Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan dipercayai terjerut tali bidai tingkap.
Kejadian berlaku di Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Dungun kira-kira jam 6.50 petang Sabtu.
Muhammad Azhari Zul Azri dikatakan bermain bersendirian di kawasan tingkap rumahnya ketika ibunya Noryasmin Mat Yasin, 36, sedang solat.
Muhammad Azhari ditemui ibunya dalam keadaan terjerut sebelum memaklumkan suaminya mengenai kejadian itu.
Bapa mangsa, Zul Azri Hashim, 39, bergegas pulang membawa anaknya ke klinik kesihatan berhampiran.
Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan bayi terbabit sudah meninggal dunia.
Jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
Sumber: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Suka Tarik Telinga, Meragam Ketika Tumbuh Gigi, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya
Anak suka tarik telinga, meragam ketika tumbuh gigi, doktor ini jelaskan sebabnya. Bagi anda yang mempunyai anak kecil yang sedang mengalami pertumbuhan gigi, jika diperhatikan dengan teliti, tentu akan perasan yang anak anda akan suka menarik-narik telinga mereka kan?
Anak Suka Tarik Telinga, Meragam Ketika Tumbuh Gigi, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya
Nak tahu kenapa bayi yang mahu tumbuh gigi suka menarik telinga mereka? Apa kaitan gigi yang mahu tumbuh dengan telinga bayi anda?
BAIK BEGINI. BAYI KECIL AKAN MULA TUMBUH GIGI SUSU SEAWAL USIA 6 BULAN. PROSES PERTUMBUHAN GIGI INI AKAN MENYEBABKAN ANAK MENGALAMI KETIDAKSELESAAN PADA BAHAGIAN GUSI MEREKA. KEADAAN INI DISEBUT SEBAGAI “TEETHING”, DAN MERUPAKAN SUATU PROSES FISIOLOGIS YANG BERSIFAT NORMAL.
Bayi yang masih kecil belum pandai mengekspresikan rasa sakit mereka mahupun memberikan respons terhadap kesakitan yang mereka alami.
Dalam keadaan tertentu, rasa sakit pada bahagian gusi yang mahu tumbuh gigi ini akan turut menyebar sehinggakan bayi merasa seolah-olah rasa sakit itu merebak sehingga ke bahagian telinga, kerana saraf di bahagian rahang dan mulut bayi berada agak hampir dengan saraf di bahagian telinga mereka.
Kerana itulah bayi cenderung untuk menarik-narik telinga mereka jika mereka mula memasuki fasa “teething” ini.
SELAIN MENARIK-NARIK TELINGA, BAYI JUGA CENDERUNG UNTUK MERABA-RABA PIPI MEREKA BAGI MEREDAKAN KETIDAKSELSAAN YANG MEREKA RASAKAN KETIKA GIGI MEREKA SEDANG TUMBUH.
‘Teether’ untuk legakan gusi. Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan situasi begini, jangan terlalu risau ya. Anda boleh membantu anak anda melalui fasa “teething” ini dengan lebih selesa dengan cara memberikan mereka “teether” yang disejukkan untuk digigit.
Jika tiada “teether”, ibu bapa boleh menggunakan kain atau tuala kecil bersih yang direndam di dalam air sejuk untuk digigit oleh mereka.
Melalui cara ini, bayi anda akan merasa lebih selesa dan mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi yang mereka alami.
Kredit: Dr Mohd Khairul Izwan
Baca artikel lain juga: Anak Merengek, Meragam Sebab Nak Tumbuh Gigi, Ini Cara Tenangkan Bayi
Banyak Akal, Sambil Menyusu Ada Kerja Lain. Paling Gerun Bila Anak Dah Tumbuh Gigi!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jovian Excited Jeanelle Dah Mula Berjalan Sendiri! Batalkan Semua Meeting & Terus Balik Rumah
Ibu bapa mesti excited melihat bila anak mula berjalan sendiri. Another milestone achieved! Seronok bukan kepalang melihat si kecil mencapai kebolehan diri yang terbaru. Momen inilah yang sedang dirasai Jovian, menjadi proud daddy kepada Jeanelle Nika Mandagie yang mula berjalan sejak semalam.
Pereka fesyen & usahawan, Dato’ Jovian Mandagie seorang bapa yang penyayang & punyai bonding yang kuat dengan anaknya. Sanggup dia batalkan semua mesyuarat apabila isteri, Datin Nina Ismail Sabri memaklumkan si buah hati mereka Jeanelle Nika Mandagie mula berjalan. Dia mala terus pulang ke rumah untuk menyaksikan sendiri puterinya itu mula berjalan.
Dalam video yang dimuatnaik, bapa ini kelihatan gembira bukan kepalang melihat anak kecilnya berjalan sendiri. Jeanelle dalam video tersebut juga teruja dengan kebolehan terbarunya kerana berjalan dan belajar mengimbangi badan.
Bila dilepaskan sahaja, dia terus yakin berjalan ke depan. Jeanelle yang baru menyambut ulangtahun kelahiran pertama pada 1 November lalu nampaknya seorang bayi yang berani!
jmandagie Rushed back home and cancelled all my night meetings as @ninaismailsabri told me that J has started to walk on her own!
And here i am a proud daddy seeing her walking bravely just like a supermodel! Love you so much @princessmandagie
View this post on InstagramA post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on
Para follower juga cukup excited dan melahirkan perasaan sebaik melihat dengan perkembangan terbaru Jeanelle ini. Ada juga yang berseloroh agar kedua ibu bapa ini bersiap sedia dengan running shoes untuk mengejar Jeanelle nanti.
Sumber: jmandagie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Anak Bijak, Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya
Semua ibu bapa mahu anak masing-masing membesar dengan bijak. Tolong elakkan daripada buat perkara-perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya. Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplorasi tersekat dan terhalang oleh arahan dan larangan tertentu.
“Adam, jangan kutip mainan. Kotor!”
“Adam, jangan panjat, nanti jatuh!”
“Biar Mama dukung saja. Kotor nak merangkak kat situ.”
Berikut antara dialog yang sering diucapkan oleh sesetengah ibu terhadap bayi kecilnya yang semakin lasak dan aktif. Melihat caranya melayan bayi, kita boleh membuat kesimpulan si ibu terlalu melindungi anaknya.
Memang benar, sebagai ibu kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan mahu melindungi mereka daripada ancaman bahaya tetapi kadang-kala tanpa disedari, kita juga menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan positif anak.
Secara semula jadi, bayi akan mula meneroka dunia sekelilingnya dalam proses tumbesaran yang aktif. Mereka belajar daripada persekitaran. Ia membantu perkembangan positif anak menjadi lebih mahir dan cekap mencapai perkembangan kemahiran motor mereka seperti meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan berjalan.
Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses perkembangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.
4 perkara ini eloklah dielakkan jika mahu anak membesar dengan sikap yang positif.
1. Terlalu melindungi
Sikap tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan ayah. Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam diri anak anda sejak dia kecil lagi.
2. Cepat beri bantuan
Jika anak anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau berjalan, biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan. Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang membantu.
3. Mudah ‘cair’ dengan anak
Kadang kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
4. Cakap tak serupa bikin
Walaupun anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda. Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. TIdak mustahil si kecil juga akan pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.
Bukan mudah nak menjadi ibu bapa yang terbaik dan sempurna tapi berusahalah untuk bergelar ibu bapa yang sentiasa prihatin dan peka terhadap rangsangan positif perkembangan si anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI