Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Bundusan, Penampang, Sabah.
Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, mangsa yang dibawa ke wad kecemasan Jesselton Medical Centre (JMC) oleh ahli keluarganya bagaimanapun, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati mangsa dibawa oleh ahli keluarga untuk makan di sebuah restoran di tingkat lima bangunan berkenaan.
Bermain dengan abang sebelum jatuh
Katanya, mangsa dikatakan bermain bersama abangnya di lorong jejantas yang masih dalam pembinaan menghubungkan bangunan bersebelahan.
“Ketika bermain dengan abangnya, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke JMC untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya menerusi kenyataan media.
Mohd Haris berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di JMC.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Berita Harian & Gambar: Sabah Post
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pandai Geleng Kepala & Gosok Mata, Ibu Maklum Ainul Bakal Pulang Beberapa Hari Lagi
Akhirnya bayi kesayangan rakyat Malaysia Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin bakal pulang ke tanah air beberapa hari lagi.
Ainul Mardhiah yang berada di London sejak 25 Mei untuk menjalani rawatan dan pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada mulut. Pembedahan yang berisiko tinggi dan mengambil masa 5 jam berjaya dilakukan pada 11 Jun lalu.
Artikel berkaitan:[Doktor Beritahu Ainul Tak Perlu Pembedahan Susulan. Tahap Kesihatannya Makin Baik]
Tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway. Semangat juang yang tinggi dan doa yang mengiringi si kecil ini, selepas kira-kira lima jam menjalani pembedahan membuang tumor tersebut, Ainul Mardhiah sudah sedarkan diri.
Si kecil berusia 10 bulan ini dimaklumkan oleh ibunya bakal berangkat pulang ke Malaysia beberapa hari lagi. Ibunya melalui Insta story berkongsi tentang perkembangan terbaru si kecil ini.
“Sedihnya sebab nak berpisah dengan nurse di wad ni. Semua nurse sangat baik hati dan suka beri pujian pada Ainul.
“Mereka jaga Ainul sangat baik dan lemah lembut.
“Goodbye nurse, tinggal lagi beberapa hari Ainul di sini. Ainul pasti akan rindu dengan kalian.”
“Minta maaf tak dapat update selalu pasal Ainul Mardhiah.
“Alhamdulillah Ainul sihat, ceria dan bertenaga setiap hari. Setiap hari akan ada perangai baru Ainul akan tunjuk.
“InshaAllah nanti balik Malaysia mama harap semua pihak akan sentiasa peka dengan keadaan Ainul.
“Sekarang ni doktor di sini akan pastikan plan yang dibincangkan akan dilakukan dengan baik di Malausia.
“Terima kasih semua.”
Manakala bapa Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi perkembangan terbaru Ainul Mardhiah yang
“Assalamualaikum. Apa khabar semua?
“Alhamdulillah, hari demi hari kesihatan ainul bertambah baik dan dia pun semakin cergas.
“Sekarang ni Ainul dah pandai gosok mata kalau dia mengantuk. And kalau tutup lampu bilik bila dia belum nak tidur, Ainul akan geleng2kan kepalanya maksudnya dia tak mahu tidur lagi ?
“Semoga membesar dengan baik, anak. Mama dan walid akan sentiasa menjaga amanah dari Allah ini sehingga nafas kami yang terakhir!”
Rata-rata warganet mendoakan kesejahteraan Ainul dan berharap Ainul terus sihat dan membesar dengan baik.
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Comelnyer Ainul Mardhiah. Didoakan semoga Ainul Mardhiah membesar dengan sihat dan bijaksana. Aamiin. ?” Suhaini Binti Saperan
“Alhamdulillah… Seronoknya tengok baby ainul cergas & sihat… Semoga baby ainul cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan… Aamiin” Dalilah Roswita Mohd Ali
“Alhamdulillah…dah nmpk chubby skit pipi Tu… Comel ainul ?.” Shu Ismail
“Alhamdulillah Ainul cantiknya awak niiiiii ?? eeeiii tak sabar nak tengok Ainul membesar dengan sihat.” Nurul Saridaa
Sumber: ahmadsafiudinn, FB Ahmad Safiuddin & _nrlerwani
Artikel berkaitan:[Berat Naik, Ainul Mardhiah Makin Sihat. Bakal Pulang Tak Lama Lagi]
[Cepatnya Ainul Pandai! Lepas 2 Minggu Dibedah Boleh Meniarap & Capai Mainan]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebijik Kakak Lara! Awal ‘Reveal’ Muka Baby Baru, Comel Sangat-Sangat
Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari telah mendedahkan wajah puteri keduanya secara EXCLUSIVE dalam episod istimewa rancangan SCHAWAL BABY BOOM di Astro Ria/Ria HD. Puteri keduanya selamat dilahirkan pada 12 Februari yang lalu di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Melalui perkongsian dalam episod 6 ini, tarikh lahir bagi puteri keduanya di pilih sendiri oleh Awal iaitu pada 12.2.21. Sememangnya 12.2.21 adalah tarikh yang sangat cantik dan mudah diingati.
Sewaktu kunjungan Scha dan Awal ke hospital, doktor memaklumkan bahawa Scha terpaksa bersalin secara pembedahan kerana kedudukan bayinya yang songsang. Berbaki 10 hari lagi membuatkan Awal lebih gementar dari tarikh jangkaan sebenar bersalin.
Tarikh 11.2.2021
Scha dan Awal tiba di hospital awal sehari untuk persiapan bersalin pada keesokannya.
