Bayi 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu oleh jururawat di pusat jagaan berpantang. Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga mangsa di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu, Kelantan.

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Selepas Diberi Susu Oleh Jururawat Di Pusat Jagaan Berpantang

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 5.30 pagi.

Menurut beliau, laporan diterima berkaitan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Kota Bharu Medikal Center (KBMC) untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Selepas Diberi Susu Oleh Jururawat Di Pusat Jagaan Berpantang

Mohd Rosdi berkata, susulan itu, suspek yang juga jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan ditangkap pada jam 6 petang, Selasa.

Ads

Jururawat terbabit telah direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 30 hari pada Isnin.

Perintah tahanan reman bermula Rabu sehingga Selasa depan terhadap wanita berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Selepas Diberi Susu Oleh Jururawat Di Pusat Jagaan Berpantang
Kredit foto: Sinar Harian

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Harian  Kosmo 

Ads

Baca artikel lain juga: Bayi Perempuan 9 Bulan Meninggal Dunia, Kematian Dipercayai Akibat Didera

Semangat Kuat! Ibu Meninggal Dunia, Bayi Lahir Secara C-zer Pada Usia Kandungan 30 Minggu

Bayi Enam Bulan Meninggal Dunia, Bedah Siasat Buktikan Perbuatan Jenayah, Bapa Ditahan

 

Ads

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI