enjoy Dengan Mitsubishi XPANDER!
Berjalan jauh dengan kereta yang selesa akan membuatkan perjalanan lebih enjoy dan mengujakan. Itulah sebabnya mama papa perlu pertimbangkan untuk memiliki Mitsubishi XPANDER. Lebih luas, lebih selesa!
* Guna Enjin MIVEC
Menggunakan enjin MIVEC Aluminium Block Engine yang menggabungkan keseimbangan kuasa yang sempurna dan lebih efisen. Kurang bunyi dan jimat minyak, memang terbaik!
* Sistem ARM & ABS Berkualiti
Bagi memastikan kita lebih peka ketika memandu, Mitsubishi XPANDER didatangkan dengan sistem All-Round Monitor (ARM) yang sangat berfungsi terutamanya untuk melihat titik buta. Ia juga didatangkan dengan ABS yang berkualiti bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang.
* MPV 7 Tempat Duduk
Lebih luas dan selesa kerana MPV ini mempunyai tujuh tempat duduk yang pastinya sangat sesuai untuk keluarga besar.
* Peredaran Udara Penghawa Dingin Terbaik
Peredaran udara penghawa dingin terbaik bagi memastikan semua penumpang selesa dan merasai kedinginan yang menenangkan.
* Pemanduan Lebih Stabil
Mitsubishi XPANDER menjanjikan kestabilan pemanduan yang lebih selamat sepanjang perjalanan.
Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.
Untuk episod kelima yang telah bersiaran pada 15 April 2023 yang lalu telah memaparkan keluarga Fiza Frizzy meluangkan masa bersama Nadia Annuar dan anak perempuannya, Dya Naylaa.
Kali ini, mereka berada di Fun X World, Summit USJ sebuah taman permainan indoor yang mempunyai pelbagai permainan interaktif bersesuaian untuk aktiviti bersama keluarga. Sebelum beriadah di sana, Fiza telah megalirkan air mata kerana sebak apabila bercerita tentang anak sulungnya yang selalu dimarahi.
Fiza tertanya-tanya mungkinkah kerana anaknya itu mempunyai adik yang ramai pada usia yang masih kecil membuatkan dia kurang perhatian dan adakah dia sudah menjadi ibu yang terbaik buat mereka semua.
Bercerita tentang hobi pula Fiza dan suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak, Fazli Zulkifli, berkongsi tentang minat anak-anak mereka. Mohd Faeeq Zuhayr yang berumur lima tahun lebih sukakan aktiviti lasak manakala adiknya Mohd Fahad Syamel berminat dengan bola sepak.
Nadia Annuar pula memberitahu Dya Naylaa suka bermain game dan mempunyai minat yang berbeza sedikit berbanding kanak-kanak perempuan yang lain.
Mereka juga mengamalkan didikan mengikut keadaan dan tidak mempunyai sebarang garis panduan yang perlu diikuti ketika membesarkan anak-anak.
Yang menariknya, mereka turut bermain hide a seek. Biarpun baru saja berkenalan, Faeeq dan Dya Naylaa serasi bersama dan boleh berkongsi. Aktiviti begini dapat melatih kemahiran sosial anak-anak dan membentuk minat mereka.
Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta keluarga diketengahkan melalui keluasan di dalam kereta yang pastinya memberi keselesaan kepada seluruh famili.
Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Takdir Allah mendahului segalanya. Seorang pelajar semester akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, yang bercita-cita menjadi ustazah, pergi menghadap...