Salah satu prosedur yang tidak digemari oleh wanita hamil adalah proses minum air gula. Kebanyakannya tidak suka melaluinya kerana khuatir akan termuntah. Bahkan sebelum mengambil air gula, perlu berpuasa pula. Sesetengah ibu mungkin merasakan minum air gula sesuatu yang biasa tidak dinafikan ada yang tidak mahu melakukannya terutama jika sedang mengalami alahan.
Bagi menjelaskan tentang prosedur ini, Dr Nurul Azwa Hasny, Konsultan Obstetrik & Ginekologi, Salam Specialist Hospital berkongsi info dengan para ibu yang dikehendaki mengambil air gula. Menurutnya, para ibu yang dikehendaki melalui prosedur Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) perlu berpuasa sekurang-kurangnya lapan jam sebelum prosedur. Sekiranya ibu berasa terlampau haus, air kosong dibenarkan untuk membasahkan tekak.
Artikel Menarik: [Waktu Hamil Nak Makan Durian, Silakan. Tapi Janganlah ‘Baham’ Sampai Berbiji-Biji]
DIWAJIBKAN KEPADA IBU BERISIKO KENCING MANIS
Prosedur ini diwajibkan kepada ibu mengandung yang berisiko kencing manis. Ia dilakukan pada awal kandungan semasa booking dan perlu diulangi pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu sekiranya ujian pertama adalah normal.
PEMAKANAN BIASA & AKTIVITI NORMAL 3 HARI BERTURUT-TURUT
Ibu-ibu perlu memastikan diri makan dan menjalani aktiviti harian secara normal selama tiga hari berturut-turut sebelum prosedur. Ibu juga perlu memastikan tahap kesihatan baik pada tempoh tersebut. Sekiranya ibu berkenaan mengalami masalah kesihatan, bolehlah menghubungi klinik atau hospital bagi memaklumkan dan mengubah tarikh prosedur.
MINUM AIR GULA
Setelah berpuasa, ibu digalakkan datang awal ke klinik untuk pengambilan darah pertama semasa puasa. Air gula akan diberikan dan perlu minum sehabisnya tanpa muntah.
Selepas itu ibu berkenaan perlu meneruskan berpuasa selama 2 jam lagi untuk pengambilan darah kali kedua. Setelah selesai, puan baru dibenarkan makan dan minum.
Ujian darah yang pertama menentukan kandungan gula badan semasa puasa manakala ujian yang kedua pula menentukan kemampuan badan puan memposes kandungan gula yang tinggi.
Artikel Menarik: [Asid Folik Tingkatkan Kesuburan, Tapi Bukan ‘Jalan Pintas’ Untuk Hamil Cepat]
SEKIRANYA MUNTAH, UJIAN PERLU DIULANG SEMULA
Sekiranya ibu muntah semasa prosedur, ujian ini perlu diulang semula. Oleh sebab itu, penting bagi ibu untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi menghadapi prosedur ujian ini. Ibu-ibu perlu dalam keadaan sihat pada hari tersebut. Kurangkan makanan pedas atau berempah malam sebelumnya. Datang awal supaya tidak perlu menunggu lama.
TARIK NAFAS DALAM-DALAM & CUBA MINUM DALAM SATU NAFAS
Artikel Menarik: [Influenza Bukan Biasa-Biasa. Kena Pada Ibu Mengandung, Beri Effect Pada Bayi]
Jika takut termuntah selepas meminum air gula, ibu hamil boleh mencuba cara ini: