Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Bundusan, Penampang, Sabah.
Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, mangsa yang dibawa ke wad kecemasan Jesselton Medical Centre (JMC) oleh ahli keluarganya bagaimanapun, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati mangsa dibawa oleh ahli keluarga untuk makan di sebuah restoran di tingkat lima bangunan berkenaan.
Bermain dengan abang sebelum jatuh
Katanya, mangsa dikatakan bermain bersama abangnya di lorong jejantas yang masih dalam pembinaan menghubungkan bangunan bersebelahan.
“Ketika bermain dengan abangnya, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke JMC untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya menerusi kenyataan media.
Mohd Haris berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di JMC.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Berita Harian & Gambar: Sabah Post
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Meriah Habis Sambutan Hari Kanak-Kanak Di Hospital Islam Az-Zahrah, 200 Lebih Penyertaan Kanak-Kanak!
Pada 20 November yang lalu, Hospital Islam Az-Zahrah telah meraikan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan tema “Cita-cita saya”. Acara gemilang ini telah dihadiri lebih 200 kanak-kanak yang juga peserta bagi acara “Cita-cita saya”.
Pelbagai acara telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung termasuklah pertandingan pakaian beragam, bouncy castle, face painting, ujian kesihatan dan lain-lain lagi.
Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan tema “Cita-cita saya” telah diangkat sebagai hari tahunan bagi Hospital Az-Zahrah untuk mempromosi dan meningkatkan kebajikan kanak-kanak.
Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah, Tuan Haji Abdul Rahman Dali sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir, “Terima-kasih kepada semua ibu bapa dan kanak-kanak yang sudi berkunjung dan berharap agar acara ini boleh dijadikan sambutan perayaan tahunan di Hospital Islam Az-Zahrah untuk kesemua kanak-kanak, khususnya yang tinggal di kawasan berdekatan Bangi”
Hospital Islam Az-Zahrah adalah hospital pertama ditubuhkan di kawasan Bangi dan Kajang dan telah meraikan ulangtahun yang ke-25 pada 10 Oktober 2022 baru-baru ini. Hospital yang didokong dengan “Hospital Mesra Ibadah” ini juga menawarkan harga berpatutan untuk khidmat kesihatan hospital swasta.
Studio Kembara yang berjaya menghasilkan filem Mat Kilau “Kebangkitan Pahlawan” dan rangkaian Megaklinik Zahran adalah antara syarikat bersekutu dan anak syarikat dibawah Hospital Islam Az-Zahrah.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nina Iskandar Berang Di Tegur Cara Beri Anak Makan, Rupanya Pakar Nutritionist Yang Tegur
Pelakon, Nina Iskandar meluahkan rasa tidak puas hati dengan teguran dari seorang nutritionist apabila wanita tersebut menegur menerusi ruangan komen tentang cara Nina memberikan makan pada anak.
Baca: Resipi Spaghetti Aglio Olio Hanya 5 Langkah, Memang Superb! Anak Pun Suka
Sebelum itu Nina ada memuatnaik sekeping gambar dia menyuap anaknya dengan puri kurma sebagai makanan pertama.
“Lately ni Rizqin hasn’t been feeding well. Easily distracted, he has been TOO playful. As a parent I perasan My Son macam makin susut and missed/unfinished feedings seriously worries me. That’s when I thought, “Maybe My Son is ready to wean. Let’s give it a try.”
“I honestly planned for him to start weaning by 7 months as I didn’t think he’d be ready plus his BABYCOOK & HIGH CHAIR are still in Malaysia! But I decided to give it a try anyway. He was ready after all.”
“The first meal I have him was Date Purée. Alhamdulillah, he loved it. So I don’t have to be stressed out for the next 5 days 😂”
“I was also caught by surprise by how well he could take it in! It’s like he’s always known how to eat & drink from the cup 😂 well done My Boy, Mama & Daddy are proud of you.”
“As promised, I will share the recipe. Check out my story! P.S. I opt to extend the 3-day-rule to 5 days before introducing the next food to Rizqin.”
Pakar pemakanan yang dikenali sebagai Syaza tampil membuat penjelasan mengenai komen yang ditulis di salah satu posting di akaun Instagram milik pelakon Nina Iskandar, baru-baru ini.
