Bawang, Halia & Cili Kisar Tahan 3 Bulan Tak Berkulat, Pantang Ni Jangan Buat, Memang Tahan!

Share

Mengisar bahan tumisan seperti bawang, halia dan cili kisar lebih awal sememangnya memudahkan. Lebih jimat masa memasak, lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja.

Pun begitu, bahan kisar ini bukanlah tahan lama. Tetap perlu dimasak dengan pantas dan paling tidak, tahan hanya seminggu sahaja.

Perkongsian tip dan petua agar tahan lama sampai tiga bulan yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila ini mak-mak kena cuba. Memang tahan lama, asalkan jangan langgar pantang. Wajib cuba!

TIPS simpan Stock Bawang blender Tahan 3 bulan. Mai cikdyg nak share sikit cara-cara cikdyg simpan cabai bawang halia bagi tahan lama.

Senang la bila nak masak lauk pauk ka, mee goreng ka, bihun goreng ka, keytiau ka. Teruih cedok ja. Tak payah susah-susah nak kupas bawang 2-3 kali.

Sebab tu kalau tetamu mai umah cikdyg. Sat saja cikdyg masak. Macam pelesit.

Stock cikdyg buat ni kalau rajin masak 2 minggu habis dah. Tapi kalau malas masak, stok ni 3 bulan pun tahan lagi tau. Wajib simpan dalam peti ais.

1. CARA BUAT CABAI KISAR
Gunting cabai kering kecik-kecik lebih kurang 1 inci pastu buang bijik cabai tu. Rebus cabai tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut.

Lepas tu tapis bilas dengan ayaq. Masukkan cabai dalam blender. Blend sambil masuk ayaq bertapis sikitt sekadar bagi blender tu buleh putaq saja.

Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais. Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cabai ni tau.

2. CARA BUAT BAWANG BESAR KISAR
1 kilo bawang besaq dan hiris kecil-kecil tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit-sikit bersama dengan minyak.

Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak ayaq saja pun boleh. Pastikan sikit saja ayaq tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus-halus.

Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais. Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.

3. CARA BUAT BAWANG PUTIH KISAR
Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecik-kecik. Blender bawang bersama ayaq bertapis anggaran ayaq adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang.

Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

4. CARA BUAT HALIA KISAR
Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecik-kecik. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar. Blender halia dengan sedikit ayaq. Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengan suku air.

Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis. Halia ni jenis banyak ayaq. Jangan gatai-gatai letak ayaq banyak tau. Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.

🔪Tips penting untuk lebih bertahan lama.
Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campoq lepas cedok bawang cedok halia pulak. BIG NO!

Kalau nak guna cabai, sedok guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing. Tu lah tips yang tokma bagi kat cikdyg. Untuk elakkan cepat berkulat.

 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

s

Published by
SRM