Tidak tahan dengan tangisan bayi tanpa henti, seorang ibu sanggup mencampakkan bayinya yang berusia 10 bulan ke dalam sungai sehingga ditemukan lemas.
Mayat bayi bayi itu diketemukan terapung di Kali Kandang Gede, Bakung, di Kronjo, Tangerang itu mendapat perhatian ramai yang turut bersimpati dengan kejadian itu.
Ketua Polis Tangerang, Kombes Pol Sigit Dany Setiyono berkata, hasil siasatan mendapati tindakan wanita itu kerana tidak tahan dengan tangisan bayinya setiap hari.
Suspek yang berusia 38 tahun itu dikatakan tertekan kerana berasa letih akibat kerja rumah ditambah faktor ekonomi selain mendapat bisikan untuk membuang anaknya ke dalam sungai.
Ads
Malah kata Sigit lagi ia turut ditambah dengan ketiadaan suami yang bekerja di Jakarta dan gagal dihubungi suspek.
Pun begitu selepas tersedar, suspek kemudiannya dikatakan cuba menyelamatkan bayinya namun tidak berjaya.
Ads
“Disebabkan itu, suspek berasa geram dan marah, kemudian mengaku mendengar ‘bisikan’ untuk membuang anaknya ke dalam sungai.
“Selepas mencampakkan anaknya ke dalam sungai, suspek kemudian sedar dan cuba menyelamatkan bayinya. Bagaimanapun, air semakin deras dan anaknya terus dihanyutkan,” ujarnya lagi.
Malah menurut laporan Tribun Jakarta, ibu kepada bayi malang itu sudah pun menjalani pemeriksaan dan penilaian psikologi bagi menentukan keadaan mentalnya.
Pemergian penyanyi Siti Sarah ditangisi ramai. Walaupun tiada apa-apa ikatan ibaratnya Malaysia kehilangan sebutir permata yang sangat berharga. Apa rahsia dan amal kebaikannya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Perginya di awal pagi Isnin, hari yang baik di mana Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
Bagi yang mengenali arwah mungkin tahu sifatnya, tapi bagi kita yang tak pernah kenal secara dekat, sejak arwah dimasukkan ke hospital, bertarung nyawa melahirkan bayinya sehinggalah menghembuskan nafas terakhir, setiap hari pasti nak tahu perkembangan arwah.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati, di Instagram Rebecca Nur Islam berkongsi mesej perbualan terakhir bersama allahyarhamah yang sentiasa memberi semangat buat Rebecca dan keluarganya ketika disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
“Itu je yang cuma I minta…”
Rebecca berkongsi mesej dan hantaran suara terakhir daripada Siti Sarah. Difahamkan, Siti Sarah telah memberi kata-kata semangat kepadanya sewaktu keluarga dan pembantu rumah Rebecca disahkan positif Covid-19, tempoh hari.
Just I want help you. I want to make sure that InshaAllah your kids, your husband, and yourself akan pulih seperti biasa. Itu je yang cuma I minta. Mungkin Allah akan permudahkan urusan I sekiranya I permudahkan urusan orang.
Bukan itu saja, Rebecca turut berkongsi dia pernah termimpi Siti Sarah pada hari Jumaat (6 Ogos) kira-kira jam 3.30 pagi di mana arwah Siti Sarah datang kepadanya dalam keadaan berpakaian serba putih sambil tersenyum dan tiada sebarang ungkapan kata.
Rebecca juga tidak sangka rupanya mimpi tersebut telah dijawab dengan berita pemergian Siti Sarah buat selama-lamanya.
“Lembik seluruh badan ku ini..Speechless, sedih teramat sangat dengan pemergiannya.
“Walaupun kami hanya kenal seketika, tetapi pemergiannya amat dirasai dan di tangisi kami semua rakyat Malaysia..Lebih-lebih lagi dalam keadaan syahid baru melahirkan anak. Allahuakbar..
“Pastinya kami semua percaya Syurga menanti Bidadari Syurga ini..,” tulisnya.
Berita yang sangat sedih…
Moga Shuib dan anak-anak terus kuat kuat semangat menempuhi hari-hari mendatang tanpa seorang isteri dan ibu yang dikasihi. Insya-Allah amin!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi lima bulan yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, tiga tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud memaklumkan pendakwaan menarik balik rayuan terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas Noor Aqilah Abd Rahman, 36.
Peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, yang mewakili Noor Aqilah, turut memaklumkan panel itu bahawa anak guamnya berhasrat menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan rayuan kedua-dua pihak. Noor Aqilah diperintah menjalani hukuman penjara itu mulai 14 Feb 2019.
Pada tarikh sama, Mahkamah Sesyen Selayang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan denda RM5,000 terhadap Noor Aqilah yang mengaku telah mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan bayi malang itu mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Wanita itu turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda selain dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM8,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan.
Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM5,000 ke atas Noor Aqilah yang mengaku bersalah melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat untuk menyembunyikan kematian supaya dia terlepas daripada hukuman.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di rumah sewanya di Jalan Nakhoda Kiri 3, Batu Caves di sini antara 6.20 petang dan 6.50 petang pada 3 Julai 2018.
Pada 8 Ogos 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan pendakwaan dan menaikkan hukuman penjara kepada enam tahun bagi kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 manakala hukuman penjara bagi pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan perintah lain yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang dikekalkan.
Bagaimanapun, mahkamah itu memerintahkan Noor Aqilah menjalani hukuman penjara secara serentak iaitu enam tahun sahaja.
Mohd Redzuan, ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, berkata anak guamnya telah membayar denda RM10,000 dan menjalani khidmat masyakat selama 200 jam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang tidak mendapat vaksin COVID-19.
Beliau berkata, golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin kerana Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), adalah tidak wajib.
Bagaimanapun, katanya, ibu bapa digalak untuk mendaftarkan anak masing-masing di aplikasi MySejahtera (MySJ), demi melindungi mereka daripada COVID-19.
“Daftar anak anda (5-11 tahun) untuk #PICKids di MySJ. Lindungi mereka daripada COVID-19,” katanya dalam ciapan terkini di Twitter.
Minggu lalu, Khairy memaklumkan sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySJ akan dibuka pada akhir bulan ini, bermula di Lembah Klang dulu.
Melalui inisiatif itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 70 peratus kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal bulan depan dan 80 peratus akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.
KKM ketika ini mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, yang antara lain ialah kebenaran makan di restoran.– BERNAMA
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersalin normal adalah proses kelahiran bayi melalui saluran faraj tanpa memerlukan pembedahan. Ia adalah kaedah yang paling biasa dan dianggap lebih semula jadi.