Bayi 40 Hari Meninggal Positif Covid-19 Selepas Dipeluk Jiran Yang Datang Melawat

Share

Seorang bayi berusia 40 hari meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19. Bayi malang itu menerima jangkitan virus selepas dipeluk oleh jiran-jiran yang datang melawat bagi mengucapkan tahniah di atas kelahiran itu.

Sebelum ini, bayi tersebut dibawa ke Hospital Umum Smart Pamekasan di Wilayah Jawa Timur di Indonesia sebelum disahkan positif Covid-19 pada usianya baru 28 hari.

Gambar Hiasan

Dua minggu jalani rawatan sebelum meninggal 

Selepas dua minggu menjalani rawatan, bayi tersebut akhirnya meninggal dunia.

Ketua pasukan petugas Covid-19 tempatan, Syaiful Hidayat berkata, pengesanan kontak mendapati bayi itu mendapat jangkitan daripada jiran-jirannya yang datang melawat selepas baru dilahirkan.

ARTIKEL MENARIK [Biasanya Perangai Anak Ikut Ayah, Otak Cerdik Ikut Ibu. Kira Adillah!]

Kontak rapat melalui jiran yang datang ke rumah

Syaiful memberitahu, kebanyakan jiran memangku dan memeluk bayi baru lahir itu semasa kunjungan ke rumah.

Bayi itu kemudian mula menunjukkan gejala virus seperti batuk, demam dan mengalami masalah pernafasan.

Gambar Hiasan

Menurut laporan, ibu bapa bayi itu menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

Tambah Syaiful lagi, mereka mendapati penduduk setempat di daerah Tlanakan di kawasan bayi itu tinggal, mempunyai gejala termasuk disahkan positif Covid-19 tetapi tidak menjalani kuarantin sendiri.

Sumber: Mirror

Kredit Gambar: Google

Published by
Wan Amy