Bagaimana untuk tangani fasa individuating anak yang berumur 4 tahun? Sebenarnya, Fasa individuating ini seharusnya berakhir pada umur 3.5 tahun. Namun, ada juga anak-anak yang sedikit lambat perkembangan emosinya. Banyak faktor yang menyebabkan fasa ini lambat berakhir.

Apa yang berlaku pada anak 4 tahun, seharusnya anak ini sudah mula memahami emosi, mula bijak mengurus emosi sendiri, sudah pandai meluahkan dengan cara yang betul dan mampu untuk mengikut arahan. Namun, untuk mencapai tahap ini, ibu bapa sudah banyak mendidik dan membimbing emosi anak pada usia sebelum 4 tahun.

Janganlah pula ibu bapa merasa gagal, apabila pada umur ini, anak masih berkelakuan seperti anak umur 2 tahun. Tiada istilah gagal dan terlambat dalam parenting.

Kita adalah ‘leader’, ‘person in charge’ pada anak-anak.

Bawah 4 Tahun Fasa Mengamuk Tu Biasa. Cuma Jadi Sukar Bila Ibu Bapa Cepat Naik Tangan Hilang Sabar

Mereka hanya mengikut corak dan acuan kita. Terus upgrade ilmu dan perkasakan amalan, mudah-mudahan anak-anak akan lebih bijak EQ dan SQ nya. Kenapa bukan IQ? IQ penting juga, tapi EQ dan SQ jauh lebih penting dan besar pengaruhnya dalam kehidupan hingga dewasanya dia.

Baiklah, ‘straight to the point’. Saya berikan satu gambaran situasi agar ibu bapa mudah memahami apa yang dikatakan tangani fasa ini bagi anak umur 4 tahun dengan kata-kata dan tindakan.

Situasi :

IKLAN

Ibu mahu membeli barang di kedai dan akan bawa anak berumur 4 tahun bersama.

Ingat ya ibubapa hebat semua, kita semua mahu jadi ibubapa yang loving&firm, penyayang & tegas BUKAN penyayang ATAU tegas. Lain tu.

So, sebelum si ibu ini mahu keluar, ibu ini perlu beritahu anak ke mana yang mereka mahu pergi dan buat perjanjian. Ini sangat bagus ye, bagi mengelakkan berlakunya ‘drama’ yang tidak diingini.

Ibu boleh katakan pada anak, “Adik, kita akan ke kedai kejap lagi. Ibu akan bawa adik bersama. Ibu hanya mahu beli gula dan tepung. Di kedai nanti akan ada banyak barang. Adik boleh beli barang di situ nanti. Tapi hanya SATU barang dan harga tak lebih dari RM2. Sebab ibu akan bawa duit cukup-cukup saja. Sekiranya adik mahu lebih dari RM2, kita terpaksa pulang tanpa adik dapat beli apa-apa. Boleh kan.” Kemudian anak kata boleh.

Seterusnya kita ke kedai yang dijanjikan. Ingatkan lagi perjanjian di rumah tadi sebelum masuk ke kedai.

IKLAN

Tapi, setibanya di kedai anak buat akal. Dan ‘break the agreement’.

So, apa yang ibu perlu buat hanya kotakan kata. Sebelum tu, ingatkan semula perjanjian di rumah tadi.

Bawah 4 Tahun Fasa Mengamuk Tu Biasa. Cuma Jadi Sukar Bila Ibu Bapa Cepat Naik Tangan Hilang Sabar

“Ingat lagi tak, kan kita dah janji kat rumah tadi, adik cuma boleh beli SATU barang yang tak lebih RM2. Kita manusia berpegang pada janji. Maka kita terpaksa balik sekarang tanpa adik dapat beli apa-apa”.

IKLAN

Andai anak tetap mahu dengan kehendaknya yang luar perjanjian, kita cepat-cepat dapatkan barang kita dan kita terus pulang. Ya, drama itu akan berterusan. Biarkan dan buat muka tebal. Buat dekkk je kat mata-mata yang memandang. Ini anak kita, kita yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik.

Bila dah sampai rumah, dan setelah anak reda dan tenang. Kita rasionalkan padanya kenapa kita bertindak begitu. Ulangkan apa yang kita janjikan sebelum itu dan kenapa kita tak beli apa yang dia mahu.

Ini yang dinamakan TEGAS.Kita sedang mendidik anak untuk berpegang pada janji dan memahami yang ibu tegas dan berpendirian. Banyak yang anak dapat pelajari dari peristiwa ini. Belajar ber’negosiasi’, bertolak ansur, berpegang pada janji, tetap pendirian…MasyaAllah, bila dari awal lagi anak sudah di didik begini, apakah natijahnya bila dewasa?. Mudah-mudahan akan jadi anak yang berjaya dan berjasa.

Itu yang dikatakan mendidik anak fasa individuating bagi anak 4 tahun dengan kata-kata dan tindakan. Tindakan yang bertegas. Dalam konteks kisah ini, ibu pulang ke rumah atas perjanjian bersama sebelum itu.

Ingat ya, ibu bapa adalah pemimpin. Didik anak dengan lembut dan tegas.

Mari amalkan Loving & Firm Parenting Style. Mudah-mudahan generasi yang kita sedang bina adalah generasi yang bijak emosi yang mampu bersimpati dan berempati pada orang lain.

Sumber: Yasmin Sari (Blog Ibu Rose)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI