Anak bermain, sepahkan mainan, tidak dengar kata dan membantah cakap ibu adalah lumrah biasa bagi kanak-kanak. Tidak ada anak-anak yang tidak pernah berbuat salah dalam kehidupan hariannya. Inilah kehidupan mereka, penuh dengan tawa riang tanpa memikirkan sedikit pun permasalah yang berlaku disekelilingnya.
Namun kita sebagai orang dewasa, ibu dan ayah kepada mereka usah membawa masalah ini ke dalam kehidupan anak-anak yang lebih kecil. Mereka perlu dilayani sebaiknya, disantuni dengan lemah lembut, diberikan kasih sayang dan gelak tawa sebaiknya agar mereka merasa cukup bahagia di zaman kanak-kanak.
Satu ketika saat kehilangan semua ini barulah kita mula menyesali diri. Maka layanlah anak-anak kita hari ini sebaiknya, peluk ciumlah mereka dengan penuh kasih sayang. Perkongsian Encik Muhammad Hassan ini banyak benarnya. Benar, layanlah anak-anak kita sebaiknya sementara Allah meminjamkan mereka.
Tuan puan. Kita semua sayang anak kan?
Lagi 1-2 jam anak-anak semua akan tidur. Sebelum mereka tidur panggil mereka sekejap atau pergi ke bilik mereka. Sebab mungkin ada di antara kita hari ini Jerit,cubit anak 2-4 tahun sebab sepahkan rumah, Sepahkan baju yang baru kita lipat,pakaian yang baru kita gosok dan buatkan kita letih sebab nak mengempeng sepanjang hari.
Rotan anak dengan amarah sebab mereka merokok, malas solat, malas mengaji, malas kemaskan rumah dan basuh pinggan, malas baca buku, malas pergi sekolah. Boleh jadi ada yang rotan mereka sehingga berbirat sebab telah memalukan kita dengan perangai mereka.
Malam ini sebelum tidur pergilah kepada mereka. Pergilah dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta kepada mereka. Turunkan amarah dan ego kita. Pegang tangan mereka. Minta maaf kepada mereka diatas apa yang telah kita lalukan.
Ads
Jika anak dewasa peluk mereka, cium dahi mereka, terangkan kepada mereka dengan nada yang sayu kenapa kita pukul dan marah mereka. Zahirkan dengan kata-kata betapa kita terlalu sayangkan mereka. Betapa kita mengambil berat tentang mereka.
“Abi minta maaf rotan muhammad sebab tidak solat tadi. Abi sayang muhammad lebih dari diri abi, jika muhammad tidak solat, siapa akan bantu abi jika abi mati malam ini, siapa nak bantu umi jika umi mati malam ini”
Tuan puan. Bayangkan anak-anak kita pergi dahulu dari kita. Bagaimana untuk lalui kehidupan malam ini dan hari-hari akan datang tanpa suara mereka, tanpa kerenah mereka, tanpa perangai ‘nakal’mereka. Tanpa perangai merajuk mereka.
Mulai esok tiada siapa lagi minta duit dari kita,tiada lagi yang ajak kita pergi mall,beli permainan yang mereka suka. Tiada lagi gelak tawa dan suara jeritan memanggil kita untuk ajak bermain. Mulai esok tiada lagi yang melompat-lompat atas katil kita,atas sofa dalam rumah kita. Mulai esok tiada siapa lagi sepahkan rumah, Mulai esok tiada lagi orang yang panjat belakang kita.
Mulai esok bau bantal mereka,selimut mereka mulai pudar dari deria kita. Mulai esok tiada lagi yang cium pipi,tangan kita,peluk tubuh kita dengan erat. Mulai esok tiada lagi orang yang akan ajak kita keluar makan.
Ads
Tuan puan saya pernah kehilangan seorang anak. Anak yang pernah memanggil nama saya,pernah tarik janggut saya,pernah kencing atas ribaan saya. Pernah gigit jari saya. Pernah air liurnya masuk kedalam mulut saya. Itu saya, belum ibunya lagi. Siang malam penat untuknya,sakit untuknya.
Namun anak ini telah pergi buat selamanya, anak ini sedang bergembira bersama tuhannya.Tuan puan, hargai mereka, sayangilah mereka. Jadilah pendengar yang setia setiap keluhan mereka, jadilah rakan dan tempat senda gurau mereka. Peluk dan ciumlah mereka malam ini.
Didiklah mereka dengan sepenuh kasih sayang, jangan sekali naik tangan ke muka mereka kerana ini dilarang oleh Rasul kita. Sayangi dan cintai mereka Kerana Allah dan Rasul. Moga mereka akan jadi anak yang soleh dan solehah yang akan menyelamatkan kita.
-EncikMatt-
Ads
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Kepada anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Orang ramai disarankan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera dengan kadar segera.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, terdapat ciri baharu yang boleh dimanfaatkan pengguna menerusi kemas kini versi terbaharu itu.
“Sila kemas kini MySejahtera anda kepada versi terbaru (1.1.9) dengan segera untuk menggunakan ciri terbaru di aplikasi ini,” jelas MKN.