12.2.2021
Scha dan awal sempat bermaaf-maafan sebelum ke dewan bersalin. Seawal pagi lagi Scha sudah bersiap sedia.
Menurut Scha dia sangat nervous tambahan pula teringatkan anak sulungnya, Lara di rumah.
“Terima kasih sebab 9 bulan ni you korbankan hidup you. Memang teruk sebab you alahan teruk” – Awal
Tambah Scha lagi “Awal pandai jaga Scha, banyak cool dan pregnancy yang kedua banyak mematangkan kita”
Alhamdulillah, Scha selamat melahirkan bayi seberat 3.2kg pada 12.2.2021.
Awal kelihatan sebak dan tidak dapat mengawal perasaanya. Dia berbisik kepada Scha “Anak kita baby girl”
Memang sangat comel! Sebijik muka kakaknya Lara Alanaa sewaktu bayi.
Awal masih tidak mendedahkan nama penuh puteri keduanya dan hanya gelaran baby L sahaja yang digunakan setakat ini.
Menurut awal, dia sangat bersyukur atas kelahiran puterinya yang kedua “Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.”
Baca: Bagi Bayi Tengok Cermin, Nampak Simple Tapi Bagus Untuk Stimulasi Anak
Bagi yang terlepas menonton SCHAWAL BABY BOOM 2021 boleh tonton episod ulangan pada Ahad ini, jam 12.00pm okay! Rugi tak tengok moment exclusive ini hanya di Astro Ria/Ria HD.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pengasuh Suka Lambung & Biarkan Menangis Lama”. Kini Azfar Disahkan Cerebral Palsy
Setiap ibu bekerja yang bakal melahirkan anak, sentiasa dalam dilema di mana hendak ditempatkan bayi apabila kembali bertugas selepas tamat tempoh berpantang. Lagi-lagi bagi ibu yang baru melahirkan anak sulung.
Bagi ibu yang dah ada pengalaman tinggalkan anak pada pengasuh atau taska sebelum ini mungkin tak ada masalah sebab kakak atau abang pernah berada bawah jagaan individu terbabit. Kita dah tau macam mana mereka jaga.
Cuma agak sukar bagi yang baru pertama kali nak hantar dan tidak tahu apa nasib anak bila ditinggalkan bawah jagaan orang. Namun disebabkan komitmen sekarang ini yang memerlukan ibu juga bekerja bagi sama-sama menampung keperluan keluarga, nak tak nak kena hadap juga.
@medinascarveAnak syurga ibu Part 2 @nurulayuni98 ##fypシ ##fyp
Memang diakui bukan keputusan mudah nak tinggalkan anak setiap pagi pada orang lain, lagi-lagi dengan pelbagai kejadian melibatkan nyawa anak akibat kecuaian pihak tertentu tetapi kita hanya mampu berserah pada Allah. Moga semuanya baik-baik saja.
Azfar anak syurga..
Menerusi perkongsian ibu ini, yang dikenali sebagai Puan Linda, dia ada kongsikan pengalamannya anak sulungnya yang kini disahkan mengalami Cerebral Palsy akibat kecuaian pengasuh.
Melalui apa yang diceritakan Puan Linda, anaknya lahir sihat dan normal tanpa apa-apa masalah namun peristiwa hitam yang kekal dalam ingatannya sampai hari ini sangat pedih tetapi reda walaupun terasa agak ralat.
Menerusi video yang di akaun TikToknya, Linda berkongsi mengenai kisah bagaimana anak lelakinya Azfar yang berumur 13 tahun disahkan menghidap penyakit Celebral Palsy.
Walaupun kini anaknya itu sudah berada di Tingkatan 1, namun peristiwa hitam yang berlaku lebih kurang 13 tahun lalu masih segar dalam ingatan.
Azfar dilahirkan normal tetapi pada usia tiga bulan Azfar telah dimasukkan ke hospital. Ketika itu, doktor telah mengesahkan Azfar mengalami pendarahan di kepala kiri dan kanan sehingga menyebabkan otaknya jadi bengkak.
Dipercayai dilambung dan dibiarkan menangis lama
Doktor mempercayai punca Azfar jadi sebegitu kerana dia mungkin dilambung dan dibiarkan menangis lama oleh pengasuhnya.
Malah selepas kejadian itu, pelbagai rawatan dilakukan termasuklah melakukan pembedahan, namun Azfar masih tidak dapat berjalan dan mampu menyeret saja untuk ke mana-mana.
Pada usia 4 tahun lebih, baru Azfar dapat berjalan tapi tak macam biasa. Anggota badan sebelah kiri saraf dah mati. Tangan dia genggam dan kaki tak kuat dan stabil. Mata kabur dan tak boleh fokus.
Tarik balik laporan polis
Walaupun ujian ini sungguh berat baginya waktu itu, namun mengenangkan nasib pengasuh yang dah berumur dan sehingga mengalami depression, Linda telah menarik laporan polis atas belas ihsan. Saya juga selalu ceritakan pada Azfar akan hal ini dan dia juga turut maafkan nenek (pengasuh).
Pengasuh tu sepanjang anak Linda masuk hospita sampai keluar, langsung tak datang jenguk ataupun minta maaf. Sedangkan rumah kami berdepan je. Moga kisah anak saya ini dapat beri peringatan bersama dan bagi ibu yang diuji dengan ujian berat seperti ini, kena kuat kerana anak syurga ini yang akan beri kebahagian di sana nanti.
Kredit: medinascarve
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI