Bawang Merah Dan Minyak Kayu Putih Ikhtiar Rawat Anak Kembung Perut

Share

Apabila sudah bergelar ibu bapa pastinya pelbagai ilmu keibubapaan yang harus diketahui termasuk sebab-sebab kenapa anak menangis. Antara sebab anak menangis biasanya lapar, sakit perut, kembung perut atau ada faktor lain lagi.

Kebanyakan bayi menangis apabila mengalami masalah kembung perut. Oleh kerana, tiada pengalaman, rasa cemas dan tidak tenteram sukar dibendung, apabila bayi yang menangis berlarutan hingga beberapa jam. Pelbagai cara dilakukan seperti menyapu minyak pada perut atau mendodoikannya, dengan harapan tangisan reda dan bayi kembali tenang.

5 petua elak bayi kembung perut
1. Jangan biar bayi menangis terlalu lama
Ia akan menambahkan lagi angin dalam perut bayi. Sambil dukung, tepuk secara lembut bahagian belakang bayi.
2. Sapu minyak angin
Selepas mandi atau sebelum tidur sentiasa sapu minyak angin pada bahagian ubun-ubun kepala, perut, bahagian belakang, tapak kaki dan betis. Waktu malam jangan lupa pakaikan stoking selepas menyapu minyak pada tapak kaki bayi. Jangan culas untuk lakukan setiap hari.

3. Bedung bayi

Cara balutan ini mengelak bayi mengalami kembung perut. Bedung membantu bayi tidur dengan lena dan terkena angin kipas atau penghawa dingin secara terus.

4. Sendawa

Paling berkesan untuk mengelak bayi kembung perut. Pastikan selepas menyusu anda mengosok atau menepuk bayi sehingga sendawa.

Selain empat petua di atas, petua kelima  anda boleh cuba perkongsian petua daripada seorang ibu ini, Noor Azira Maswan yang menggunakan bawang merah sebagai asas untuk mengatasi masalah kembung PERUT anaknya.

Menggunakan bawang merah dan minyak kayu putih

Alhamdulillah, Allah temukan dengan petua ni

Bahan-bahan
1) sedikit bawang merah
2) minyak kayu putih

Cara-cara
-hiris bawang merah dan tumbuk sehingga lumat
-letak dalam pinggan
-campur sikit dengan minyak kayu putih dan Gaul sebati
-sapu pada keliling pusat sambil selawat dan bacaan ayat kursi
-kalau non- muslim boleh la doa ikut cara tersendiri

Tips tambahan
– beri minum air suam setiap 10-15 minit
– boleh jugak guna demahan dengan air suam sekali sekala

 

 

 

 

Published by
Wan Amy