“Tak nak baju ni..nak baju tu. Uwaaa…Si anak menangis. Ni baju jalan. Kita bukan nak gi jalan. Nak tidurla. Dah nak malam ni sayang.”
Mama memujuk dengan baik. Okay permulaan yang cantik.
“Tak nak…nak yang tu jugakk. Uwaa…” Makin kuat tangisan anaknya.
“Ala..pakai jela baju ni. Adikkan baik..comel..” Mama berusaha pujuk lagi.
“Tak nak..tak naklah..” Alahai, si anak menguatkan suaranya sambil membaling baju-baju yang berlipat dari drawer pakaiannya, habis bersepah pakaian yang dah dilipat.
Pakkk..pakk..pakk..tepukan yang kuat mengenai tangan si anak.
“Haaa…kan dah kena tepuk tangan tu. Ini yang buat mama marah ni. Cakap elok-elok tak nak dengar. Kena mama buat macam ni, baru boleh nak dengar. Tau tak, mama penat lipat kain ni semua. Senang-senang je adik buat sepah balik. Dah diam..diam..jangan nangis dah.” Mama tewas akhirnya. Mama dah naik angin.
Tangisan anak makin kuat. Mama makin geram.
“Adik simpan balik semua baju-baju ni. Mama turun jap hidang makan. Kang mama naik semula, mama nak tengok semua dah kemas. Kalau adik tak kemas jugak…siapp.” mama tambah dengan ugutan.
Lepas selesai, mama jenguk si anak balik. Anaknya tertidur dalam tangisan. Dengan tak berpakaian.
Allah…sedihnya tengok anak camtu. Terbit air mata kesayuan si mama tadi. Sedih lihat keadaan anaknya yang tertidur dengan emosi begitu.
“Kesiannya anak aku.” Nampak kesan merah pada tangan anaknya akibat ditepuk kuat tadi.
“Kenapalah aku ni nak keras sangat kat adik. Dia lapar agaknya tadi. Sebab tu keluar perangai macam-macam. Aku ni pula tak faham-faham.”getus hati si mama menyesali apa yang jadi.
Kesian anak 3 tahun ni ??? Meh sini sayang semua.
Terutama yang ada anak bawah 3 tahun. Mesti tak nak benda seumpama kisah yang Ibu kongsi tadi jadi kat anak-anak sayang kan?
Apa yang jadi kat anak tu tadi?
Itulah namanya TANTRUM.
Anak di bawah 3 tahun terutamanya, selalu jadi Tantrum ni. Fasa yang Ibu selalu sebut Fasa Individuating.
Masa anak tu tantrum, jangan sekali-kali dirotan, dipukul, ditepuk atau disakiti masa dia tengah ngamuk tu.
Never…nehi..nehi..no..no..jangan..jangan..
Kenapa?
Sebab KECEDERAAN EMOSI boleh jadi sangatttt kuat masa anak tu anak dah hilang kawalan dirinya. Ibarat kata, monsternya sudah keluar.
Kadang-kadang dia pun takut pada dirinya, bila dia dah transform jadi monster tu.
Jika terdaya, peluklah sehingga dia tenang. Peluk kuat-kuat sambil membaca ayat Al-Quran.
Masa peluk anak tu, kuatkan rasa kasih sayang dan kasihan kepadanya.
Keadaan yang TENANG di dalam diri anda itu akan meresap kepadanya dan dia akan tenang.
Aha..tang ni la cabarannya. Sebab anda kena TENANG dulu. Kalau tak tenang, tak dapekla nak membueknyo.
Anak mengamuk ni mesti ada sebab yang munasabah sebenarnya. Anak jadi tidak boleh dikawal mungkin sebab terlalu letih, lapar, terlalu kecewa, terlalu bergolak emosinya.
Merotan atau menyakiti anak, masa kejadian tu hanya akan menguatkan kesan negatif di dalam diri anak itu. Takkan membantu apa pun.
Apa yang jadi akhirnya..adalah rasa menyesal dan bersalah atas ketelanjuran. Kalau sekali dua jadi, tahan lagi. Tapi, kalau tiap kali anak tantrum, si mama pun tantrum sama.
Agak-agaklah, apa akan jadi dengan pertumbuhan emosi anak?
Agak-agaklah, apa yang tersimpan dalam minda bawah sedarnya?
Agak-agaklah, apakah kenangan membesar yang paling diingatinya?
Agak-agaklah, mampu tak anak jadi orang yakin diri?
Fikir-fikirkan lah.
Sumber: Yasmin Sari & Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI