Bayi 7 Bulan Berhenti Bernafas Gara-Gara Terlebih Sapu Ubat Sakit Mulut

Share

Ibu bapa harus ingat setiap kali nak berikan ubat pada anak-anak, pastikan semuanya telah mendapat nasihat doktor atau ahli farmasi. Jangan beri ikut pengalaman orang sehingga mendatangkan mudarat.

Seperti dikongsikan dalam FB Public Health Malaysia, walaupun kes ini berlaku di negara luar, mungkin ada baik sekiranya ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini.

Bonjela adalah ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut. Produk ini mengandungi salicylate salts iaitu bahan kimia mempunyai kesan yang sama dengan Aspirin.

ARTIKEL LAIN [Selalu Batuk & Berkahak, Satu Hiris Nipis Kunyit Dalam Masakan Anak Bagus Kuatkan Antibodi]

Kanak kanak berusia 16 tahun ke bawah ditegah dari mengambil Aspirin kerana terdapat risiko Reye Syndrome, satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian.

Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran ini sejak 2006 lagi. Walaupun risiko Reye Syndrome dan penggunaan Bonjela hanya satu teori, amaran ini dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Terkini, seorang bayi dari New Zealand hampir maut setelah mengalami salicylate overdose setelah di sapu cecair Bonjela berulang kali dalam tempoh masa yang singkat.

Bayi berusia 7 bulan itu, berhenti bernafas dan dikejarkan ke hospital.

Kesimpulan

✔️ Rujuk profesional kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi sebelum guna

✔️ Untuk keselamatan, kanak-kanak tidak digalakkan untuk menggunakan cecair ini. Sekiranya perlu juga, pastikan guna mengikut arahan. Elakkan penggunaan berlebihan

✔️ Sentiasa ikut dose yang disarankan, pemberian dose berlebihan boleh menyebabkan risiko keracunan

✔️ Terdapat pelbagai alternatif untuk mengurangkan kesakitan gigi yang baru tumbuh (untuk bayi), tanpa salicylate.

Sumber: Public Health Malaysia

Published by
Wan Amy