Wanita sekarang terlalu berdikari. Ketika mengandung pun boleh buat macam-macam perkara. Ketika seorang isteri hamil, anda hanya mampu melihat susah-payahnya dia membawa kandungan. Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri anda, tetapi beri penghargaan kepada isteri dengan menunjukkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepadanya.
Bagi wanita hamil, biarpun sedikit bantuan atau ganjaran yang anda berikan kepada mereka, itu sudah mampu mengurangkan kepayahan membawa anak comel di dalam perut. Pernahkah anda mencuba beberapa perkara ini untuk menzahirkan rasa cinta anda kepada isteri yang sedang hamil. Ayuh, kita semak bersama-sama!
BANYAKKAN MEMBACA
Jangan malas. Banyakkan membaca maklumat tentang kehamilan dan sebagainya. Ketika mereka bercerita kepada anda tentang kandungan mereka, sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu dibuat. Memberi tumpuan kepada cerita mereka dan ada solusi kepada permasalahan mereka akan menunjukkan bahawa anda sudah bersedia dengan tanggung jawab baharu menjadi seorang bapa.
Biarpun isteri anda bukannya hamil anak pertama, pastikan anda sentiasa bersedia dengan pelbagai pengetahuan tentang kehamilan sekiranya mereka berkongsi cerita dengan anda.
Ads
TEMANKAN SI DIA KE PEMERIKSAAN BERKALA
Ini menunjukkan anda peka dan sentiasa mahu terlibat dalam perjalanan kehamilannya. Apabila anda menemaninya ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan berkala, anda akan tahu dengan tahap kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Pastikan anda sentiasa mengambil tahu dan banyakkan bertanya perihal yang tidak anda ketahui setiap kali berjumpa doktor. Jika anda ada ketika ujian imbasan dibuat, ia akan mewujudkan jalinan kasih sayang antara anda dan bayi dalam kandungan.
KURANGKAN TEKANAN ISTERI
Kehamilan sememangnya memberi tekanan baik dari segi fizikal atau emosi. Jangan bebankan isteri dengan masalah yang tidak perlu. Ambil tugas untuk membantunya membuat kerja rumah supaya isteri dapat berehat.
Ads
BANTU ISTERI TIDUR
Semakin besar kandungan, isteri akan mula merasa tidak selesa. Ketika isteri tidur dalam keadaan terlentang, berat kandungan akan memberi beban keada tulang belakang dan otot-ototnya yang membuatkan dia merasa sakit.
Ada masanya, bayi aktif ketika waktu tidur ibu. Bantu isteri anda untuk tidur, dapatkan bantal khas buat ibu mengandung. Bantal ini direka untuk menyokong bahagian tertentu agar ibu dapat tidur dengan lebih lena. Memeluk isteri ketika dia sedang tidur juga dapat memberinya ketenangan.
BAWA-BAWALAH BERSABAR
Ads
Ketika isteri sedang mengandung, hormonnya tidak stabil. Anda akan berdepan dengan perubahan emosi serta tingkah laku yang sukar dijangka. Banyakkan bersabar dan fahami keadaan isteri anda.
Wanita hamil juga kerap ke tandas, terutamanya pada waktu tengah malam. Sebagai suami prihatin, berjagalah ketika dia ke tandas dan selalulah bertanyakan keadaannya.
BUAT KEJUTAN ISTIMEWA
Inilah yang paling isteri suka. Tidak perlu kejutan besar-besaran. Jika ia hanya melibatkan anda berdua sudah cukup. Tetapi jika ada rezeki lebih tidak salah untuk anda membuat kejutan yang lebih besar. Ajaklah keluarga dan teman-teman rapatnya untuk merancang kejutan untuk isteri anda. Bawa dia bercuti atau menganjurkan majlis khas untuk si dia sudah cukup untuk memberi impak kepada ibu hamil sekaligus memberi kesan positif terhadap kandungannya.
Suami adalah orang paling penting sepanjang proses mengandung. Isteri mengharapkan suami untuk sentiasa bersedia dan ada dengannya setiap masa. Jika tidak mampu untuk buat semua perkara di atas, sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih kepada si isteri atas pengorbanannya itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Elfira Loy, 26, meluahkan rasa sedih dan kesal selepas puteri, Nur Aria Mikayla telah mengalami kecederaan selepas terlanggar kabinet.
Menurut Elfira, anaknya kerap lebam di kepala namun kali ini kecederaan anaknya agak teruk kerana melibatkan bahagian hadapan muka sehingga hidung dan dahi kelihatan lebam.
“Anak saya sorang ni memang sukalah setiap minggu lebam kat kepala. tak kanan kiri . Cuma Kalini agak nampak teruk sikit sebab memang setepek depan muka langgar cabinet so hidung dia pun nampak lebam.
Sebagai ibu pastinya sedih melihat keadaan anak perempuannya yang masih kecil itu. Bagaimana pun gelagat anaknya mencuit hati apabila mengatakan kecederaan yang dialami tidak menyakitkan.
“Sedih tengoknya. I ada tanya dia. ” adik , does it hurt or not ” she said ” No , its okay its not pain pun ” ” im strong ” haha
“Tak tahu nak baca doa apa dah lari tu laju sangat pastu no fear. Rasa macam tiada penghalangnya.”
Menurut pelakon drama Tentang Bulan The Series lagi, kejadian yang menimpa anaknya adalah kali ke dua yang berlaku di sekolah.
