Bayi 30 hari meninggal dunia dikasari jururawat bukan tersedak susu. Menurut bapa bayi tersebut, bayinya dikasari sehingga meninggal dunia bukan tersedak susu sepertimana yang dilaporkan awalnya.
Bayi malang itu maut itu semasa di bawah jagaan seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu, Kelantan.
Bapa bayi malang itu, Choo Kamin, 30, memberitahu perkara sebenar itu terbongkar apabila mereka menyaksikan sendiri kejadian yang menimpa anak sulungnya, Choo Jyn Hern melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di bilik pusat jagaan itu.
Dakwanya, bayi yang dinantikan selama tiga tahun itu diperlakukan dengan kasar oleh jururawat tersebut sehingga isterinya, Yap Pei Yin, 29, melalui trauma yang teruk apabila kejadian terbabit berlaku pada hari lahirnya iaitu 9 September.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
Dakwanya, bayi yang dinantikan selama tiga tahun itu diperlakukan dengan kasar oleh jururawat tersebut sehingga isterinya, Yap Pei Yin, 29, melalui trauma yang teruk apabila kejadian terbabit berlaku pada hari lahirnya iaitu 9 September.
“Sehingga sekarang emosi isteri tidak stabil malah setiap kali ingin mengepam susu, dia akan menangis teringat anak kami.
“Saya pilih pusat jagaan berpantang tersebut untuk mendapatkan rawatan terbaik buat isteri serta anak. Kami membayar RM13,000 untuk rawatan selama 28 hari.
“Kami sepatutnya keluar dari pusat tersebut pada 10 September dan kejadian itu berlaku sehari sebelumnya,” katanya.
Sebelum itu keluarga tersebut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Susulan kejadian terbabit, Kamin serta ahli keluarganya akan mengambil tindakan saman terhadap pusat jagaan berpantang itu serta menyerahkan kes jururawat terbabit kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ujarnya, kejadian itu memberikan trauma bukan sahaja kepada isteri tetapi ibunya, Gan Pheck Chin, 60, yang sangat menantikan kehadiran cucu lelaki itu.
“Sehingga hari ini ibu masih bersedih dan kami berharap nasib yang menimpa anak kami ini akan mendapat pembelaan,” katanya.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga mangsa di sebuah pusat jagaan berpantang di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 5.30 pagi.
Menurut beliau, laporan diterima berkaitan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan.
Pada Rabu, seorang jururawat direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 30 hari pada Isnin.
Perintah tahanan reman bermula Rabu sehingga Selasa depan terhadap wanita berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Selepas Diberi Susu Oleh Jururawat Di Pusat Jagaan Berpantang
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my