Kesan buruk sehingga boleh membawa maut akibat bayi diberi makan bubur sering diingatkan oleh doktor dan jururawat kepada ibu yang baru mempunyai anak.

Nyata ia bukan sekadar ingatan main-main tetapi sudah ada kes yang berlaku melibatkan kematian apabila bayi diberi makan bubur sebelum sampai usia enam bulan.

Ikuti kisah menyayat hati yang dikongsi dalam laman facebook Public Health Malaysia agar menjadi panduan dan peringatan kepada semua ibu bapa agar tidak memberi sebarang makanan dan minuman kepada bayi baru lahir selain daripada susu ibu.

“Darah merah pekat membuak buak keluar dari rongga hidung, mulut dan bayi malang tersebut”

Ikuti kisah menyayat hati ini…

Adalah sangat penting untuk SEMUA orang dewasa yang terlibat dalam menjaga bayi mengetahui keperluan pemakananan bayi berdasarkan usia kanak kanak.

Kepentingan pengetahuan pengambilan makanan bayi telah menjadi perhatian berikutan insiden yang tragis yang telah meragut nyawa seorang bayi berusia 10 hari.

Bayi malang yang berasal dari Indonesia itu MAUT setelah diberi bubur pisang oleh neneknya.

Bayi 10 Hari Maut Akibat Bubur Pisang Nenek

Warga tua tersebut jelas tidak mempunyai pengetahuan tentang makanan yang sesuai untuk bayi ,dan menganggap bahawa makanan pepejal sesuai untuk bayi berusia 10 hari.

Menurut wanita tersebut, beliau menyangka bayi malang itu menangis tanpa henti kerana kelaparan. Kata beliau lagi, sebelum ini dia turut mengamalkan cara yang sama dengan bayi bayi lain termasuk anaknya sendiri, namun tiada apa yang buruk berlaku.

Selepas beberapa minit bubur pisang disuap, darah merah pekat keluar membuak buak dari mulut, hidung dan dubur bayi tersebut.

“.. Saya benar-benar menyesal apa yang saya lakukan. Walaupun saya telah diberi amaran oleh bidan sebelum ini, saya degil dan tidak mempedulikan nasihat mereka”

IKLAN

Kata warga tua tesebut dengan nada kesal meratapi kematian cucu pertamanya.

Mengapakah Bayi Kurang Dari 6 Bulan Tidak Boleh Diberi Makanan Pejal?

Bayi yang baru dilahirkan sehingga berusia 6 bulan hanya perlu disusukan secara eksklusif. Penyusuan susu ibu memenuhi SEMUA keperluan nutrient bayi.

Sekiranya anda tidak dapat menyusukan dengan apa-apa sebab, satu-satunya makanan yang sesuai untuk bayi baru lahir adalah susu formula (yang dirumuskan khas untuk bayi).

Bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif juga TIDAK memerlukan air tambahan seperti air masak.

Sama ada susu ibu atau susu formula, bayi TIDAK memerlukan makanan pepejal sehingga mereka berusia sekurang-kurang kurangnya 6 bulan

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Paediatrics pada tahun 2013, ramai ibu memberi makan pejal untuk bayi terlalu awal, tanpa mengetahui risiko.

Daripada 1300 ibu yang mengambil bahagian dalam kajian tersebut, 40% ibu memberikan makanan pejal kepada bayi mereka yang berusia kurang dari enam bulan. Separuh daripada bayi-bayi ini diberi makan pada usia empat bulan, dan separuh daripadanya diperkenalkan makanan padat ketika berusia sebulan!

Mengapakah anda TIDAK wajar memberi makanan pejal kepada bayi ?

1. Makanan pepejal sukar ditelan dan dicerna

Sistem pencernaan bayi tidak berkembang sepenuhnya. Oleh itu, mereka tidak boleh mencerna makanan pepejal dengan berkesan, walaupun ia telah di hancurkan.

2. Makanan pepejal tidak berkhasiat seperti susu ibu

IKLAN

Makanan pepejal adalah lebih rendah dalam nutrien khusus yang diperlukan bayi untuk berkembang.

3. Punca Alahan

Makanan pepejal yang diperkenalkan terlalu awal boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan, seperti alahan dan ekzema.

4. Punca Penyakit Kronik

Penyelidik juga menemui bukti perkaitan diantara usia awal memperkenalkan makanan pepejal dengan penyakit kronik seperti diabetes dan masalah usus (disebabkan oleh penggunaan gluten) apabila meningkat dewasa

Benarkah Bayi Menangis Kerana Lapar?

Ibu-ibu yang memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi mereka awalnya merasakan bahawa mereka mempunyai alasan yang baik untuk melakukannya.

IKLAN

Sebagai contoh, mereka merasakan bahawa bayi mereka cukup matang untuk mencerna makanan, memerlukan nutrien tambahan selain susu ibu atau formula bayi, atau bayi-bayi itu menangis kerana kelaparan.

Untuk makluman,bayi tidak menangis kerana kelaparan. Semua bayi, terutamanya bayi yang baru dilahirkan, sering menangis kerana ia adalah satu-satunya kaedah perhubungan mereka dengan orang dewasa untuk menyampaikan keperluan mereka.

Ini tidak bermakna bahawa setiap jeritan diterjemahkan kepada kelaparan. Mungkin ada sebab lain. Sebagai contoh, lampin mereka basah, bunyi-bunyian yang kuat mengejutkan mereka, mereka berasa sejuk, atau ingin di sayangi dan mahu di manja.

Sekiranya bayi anda berusia kurang dari enam bulan dan sentiasa menangis tanpa di ketahui puncanya, langkah terbaik adalah mendapatakan pemeriksaan dan saranan lanjut dari pakar.

Pada masa yang sama, adalah penting untuk memaklumkan informasi ini pengasuh bayi lain (terutamanya jika pengasuh lebih berusia) mengenai spesifikasi pengambilan dan keperluan makanan bayi yang baru lahir.

Ilmu mengenai asas pemakanan bayi amat penting dan seperti mana yang terbukti dalam kes bayi yang malang ini,kealpaan penjaga boleh menyebabkan bayi tidak berdosa tidak dapat menikmati hidup lebih lama.

Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda supaya lebih ramai ibu dan penjaga yang lain memahami sedikit bahaya memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi kurang dari enam bulan.

Sumber: sg.theasianparent.com & Public Health Malaysia

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI