Bila bayi mencecah usia 6 bulan, ibu pasti teruja inilah masanya untuk memperkenalkan makanan pejal pertama kepada si comel. Tapi, pada masa yang sama, pasti ada juga rasa risau: “Boleh ke dia telan?” “Apa yang sesuai diberi?” “Kena letak garam ke?”
Tenang ibu, Majalah Pa&Ma kongsikan panduan lengkap untuk membantu anda mulakan fasa penting ini dengan penuh yakin dan penuh kasih sayang.
Kenapa Usia 6 Bulan Penting Untuk Mula Makanan Pejal?
Menurut pakar pediatrik dan saranan WHO, bayi bersedia untuk makanan pejal apabila: ✅ Mereka sudah boleh duduk dengan sokongan. ✅ Mula menunjukkan minat terhadap makanan. ✅ Refleks menjelir lidah berkurangan.
Sistem penghadaman bayi juga mula matang pada usia ini, dan mereka memerlukan lebih nutrien terutamanya zat besi yang tidak lagi mencukupi hanya melalui susu ibu atau susu formula.
Panduan Asas Sebelum Mulakan:
👶 Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa – Ini penting untuk kesan sebarang alahan. Cuba satu jenis makanan selama 3 hari sebelum tukar.
🥄 Tekstur makanan perlulah halus & lembut – Pada peringkat awal, makanan perlu dilenyek atau dikisar. Selepas beberapa minggu, boleh perkenalkan tekstur kasar sedikit.
Ads
❌ Elakkan garam, gula & perasa tambahan – Biarkan bayi kenali rasa asli makanan.
💧 Sediakan air masak dalam jumlah kecil – Air bukan untuk menggantikan susu, tapi membantu penghadaman dan membiasakan bayi dengan rasa air.
Contoh Jadual Permulaan Makanan Pejal (6 Bulan)
Waktu
Jenis Makanan
Pagi
Susu ibu/susu formula
Tengah Hari
1-2 sudu puri (contoh: puri lobak merah)
Petang
Susu ibu/susu formula
Malam
Susu ibu/susu formula
Nota: Usah risau jika bayi makan sikit pada awalnya, ini normal. Fokus utama masih susu sebagai sumber nutrisi utama.
Contoh Resipi Mudah & Berkhasiat Untuk Bayi 6 Bulan
Ads
🥕 Puri Lobak Merah
Bahan:
1 batang lobak merah (bersaiz sederhana)
Air secukupnya
Cara penyediaan:
Kupas dan potong lobak merah kecil-kecil.
Kukus hingga empuk (sekitar 10-15 minit).
Kisar bersama sedikit air hingga halus.
Tapis jika perlu, dan sejukkan sebelum suap.
🍌 Pisang Lenyek
Bahan:
Ads
½ biji pisang masak
Cara penyediaan:
Lenyekkan pisang menggunakan garpu hingga lumat.
Siap dihidang! (Tak perlu masak kerana pisang lembut & mudah hadam)
🍚 Bubur Nasi + Labu
Bahan:
1 sudu besar beras
2 ketul kecil labu manis
Air secukupnya
Cara penyediaan:
Masak beras dan labu bersama air hingga menjadi bubur.
Kisar atau lenyek hingga tekstur sesuai.
Hidangkan bila suam.
Tips Tambahan Buat Ibu Hebat:
💡 Gunakan bekas silikon untuk simpan puri lebih awal. Mudah untuk defrost dan cepat suap bila bayi lapar. 💡 Elakkan campuran makanan sejuk beku dan segar dalam satu hidangan. 💡 Pastikan semua peralatan bersih dan steril, terutama sudu dan mangkuk bayi.
Rujukan: KKM, WHO & pakar nutrisi kanak-kanak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain kuih seri muka dan kuih talam, kuih lapis juga tidak kurang hebatnya. Teringat-ingat air tangan ibu setiap kali berbuka puasa di kampung halaman. Rupanya hendak menyediakan kuih yang satu ini tidaklah sesukar mana. Lapisan demi lapisan perlu dikukus hingga masak.
Resipi yang dikongsikan oleh Aezween Rainoe ini buat kita terasa yakin untuk mencuba. Langkah yang dikongsikan olehnya cukup mudah malah hanya blender sahaja kesemua bahan. Sangat memudahkan. Jadi jom kita cuba!
Resipi wajib cuba: Resipi Roti John Popular Yang Viral Guna Roti Oblong Sahaja, Pasti Buat Anda Terliur
Yeay berjaya buat walaupun 1st time. Alhamdulillah cantik kejadiannya, boleh kopek satu-satu lagi. Sedap sangat.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam
Intoleransi makanan adalah berkaitan dengan tindak balas makanan harian yang diambil dan langsung tidak berkaitan dengan alahan.
Intoleransi makanan?
Intoleransi melibatkan reaksi terhadap makanan harian yang anak ambil. Tindak balas tak tolerans itu mungkin disebabkan tubuh tidak dapat memecahkan makanan dengan betul.
Sebab lain terjadinya keadaan ini kerana badan mengalami iritasi terhadap bahan kimia yang terdapat dalam makanan tersebut.
Ada sesetengah kanak-kanak boleh mengambil jenis makanan yang tak tolerans dalam jumlah yang sedikit.
Pastinya ada ibu-ibu yang terfikir bahawa intoleransi makanan ini adalah sama seperti alahan makanan, betul tak? Hakikatnya ia berbeza sama sekali.
Alahan makanan berlaku apabila sistem imun anak bertindak balas terhadap makanan yang dimakan. Sedangkan keadaan tak tolerans makanan ini langsung tidak melibatkan sistem pertahanan tubuh.
Secara umumnya, alergi makanan adalah lebih teruk dan mempunyai banyak gejala berbanding intoleransi makanan ini.
Simptom intoleransi makanan
Jika anak mengalami masalah tak tolerans makanan, mereka akan berdepan ketidakselesaan sejurus selepas makan makanan harian tertentu.
Gejalanya bervariasi dan sering melibatkan sistem pencernaan. Antara simptom umum yang mungkin dialami anak adalah seperti:
Perut kembung
Cirit-birit
Sakit kepala atau migrain
Ulser mulut
Perut berangin atau gas berlebihan
Hidung berair
Untuk individu dengan masalah ini, jumlah makanan harian yang diambil akan menentukan tahap gejala mereka.
Simptom kesan intoleransi makanan ini boleh mengambil masa agak lama sebelum muncul.
Permulaannya mungkin boleh berlaku beberapa jam selepas mengambil sesuatu jenis makanan dan gejalanya akan berlanjutan hingga berhari-hari.
Memang tidak dinafikan wujud kesukaran untuk menentukan sama ada anak mempunyai keadaan tak tolerans terhadap makanan atau alahan. Ia adalah kerana tanda dan gejala kedua-duanya adalah bertindih.
Jika anda berasa anak mempunyai isu tak tolerans makanan atau tidak pasti punca yang mendasari, lakukan pemeriksaan doktor untuk kepastian.
Jenis makanan harian
Ada bahan dalam makanan harian tidak boleh dicerna menyebabkan terjadinya keadaan tak tolerans ini. Ia mungkin disebabkan oleh kekurangan enzim pencernaan atau kepekaan terhadap bahan kimia tertentu.
Antara jenis makanan harian biasa yang boleh menjadi punca adalah:
Laktosa – gula dalam produk tenusu
Gluten – dalam bijrin termasuk gandum
Bahan penambah rasa dan pewarna, termasuk MSG
Fruktosa – gula dalam buah-buahan
Sebatian lain – termasuk kafein
Tubuh menggunakan enzim pencernaan untuk memecahkan makanan. Jika seseorang kekurangan enzim tertentu, fungsi pencernaan makanan mungkin tidak efisien.
Laktosa adalah gula yang terdapat dalam produk tenusu seperti susu dan keju.
Mereka dengan keadaan tak tolerans laktosa tidak mempunyai cukup enzim laktase – berfungsi memecahkan laktosa menjadi molekul lebih kecil, agar mudah diserap tubuh melalui usus.
Laktosa yang kekal dalam saluran pencernaan, boleh menyebabkan kekejangan, sakit perut dan kembung, cirit-birit serta perut berangin.
Fruktosa adalah gula yang terdapat dalam madu, buah dan beberapa jenis sayuran.
Keadaan tak tolerans ini juga berkaitan dengan kekurangan enzim, namun keadaan ini jarang untuk terjadi. Dalam kebanyakan kes, ia dikenali sebagai tak tolerans fruktosa keturunan.
Antara simptom yang boleh dialami adalah seperti perut berangin, kembung, kekejangan dan cirit-birit.
#Intoleransi gluten
Gluten adalah protein yang terdapat dalam kebanyakan makanan harian seperti bijirin, termasuklah gandum dan barli.
Anak dengan keadaan ini boleh mengalami ketidakselesaan abdomen seperti sakit perut, kembung atau loya.
#Bahan penambah rasa makanan
Berikut antara bahan dalam makanan harian yang menyebabkan tindak balas ketika proses pencernaan:
Nitrat
Bahan pengawet ini biasa digunakan pada daging yang diproses. Simptom yang boleh dialami adalah sakit kepala dan kegatalan.
Monosodium glutamate (MSG)
Penambah rasa ini boleh menyebabkan sakit kepala, sesak dada, loya dan cirit-birit pada mereka yang mengalami intoleransi makanan.
Sulfit
Bahan pengawet ini terdapat dalam wain, buah kering, udang segar dan sesetengah sapuan roti.
Antara simptom yang boleh terjadi adalah sesak dada, gatal-gatal, cirit-birit dan adakalanya anafilaksis – reaksi alahan serius.
Diagnosis intoleransi makanan
Keadaan tidak tolerans dan alahan makanan boleh mempunyai simptom yang sama, jadi sukar untuk mendiagnosis keadaan ini.
Ia akan bertambah rumit jika seseorang itu mempunyai lebih daripada satu tak tolerans makanan.
Cara diagnosis yang akan dilakukan adalah:
Diet penyingkiran
Ujian yang paling biasa untuk masalah tidak tolerans makanan. Melibatkan proses penyingkiran makanan harian tertentu terutamanya yang menyebabkan intoleransi. Tempoh proses ini biasanya memakan masa berminggu-minggu.
Kemudian, anda perlu memperkenalkan semula makanan satu demi satu untuk mengenal pasti punca masalah ini.
Ujian pernafasan bantu kesan intoleransi makanan
Dalam kes berkaitan tidak tolerans fruktosa atau laktosa, doktor boleh menggunakan ujian nafas yang menguji jumlah gas hidrogen dalam nafas kanak-kanak.
Kanak-kanak dengan masalah intoleransi laktosa akan mempunyai tahap hidrogen yang lebih tinggi dalam nafas mereka.
Namun untuk mendiagnosis keadaan tak tolerans laktosa boleh menimbulkan kesukaran kerana gejalanya serupa dengan alahan makanan.
Sekiranya anda mempunyai kebimbangan dan berasakan anak mengalami masalah intoleransi terhadap makanan harian tertentu, berbincanglah dengan doktor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Nak fikir masak apa untuk sarapan pagi dan minum petang anak memang pening. Apa kata mama cuba resipi bakwan ini. Simple tapi sedap.
Buat yang pening fikir nak masak apa untuk sarapan makan pagi & makan petang, apakata korang cuba resepi bakwan perkongsian Khadijah Jaafar ni.
Bakwan sayur yang confirm rangup, memang sedap & berkhasiat. Boleh pikat selera anak, yang cerewet makan sayur pun suka bakwan.
Nampak macam sama cucur, tapi rasanya agak lain sebab ada beberapa tambahan bahan yang buatkan makan tak boleh berhenti. Goreng nipis nipis bakwan ni akan rangup. Nak sediakan pun mudah & bahan-bahan pun ringkas sahaja.
Jangan buang masa. Jom cuba. Sebelum cuba baca betul-betul dulu bahan & caranya ye. Segala tips yang diberi jangan derhaka, nanti tak jadi.
Bakwan Sayur Rangup
Bahan-Bahan
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
1 cawan isi jagung
1½ cawan lobak merah – disagat halus
1 ½ cawan kobis – dihiris halus
1 batang daun bawang – dihiris halus
6 ekor udang – dipotong kecil – optional(tak nak letak tak pe)
2 ulas bawang putih – ditumbuk hancur
Air sejuk secukupnya
*nak letak taugeh pun boleh
Bahan bumbu
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
Masukkan bahan-bahan berikut ke dalam mangkuk besar. Tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kobis, daun bawang, udang (yang ni tak nak letak pun tak pe, nak ganti dengan ikan bilis pun boleh) & bawang putih yang sudah ditumbuk hancur.
Langkah seterusnya, masukkan bahan bumbu iaitu, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula garam.
Bila sudah masukkan semua bahan, tuangkan air sedikit demi sedikit, kacau adunan sehingga sebati, pastikan air tu sejuk ye.
Adunannya tidak terlalu kental atau terlalu cair. Ini supaya bila digoreng, bakwan akan jadi nipis & rangup. Rasa tu, ikut pada selera, boleh adjust garam & gula. Sesedap rasa.
*Jika cair boleh tambahkan sedikit lagi gandum.
Panaskan minyak, bila minyak dah panas. Ambil adunan secukupnya dan goreng ke dalam kuali yang panas . Pastikan kuali betul-betul panas, supaya adunan tidak melekat pada kuali.
Sekali sekala siram kan adunan dalam kuali tadi dengan minyak panas. Goreng sehingga garing, ikutlah pada tahap kegaringan yang korang suka.
Angkat & toskan minyak. Hidangkan dengan sos pencicah. Saya suka cicah dengan sos cili thai.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.