Ibu bapa mana yang tidak susah hati apabila melihat anak kecil merengek akibat kemunculan gigi pertama mereka. Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar.

Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan atau tujuh bulan. Manakala gigi yang terakhir iaitu gigi geraham kedua yang terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua. Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi.

Bayi 6 Bulan Ke Atas Meragam, Demam Itu Petanda Nak Tumbuh Gigi. 7 Cara Ini Merawat Kesakitannya

Tanda Bayi Tumbuh Gigi

Kegatalan Gusi

Kegatalan gusi ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi tumbuh gigi lebih selesa.

Gusi Sakit

Bayi tumbuh gigi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa kerana gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas.

Demam

IKLAN

Ada juga bayi tumbuh gigi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Hal ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang Makan

Anda akan mendapati selera makan bayi tumbuh gigi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan si manja anda mendapat cukup cecair dengan cara memberikan lebih susu dan air.

Bayi 6 Bulan Ke Atas Meragam, Demam Itu Petanda Nak Tumbuh Gigi. 7 Cara Ini Merawat KesakitannyaPengeluaran Air Liur

Kebiasaannya pertumbuhan gigi akan merangsang pengeluaran air liur dan perkara ini pada umumnya terjadi pada bayi  tumbuh gigi yang berusia 10 minggu hingga 3 atau 4 bulan.

Ruam Pada Dagu Atau Wajah

IKLAN

Kemungkinan  bayi  tumbuh gigi akan mengalami ruam kulit yang muncul di sekitar kawasan mulut, dan juga dagu dan kadangkala ruam itu  juga muncul di kawasan leher. Atasi ruam ini dengan menggunakan krim kulit khusus untuk bayi.

Bayi Sering Menggigit

Tekanan yang ditimbulkan oleh gigi yang akan keluar melalui gusi biasanya menyebabkan bayi  tumbuh gigi merasa tidak selesa. Ketidak selesaan ini biasanya akan menyebabkan anak anda mula menggigit apa juga barang yang ada padanya seperti barang mainan.

Bayi 6 Bulan Ke Atas Meragam, Demam Itu Petanda Nak Tumbuh Gigi. 7 Cara Ini Merawat Kesakitannya

Tip Atasi Sakit Ketika Bayi Tumbuh Gigi

IKLAN
  • Berikan bayi anda objek-objek yang membolehkan dia gigit. Pastikan objek tersebut selamat.
  • Tekapkan tangan atau sudu sejuk di gusi bayi anda supaya ia berasa kebas.
  • Biarkan bayi mengunyah biskut rusk, breadstick atau roti keras
  • Beri putting(pacifier)untuk melegakan rasa sakit gusinya
  • Dapatkan gel tumbuh gigi di farmasi dan sapukan pada gusi bayi anda.
  • Bagi melegakan keresahan bayi tumbuh gigi,anda boleh menggosok-gosok gusi bayi anda dengan jari anda.
  • Dakap dan tenangkan bayi anda. Anda bolehlah membawa bayi anda keluar berjalan-jalan.

Penjagaan Gigi Bayi

Apabila gigi anak anda telah tumbuh, gigi tersebut perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Malah anda juga boleh membeli berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi adalah tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang dengan lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi anda sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini.

Sumber: www.wom.my

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI