Bayi 2 Bulan Maut Dipercayai ‘Lemas’ Dihempap Abang 5 Tahun Ketika Tidur

Share

Meor Syazalee, bapa kepada arwah baby Maryam Sofea yang berusia 2 bulan meninggal dunia dipercayai ‘lemas’ akibat dihempap abangnya berusia lima tahun.

Kejadian dikatakan ketika mereka tidur di rumah di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah, awal pagi semalam.

Baca:

[VIDEO] Pelukan Terakhir Staff Hospital Buat Adik Zharif, Doktor Sahkan Tiada Rawatan Lagi Untuknya

“Rasa Macam Tak Hamil” Dua Bulan Lagi Nak Bersalin, Datin Elvina Sempat Ke Tokyo

Anak Ramai Bukan Penghalang Untuk Makan Di Kedai, Ibu Kongsi Cara ‘Handle’ Anak-Anak Kecil

Menurut sumber Metro, bapa arwah menganggap ini adalah ujian buat mereka sekeluarga.

“Ujian saya ni sikit je, berbanding dengan orang lain yang turut diuji kehilangan ahli keluarga tercinta.”

“Ini semua ketentuan Allah, saya dan isteri hanya mampu beristighfar saja.”

“Memang sedih.. nak kata tunggu anak perempuan tidaklah, tapi selepas dapat tiga anak lelaki dan dapat pula anak bongsu perempuan, syukur.”

“Selepas mendapati bayi tidak bergerak, kami segera membawanya ke hospital sebelum disahkan sudah meninggal dunia” katanya

Ahli keluarga sedang menunggu proses bedah siasat selesai sebelum jenazah dikebumikan di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah.

Kredit: Metro

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
NuFa