Bayi 6 Bulan Makan Berapa Kali Sehari? Ini Panduannya

Share

Bayi 6 bulan makan berapa kali sehari ya? Itu pastinya antara persoalan bermain di minda para ibu apabila memikirkan mengenai aspek pemakanan si manja. Dalam perkongsian artikel ini, ada jawapannya.

Bayi 6 bulan makan berapa kali sehari?

Bayi tahu bila saat mereka lapar atau kenyang. Pastikan anda hanya memberikan si manja menyusu atau makan setiap kali mereka lapar. Umumnya, bayi yang diberi susu ibu perlu menyusu antara 8-12 kali sehari – 10-15 minit bagi sebelah payudara setiap penyusuan. Bayi yang diberi susu formula hendaklah menyusu 6-10 kali sehari, termasuk pada waktu malam.

Menambah makanan dalam botol susu seperti bijirin beras untuk membuatkan bayi tidur pada waktu malam adalah tidak digalakkan. Selain risiko tercekik, ia juga boleh menyebabkan penambahan berat secara berlebihan dan mengurangkan pengambilan nutrien penting.

Apabila bayi mula mengambil makanan pejal, mereka akan kurang menyusu. Secara beransur-ansur tingkatkan jumlah makanan yang ditawarkan dan kurangkan sesi penyusuan.

Fahami tanda lapar atau kenyang

Bayi boleh menangis atau meragam apabila lapar, letih, kecewa, tidak selesa, perlu menukar lampin atau bersendawa.

Beberapa tanda umum bayi lapar seperti:

  • Mencebik bibir
  • Mencengkam atau bersandar ke arah payudara atau botol
  • Menunjuk pada sudu, makanan atau tangan penyuap
  • Menggerakkan tangan ke mulut atau menghisap tangan sendiri
  • Apabila isyarat di atas tidak diendahkan, bayi akan menjadi marah, meragam atau menangis.

Antara tanda bayi sudah kenyang:

  • Melepaskan botol, payudara atau mengelakkan sudu
  • Tertidur
  • Mengubah posisi, menggelengkan kepala, menutup mulut
  • Menyerahkan makanan kembali kepada penyuap

Adakah bayi bersedia untuk makanan pejal?

Sebelum mengetahui info bayi 6 bulan makan berapa kali sehari dengan lebih terperinci, ibu perlu mengenal pasti adakah bayi sudah bersedia untuk mengambil makanan pejal.

Kebanyakan pakar mengesyorkan penyusuan eksklusif sehingga bayi berusia 6 bulan pertama. Sekiranya anda tidak melakukan penyusuan secara eksklusif, bayi mungkin bersedia untuk mengambil makanan pejal antara 4-6 bulan.

Perkembangan setiap bayi berbeza, jadi para ibu perlu mengenal pasti tanda si kecil sudah bersedia untuk makanan pejal, seperti:

  • Bayi boleh duduk menegak dengan sedikit atau tanpa bantuan di kerusi tinggi
  • Mempunyai kawalan kepala yang baik
  • Bayi masih lapar walaupun selepas 8-10 penyusuan atau 32 auns susu formula
  • Menunjukkan minat terhadap apa yang anda makan
  • Membuka mulut jika disuakan sudu

Bayi 6 bulan makan berapa kali sehari? Ini panduannya

Berikut panduan ringkas pemakanan si manja untuk tahun pertama:

Mulakan dengan saiz hidangan kecil bagi setiap pengenalan makanan pejal baharu
Mulakan dengan bubur kosong dahulu sebelum dicampur sayuran, buah atau daging

Tunggu 3-5 hari sebelum memperkenalkan makanan baharu untuk menilai kemungkinan tindak balas alahan, seperti cirit-birit, muntah atau ruam. Jika berlaku, lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik

Jika ingin membuat puri, pilihlah kacang pis atau ubi keledek. Jangan tambah garam, gula atau bahan perasa

Daging dan sayuran mengandungi lebih banyak nutrien

American Academy of Pediatrics tidak menyarankan untuk memberi jus buah-buahan kepada bayi di bawah usia setahun.

Bayi yang sihat biasanya tidak memerlukan air tambahan, kecuali apabila cuaca sangat panas. Jika makanan pejal telah diperkenalkan, air tambahan selalunya diperlukan.

Apabila bayi sudah boleh memasukkan tangan atau objek ke mulut – bulan ke 9-12 – anda boleh mengurangkan makanan puri dan menawarkan finger food. Pastikan ia dipotong kecil untuk mengelakkan tercekik

Hadkan masa makan kepada 15-20 minit dan kurangkan gangguan seperti menonton TV.
Kebanyakan bayi perlu makan 3-6 kali sehari – 3 hidangan utama, 2-3 snek.

Makanan yang baik untuk bayi adalah makanan kaya dengan tenaga, protein, vitamin dan mineral seperti:

  • Daging lembu, ayam, itik
  • Ikan
  • Buah-buahan berwarna-warni
  • Sayur-sayuran

Elakkan:

  • Makanan pedas, masin dan bergula
  • Makanan berisiko untuk tercekik seperti kacang, bijian, bertih jagung, kerepek, anggur tidak dipotong, kepingan sosej dan makanan melekit seperti marshmallow

Saiz hidangan

0-4 bulan

  • Susu ibu atau formula bayi: 2-4 auns; 8-12 kali sehari

4-6 bulan

  • Susu ibu atau formula bayi: 6-8 auns; 4-6 kali sehari
  • Bijirin bayi: 1-2 sudu besar

6-8 bulan

  • Susu ibu atau formula bayi: 6-8 auns; bayi 6 bulan makan berapa kali sehari: 3-5 kali
  • Bijirin bayi: 2-4 sudu besar
  • Kraker: 2 keping; roti: ½ keping
  • Jus atau air: 0-3 auns
  • Buah atau sayur: 2-3 sudu besar
  • Daging atau kekacang: 1-2 sudu besar

8-12 bulan

  • Susu ibu atau formula bayi: 6-8 auns; 3-4 kali sehari
  • Keju: ½ auns atau yogurt: ½ cawan
  • Bijirin bayi: 2-4 sudu besar, roti: ½ keping, kraker: 2 keping atau pasta: 3-4 sudu besar
  • Jus atau air: 3 auns
  • Buah atau sayur: 3-4 sudu besar
  • Daging atau kekacang: 3-4 sudu besar

Jika terdapat keraguan mengenai jumlah bayi 6 bulan makan berapa kali sehari atau sebarang pertanyaan mengenai pemakanan mereka, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
NuFa