Seorang ibu kehilangan anaknya yang berusia antara tiga hingga empat bulan yang meninggal dunia akibat terlepas dari dukungannya. Ketika kejadian, wanita itu bersama bayi serta anak sulungnya sedang menuruni tangga eskalator tingkat tiga di pusat beli-belah Zhenxing di Guandong, China pada Sabtu lalu.
Bayi Terlepas Dari Dukungan Ibunya
Semasa berdiri menuruni tangga eskalator itu, bayi malang itu terlepas daripada dukungan ibunya yang gagal mengawal keseimbangan tubuhnya.
Insiden itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup pusat beli-belah berkenaan.
Kematian Bayi Disahkan Oleh Ahli Paramedik
Kematian bayi yang tidak diketahui jantina itu disahkan oleh ahli paramedik yang dipanggil untuk memberi bantuan pernafasan.
Berdasarkan laporan media tempatan China, keluarga berkenaan baru selesai makan tengah hari di sebuah restoran sebelum insiden itu berlaku.
Serentak itu, pengurusan pusat beli-belah Zhenxing telah menghentikan operasi eskalator sementara polis menyiasat kes tersebut.
Sumber: Astro Awani