Untuk makluman, MySejahtera kini ditambah baik dengan membolehkan anda mengesan empat jenis penyakit berjangkit lain iaitu Demam Denggi, Rabies, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta Demam Campak.
Dengan penambahbaikan ini, orang awam bolehlah jalankan aktiviti harian dan rancang perjalanan diluar dengan lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko.
Ikut langkah ini jika ingin menikmati pengalaman lebih baik dengan kemas kini terbaharu:
1) Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke tab MySejahtera
2) Pilih Infectious Disease Tracker
3) Masukkan lokasi anda atau lokasi yang ingin anda kunjungi di ruang Search
4) Anda kemudian boleh lihat senarai penyakit berjangkit beserta jumlah kes aktif di bahagian bawah.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pernah memaklumkan fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19, akan diubah sebagai ‘Infectious Disease Tracker’.
Ia bertujuan untuk melihat kawasan titik panas penyakit lain seperti rabies, demam campak, HFMD dan denggi.
Tinjauan menerusi ruangan komen, ada yang bersetuju dengan ciri baru MySejahtera ini kerana dapat mengetahui kawasan penyakit berjangkit terutama bagi yang mempunyai anak di pusat asuhan, tadika serta sekolah rendah.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri Dato Aliff Syukri, Datin Shahida mengimbau kenangan sedihnya yang berlaku ketika mengandungkan anak ketiganya Ibrahim (baem) ketika dia berusia 27 tahun.
Menerusi perkongsian di akaun instagram (IG) peribadinya, Datin Shahida telah memuat naik foto anak-anak mereka terkini yang telah besar.
Shahida telah menceritakan saat-saat sedih yang berlaku ketika dia mengandungkan baem melalui posting yang dimuat naik di IG nya.
Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun ….. waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik……saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan
Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak….terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan…..(kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni)..
Doktor tu cakap awak x kesian dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua..
Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya,seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama lagi dapat menantu(terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita..
Ruangan komen Shahida dihujani dengan kisah sedih Netizen yang senasib dengannya. Mereka turut berkongsi cerita yang sama, dugaan ketika mengandungankan zuriat. Ada juga yang turut pilu dengan kisah yang dikongsi ini.
Sama..dpt th sy mngndung anak yg ke3, sy menangis sebab ekonomi
Kesah datin sama dengan kisah sy dulu
Saya pernah alami bila tak bersedia untuk mengandung
Anak hidap Cerebral Palsy, bapa raikan hari jadi ‘anak syurga’ dengan aktiviti lasak. Bapa raikan hari jadi ‘anak syurga’ dengan aktiviti lasak. Meskipun mempunyai anak menghidap penyakit Cerebral Palsy Quadriplegia yang terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada penjaga, ia tidak menghalang seorang bapa membawa ‘anak syurga’ itu menyertai aktiviti lasak.
Anak Hidap Cerebral Palsy
Menurut Wira Sudepja Rabu, 49, bahkan setiap tahun pada bulan September dia akan menyambut hari lahir anaknya, Nur Wadihan,16 dengan menyertai misi kayuhan ketempat yang mencabar.
Katanya, antara aktiviti berbasikal yang telah disertai mereka adalah berbasikal Bukit Fraser, menjelajah bukit seperti Bukit Miku Negeri Sembilan; Bukit Sungai Como, Terengganu; Gunung Jerai, Kedah dan penutup di Bukit Wang Kelian Perlis selain menyertai Half Marathon 21 kilometer.
“Tahun ini adalah tahun ke sepuluh sertai aktiviti larian dan berbasikal. Sememangnya setiap minggu kami bersama kelab Bikeisable sebagai salah satu sistem sokongan untuk komuniti.
“Saya suka bawa Dihan keluar hanya untuk mengembirakan dia. Hidup ini satu medan ujian, setiap kita ada bahagian masing-masing,” ujarnya.
Bapa Raikan Hari Jadi ‘Anak Syurga’ Dengan Aktiviti Lasak
Bapa kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dari kecil hingga umur enam tahun, anaknya hanya menghabiskan masa di hospital.
Jelas beliau, ketika itu anaknya kerap ditahan di wad kerana penyakit yang dihadapi.
“Setelah kesihatan agak stabil, saya cuba bawa keluar dan beriadah. Hingga satu hari berselisih dengan kumpulan berbasikal dan Dihan ketawa.
“Ini menjadi pencetus kami berbasikal dan kemudian berlari. Hari ini ia sudah menjadi rutin kami sekeluarga.
Wira Sudepja turut berkongsi bahawa anaknya akan terlantar seperti bayi berusia empat bulan sepanjang hayat.
“Oleh itu, hargai setiap detik yang ada bersama anak syurga kerana kita tidak tahu berapa lama yang kita ada.
“Moto kami hidup bukan sekadar bertahan hidup, hidup anak syurga luar biasa,”ujarnya.
Ramai yang mungkin tak pernah terfikir, tapi sebenarnya kurma yang kita beli tu memang patut dicuci dulu sebelum makan! Kenapa? Sebab banyak kurma yang...