“This is the second time it has happened at the school. Punca : lari laju like sonic”
“How do you stop this from happening?”
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut bertanya tip apakah yang perlu dia lakukan untuk mengelak perkara itu berulang. Meninjau di ruangan komen rata-rata memberi tahu kanak-kanak pada usia sebegini seorang yang aktif. Namun sebagai ibu bapa perlu mengawasi anak.
“Its ok tak perlu risau mommy…kita mmg tak boleh nk stop…biar mereka belajar consequence sesuatu benda. cuma kita kena monitor kalau teruk mcm darah kat hidung, atau muntah2, atau dia jd tak aktif…terus pergi jumpa doc.”
“Anak no2 mmg begitu. My parents said once masa kecik saya lari laju langgar dinding sampai bergegar rumah tapi lepas tu rilek je macam tiada apa berlaku hahhahahhaha.”
“My daughter anak no 2 pon mcm ni. Yg abg rileks je. Adik lebam sana sini kepala tu. Now dah besar sikit, kurang sgt dah Lebam.”
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Rayyan Khalaf 4, dan Nur Aria Mikayla yang baru berusia 2 tahun.
Perkara yang membahagiakan mama papa adalah melihat anak membesar di depan mata. Sekarang ni cepat saja masa bergerak, tahu-tahu bayi yang kita lahirkan semalam dah boleh berjalan, bercakap dan semakin besar. Setiap kenangan bersama anak ketika mereka masih kecil seharusnya dirakam supaya boleh dijadikan memori di masa akan datang.
Meninjau ke laman Instagram maryamyunrrr, dia ada berkongsi sebuah video pendek apabila Baby Rina ‘melepas hajat besar’ di atas riba Ryzal. Memang lucu lihat situasi tu, sampai habis terkena baju! Tenang sahaja Ryzal berhadapan situasi ini, siap ketawa lagi.
Maryam pula sempat memuji anaknya sebagai budak yang baik kerana pandai membuang air besar ketika dipegang ayahnya. Punya seronok sampai menyanyi lagi.
“Rina berak? Ayah dapat tahi? Very,very good. Pandai Rina berak kat ayah.”
Kemudian Ryza mengajak Baby Rina mandi dan ketika itulah dapat dilihat anak mereka tersenyum comel. Mungkin dia rasa seronoklah tu sebab nak dimandikan.
“Jom mandi-mandi.”
Berikut adalah reaksi mereka yang menonton video ini;
Eh, memang comel betul Baby Rina ni. Tak sabar nak tunggu dia membesar, nak tengok telatah yang lain pula. Mesti dia akan jadi anak yang periang, mengikut personaliti ayah dan ibunya. Semoga Baby Rina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak nanti!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahagianya kalau kita selalu menghargai pasangan kan? Kita sendiri boleh merasai rasa kasih dan sayang itu kalau saling merindui dan mendoakan antara satu sama lain. Tak dinafikan, bila dah lama berkahwin ada masanya kita terlupa nak tunjukkan yang kita sayang pada suami atau isteri.
Pada kita mungkin kerana suami atau isteri kita sudah tahu tentang perasaan kita jadi untuk apa kita nak luahkan lagi. Sebenarnya tabiat ini, yang mana kita buat dalam tidak sedar membuatkan hubungan menjadi ‘layu’. Itu yang kita tak nak, sebab risau makin lama dah tak rasa lagi seri dalam rumah tangga. Sedih kan?
Mungkin pernah terdetik di hati, anda terasa seperti pasangan kurang memberi perhatian kepada anda. Apabila kita dan pasangan semakin ‘menjauh’ sekaligus ia membuatkan hubungan tidak mesra dan seronok seperti dahulu. Banyak yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kemesraan sesebuah pasangan, tetapi mungkin memerlukan effort yang lebih.
Itu bukanlah perasaan yang janggal, kerana kebanyakan kita pernah merasainya. Dengan itu, kembalikan semula rasa rindu dan kasih terhadap pasangan dengan mengamalkan doa. Ya, kuasa doa mampu membuatkan kita saling mengingati meskipun berada jauh antara satu sama lain. Kalau tidak percaya, anda boleh amalkan doa udah ini. Ia boleh diamalkan setiap hari dan dengan izin Allah SWT, si dia pasti akan sentiasa merindui kita.
Boleh juga amalkan doa di bawah ni untuk saling menguatkan rasa kasih sayang antara kita dan pasangan;
Cara Amalkan Doa Ini:
1. Selalu laksanakan solat lima waktu tepat pada waktu.
2. Usai solat, bacalah doa ini sebanyak 33 kali sebagai wirid doa supaya dia selalu teringatkan kita.
3. Niatkan dalam hati agar pasangan selalu setia, selalu rindu dan tidak pernah melupakan kita walau di mana dia berada.
4. Mintalah pada Allah SWT supaya melindungi hubungan kita serta mohonlah agar dia menjadi jodoh yang terbaik untuk kita.
Seronoknya boleh SOLAT sama-sama dengan suami kan?
Jadikan doa ini sebagai amalan konsisten setiap hari, niatkan dengan ikhlas serta istiqamah, Insya Allah anda akan merasai hikmah doa ini yang sangat besar. Umpama pengantin baru, si dia akan selalu teringat dan merindukan anda selalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!