Menurut Syaza, tindakannya meninggalkan komen tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai mengenai pemakanan terbaik untuk bayi.
Sebagai influencer/artis, saya rasa setiap posting beliau akan mempengaruhi follower. Langsung takda niat nak kecam atau menyibuk hal hidup orang lain. Niat saya cuma nak bagi info supaya ibu-ibu lain juga tahu dan seterusnya tak menghadapi masalah anak jadi picky eater.
Dan ayat saya pun bukanlah ayat kecaman atau cacian, atau teguran, tapi hanyalah kata-kata penuh lemah lembut lagi berinformatif siap smiley lagi.. (Takboleh screenshot comment sebab beliau dah hide)
Kenapa saya concern tentang perkara ni?
1) Memperkenalkan makanan yang ada ‘rasa’ terutamanya manis seperti puree buah akan menyebabkan anak lebih cenderung untuk tolak makanan makanan yang rasa tawar dan pahit seperti sayur terutamanya.
2) Tahu tak deria rasa kanak kanak lagi ‘tajam’ dari dewasa? Rasa manis buah pun akan meninggalkan rasa manis yg teramat buat bayi. Bukan tak boleh bagi, boleh.. tapi bukan sebagai makanan pertama. Bubur kosong adalah makanan pertama terbaik. Boleh rujuk group Malaysia Happy Baby Foods Malaysia untuk tahu lebih lanjut.
3) Tahu tak kanak kanak malaysia sedang mengalami masalah bantut? Kajian NHMS 2019 menunjukkan terdapat kekurangan dalam status nutrisi kanak-kanak di Malaysia. BANTUT, KURANG ATAU LEBIH BERAT BADAN. Antara punca masalah ini kerana memilih makanan (picky eater).
Mohon maaf kalau melukakan hati mana-mana pihak. Tapi sebagai Nutritionist, inilah peranan saya dalam masyarakat.
*Tapi apa apa pun saya puji dia kerana memperkenalkan natural food dlu sebelum makanan instant bayi yg lain.
Tidak lama kemudian, Nina memuatnaik status berkenaan isu ini.
Kredit: Nina Iskandar, Syaza Nutritionist
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Netizen Bangga Dengan Sikap Profesional ‘Abah’ KJ Yang Ucap Tahniah Kepada Syed Saadiq
KJ atau Khairy Jamaluddin antara bekas menteri dan wakil rakyat dari kerajaan Barisan Nasional yang disenangi oleh rakyat.
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah selesai semalam dan menyaksikan kejayaan parti Pakatan Harapan memenangi tampuk pemerintahan negara.
KJ selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional di laman Twitter miliknya semalam akur akan kekuatan suara rakyat yang telah membuat pilihan.
Beliau juga telah meluahkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam PRU14 dan berharap yang terbaik untuk Malaysia selepas ini.
Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat. Selamat maju jaya, Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
Tweet bekas Menteri Belia Dan Sukan tersebut turut mendapat retweet balas daripada Ketua Pemuda Parti Bersatu, Syed Saddiq yang baru memenangi kerusi Parlimen Muar dalam PRU14 yang diumumkan awal pagi tadi.
Pemimpin muda ini menyatakan rasa berbesar hati untuk bekerjasama dengan KJ di Parlimen kelak berikutan kejayaan beliau dalam agenda para belia negara terutama dalam bidang sukan.
Bersikap profesional, KJ membalas retweet tersebut dengan ucapan tahniah kepada Syed Saadiq dan meninggalkan psanan agar menjaga para belia di Malaysia serta menyerahkan tanggungjawab tersebut kepadanya pula.
Ramai netizen juga mengucapkan terima kasih atas segala usaha dan pencapaian yang beliau lakukan selama menyandang jawatan di dalam kerajaan sebelum ini.
Tweet balas KJ yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abah’ nyata mendapat pujian ramai netizen dan mereka menganggap beliau sebagai antara pemimpin hebat di kalangan para belia di negara.
Mungkin lepas ini Abah kepada Cougar, Puma dan Leo akan mempunyai lebih banyak masa untuk bersama anak-anaknya dan isteri tercinta Nuri Abdullah.
Happy birthday, my little lion man. Apple of my eye. Except, where are our eyes?
A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on
Sumber: Instagram & Twitter Khairy Jamaluddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI