Bayi 10 Bulan Lemas, Ibu Sanggup Campak Bayi Dalam Sungai, Tak Tahan Menangis Tanpa Henti!

Share

Tidak tahan dengan tangisan bayi tanpa henti, seorang ibu sanggup mencampakkan bayinya yang berusia 10 bulan ke dalam sungai sehingga ditemukan lemas.

Mayat bayi bayi itu diketemukan terapung di Kali Kandang Gede, Bakung, di Kronjo, Tangerang itu mendapat perhatian ramai yang turut bersimpati dengan kejadian itu.

Ketua Polis Tangerang, Kombes Pol Sigit Dany Setiyono berkata, hasil siasatan mendapati tindakan wanita itu kerana tidak tahan dengan tangisan bayinya setiap hari.

Suspek yang berusia 38 tahun itu dikatakan tertekan kerana berasa letih akibat kerja rumah ditambah faktor ekonomi selain mendapat bisikan untuk membuang anaknya ke dalam sungai.

Malah kata Sigit lagi ia turut ditambah dengan ketiadaan suami yang bekerja di Jakarta dan gagal dihubungi suspek.

Menarik: “Rindu Sangat-Sangat” Hanya Miliki Gambar Anak Umur 7 Hari, Ibu Minta Wargamaya Edit Gambar Anak Lepas Rindu!

Pun begitu selepas tersedar, suspek kemudiannya dikatakan cuba menyelamatkan bayinya namun tidak berjaya.

“Disebabkan itu, suspek berasa geram dan marah, kemudian mengaku mendengar ‘bisikan’ untuk membuang anaknya ke dalam sungai.

“Selepas mencampakkan anaknya ke dalam sungai, suspek kemudian sedar dan cuba menyelamatkan bayinya. Bagaimanapun, air semakin deras dan anaknya terus dihanyutkan,” ujarnya lagi.

Malah menurut laporan Tribun Jakarta, ibu kepada bayi malang itu sudah pun menjalani pemeriksaan dan penilaian psikologi bagi menentukan keadaan mentalnya.

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

 

Published by
SRM