Kes bayi meninggal akibat tersedak susu selalu berlaku. Bagaimanapun masih ramai lagi ibu bapa yang kurang peka mengenai hal ini dan ambil mudah. Ingat jika perkara ini nak berlaku, sekejap saja tanpa ada sebarang isyarat.
Menerusi apa yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol, kes bayi tersedak susu ini berlaku atas beberapa faktor sama ada kecuaian ibu bapa itu sendiri atau tanpa sedar.
Malam tu saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
“Doktor, kami baru terima bayi umur 28 hari. Dia tersedak susu. Ibu dia kata muka terus jadi biru, nafas jadi laju dan lekuk di dada makin dalam.
Di sini, oksigen cuma tinggal 80%…”
Belum habis lagi bercakap, saya dan seorang lagi doktor terus bergerak pergi ke Jabatan Kecemasan.
Bila saya sampai, saya boleh lihat dada bayi berombak. Nampak susah sangat nak bernafas.
Saya jadi berdebar. Rasa darah panas mengalir di muka.
“Doktor, ni xray dada dia.”
Memang sah dia tersedak susu. Xray dada menunjukkan Aspiration Pneumonia.
Aspiration Pneumonia berlaku bila anak itu tersedak dan minuman yang sedang diminum itu terus masuk ke bahagian atas paru-paru.
ARTIKEL MENARIK [Biarkan Anak Berlari & Melompat Kalau Batuk Berhingus, Itu Bantu Mereka Keluarkan Kahak]
Bahagian ni kemudiannya akan meradang dan dijangkiti kuman, menyebabkan fungsi paru-paru merosot teruk.
Ia adalah satu keadaan yang sangat serius.
Untuk bayi ni, dia perlukan bantuan pernafasan dengan segera.
Sebab tu pada yang ada bayi, kena sentiasa beringat. Kes tersedak susu macam ni kerap berlaku pada bayi berusia 6 bulan ke bawah.
Ibu ayah boleh buat 4 perkara ni supaya bayi tak tersedak susu:
✅ Tegakkan badan bayi selepas selesai menyusu. Saki baki susu yang ada di mulut akan ditelan oleh bayi.
✅ Sendawakan bayi selepas menyusu. Amalan ni nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting.
Tepuk atau gosok perlahan-lahan belakang badan bayi dalam posisi sedikit menegak sehingga sendawa. Buat sekurang-kurangnya selama 5-10 minit.
✅ Jangan tinggalkan bayi bersendirian ketika sedang menyusu. Banyak kes berlaku bila mak ayah biarkan bayi pegang botol susu sendiri sampai tertidur.
Siap letakkan bantal di bawah botol susu supaya tak terjatuh. Bila susu masuk terlalu banyak dan laju ke dalam mulut, bayi tak dapat alihkan botol dan akhirnya dia sendiri jadi lemas.
✅ Baringkan bayi dalam keadaan mengiring sebelah kanan selepas menyusu.
Jika bayi muntah, semuanya akan mengalir keluar dari tepi mulut. Jadi kuranglah susu yang berkumpul dalam mulut ketika muntah.
Bantu saya #sebarkan info penting ni pada ibu bapa yang lain. Kita cuma mahu susukan anak kita dalam keadaan yang selamat.
Sumber: Dr Redza Zainol
https://www.youtube.com/watch?v=zj88xFcMPF0
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI