Bayi 7 bulan nyaris hilang nyawa, semuanya gara-gara kesilapan siibu menyapu ubat untuk melegakan kesakitan akibat tumbuh gigi.
Melalui fasa tumbuh gigi bayi, anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran. Si kecil jadi tak selesa dan adakalanya suhu badan boleh meningkat.
Perkongsian daripada Pegawai Pergigian, Dr Muhamad Iqbal ini boleh dijadikan panduan, tak perlu sapuan ubat. Yang penting ibu bapa kena faham situasi ini & buat beberapa tips ini.
Ads
UBAT TEETHING Ubat ini, kalau digunakan untuk ulser dalam mulut, saya tahu. Kalau untuk sakit teething, belum pernah jumpa lagi rasanya.
Ads
Dilaporkan seorang bayi berhenti bernafas selepas ibunya menggunakan gel tersebut. Si ibu sapu gel itu bila anaknya asyik menangis sebab sakit gigi nak tumbuh. Baby baru umur 7 bulan. Doktor kata baby jadi macam itu sebab si ibu terlebih guna (overdose) gel tersebut.
TANDA-TANDA BAYI DALAM FASA TEETHING
Teething ialah proses gigi nak tumbuh keluar. Tanda-tanda yang biasa dapat dilihat ialah: 1. Anak kuat merengek, disebabkan sakit dan tidak selesa.
2. Suka menggigit. Tindakan si anak untuk kurangkan sakit pada gusinya.
3. Air liur meleleh. Baby tak tutup mulut sebab tak selesa gigi nak keluar.
4. Demam dalam sesetengah kes.
PERLUKAH UBAT TAHAN SAKIT?
Persoalannya, perlu ke ubat tahan sakit macam gel ini, untuk masalah teething?
Bergantung. Sakit ini bergantung pada masing-masing. Ada baby kuat, ada baby tak tahan. Kalau hendak guna, adalah lebih baik dapatkan nasihat doktor dulu.
5 TIP LEGAKAN ANAK SAKIT HENDAK TUMBUH GIGI
Ini beberapa tips untuk atasi sakit teething pada anak kita:
Ads
#1. Urutkan gusi anak kita pada tempat gigi nak tumbuh. Gunakan kain bersih yang dilembapkan dengan air sejuk, kemudian urut-urut di sekitar gusi.
#2. Gunakan teether. Banyak dijual. Tips gunakan teether, masukkan dalam peti sejuk beku (freezer) dulu. Sudah jadi ais, baru bagi anak gigit.
#3. Bagi kain bersih untuk dia gigit.
#4. Lapkan juga air liur yang meleleh. Kalau dibiarkan nanti boleh menjadi ruam.
5. Sabar. Anak mungkin akan kuat menggigit ketika menyusu dengan ibunya. Ini memang menguji kesabaran.
PEMBERIAN UBAT PERLU DAPATKAN NASIHAT DOKTOR
Sebarang ubat-ubatan, perlulah dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu lebih-lebih lagi untuk baby yang berumur kurang daripada 2 tahun.
Ada sesetengah orang beranggapan bila ibu kena bersalin caesarean ia terlepas merasakan nikmat melahirkan anak. Kononnya tidak sempurna apabila tidak berpeluang merasakan sakitnya kontraksi.
Jangan ingat ibu bersalin caesarean tak rasa sakitnya melahirkan anak seperti ibu bersalin normal. Walaupun mungkin ibu bersalin caesarean tidak sedarkan diri akibat dibius semasa proses melahirkan bayinya tetapi dia tetap menanggung kesakitan yang sama sebelum bergelar ibu.
Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen yang juga berpengalaman melahirkan anak secara pembedahan caesarean diharap dapat membuka mata sesetengah orang yang beranggapan ibu tak bersalin normal hilang nikmat bergelar ibu.
Bahkan bulan April juga telah diangkat sebagai bulan Kesedaran Caesarean Sedunia.
Caesarean bukanlah pengakhiran kepada kelahiran normal.
Berapa ramai yang boleh melahirkan secara normal selepas melahirkan secara caesarean pada kali pertama.
Anda perlu tahu
• Ibu caesareanmerupakan seorang ibu yang kuat kerana mereka berjaya mengatasi ketakutan dan menerima sebarang komplikasi yang boleh berlalu sepanjang pembedahan dan selepas pembedahan.
Malah, mereka juga tahu komplikasi yang bakal mereka terima pada kehamilan seterusnya tetapi mereka terus hamil lagi dan mendoakan kelahiran yang normal boleh mereka lalui.
• Ibu caesareanmerupakan ibu yang berani kerana kita sendiri tahu tidak ada suami/keluarga boleh menemani mereka semasa di dewan bedah.
Betapa gugupnya sendirian dikelilingi orang asing yang terdiri dari doktor, jururawat serta ppk di dalam dewan bedah. Tangan yang mampu mereka pegang semasa dalam ketakutan hanya tangan perawat berbeza dengan kebanyakan ibu yang melahirkan normal, ada sahaja suami/keluarga yang boleh menemani di dewan bersalin. Tabah bukan?
• Ibu caesarean merupakan ibu yang sentiasa tidak hirau parut yang jelas kelihatan di abdomennya.
Parut itu merupakan tingkap kepada kelahiran anak ke dunia dan tidak kira besar mana dan lebar mana saiz parut itu pun, ia tidak menganggu emosi si ibu malahan ia merupakan satu kenangan seumur hidup yang boleh dikongsikan dengan si anak tanda pengorbanan sewaktu melahirkan.
Ibu caesarean juga hamil 9 bulan dan membawa perut ke sana ke mari seperti ibu melahirkan normal.
Ada ibu caesarean turut merasa sakit mahu melahirkan juga seperti ibu kelahiran normal.
Ada ibu caesarean tidak mempunyai pilihan untuk dibedah berbanding ibu yang melahirkan normal
Ibu caesarean juga turut merasakan erti menjadi seorang ibu sama seperti ibu melahirkan normal.
Maka, tidak kira melahirkan secara caesarean atau normal sekalipun, nikmat menjadi ibu tidak boleh dinafikan sama sekali.
Diberikan bius, dilapah abdomen dari kulit ke rahim, dijahit lapis demi lapis, kemudian perlu bangun setelah beberapa jam kesan bius hilang, tunggu pula beberapa hari baru boleh pulang jika masih dikatakan tidak punya pahala selayaknya ibu melahirkan normal, anda memang kejam. Ibu caesarean, usahlah merasakan diri serba kekurangan.
Lambung anak tinggi-tinggi, pastu tangkap balik, dan anak pun ketawa suka. Ibu bapa mesti biasa buat begini kan? Niatnya hanya nak eratkan bonding dengan anak.
Memang betul ini antara bonding-moment bapa dan anak. Lupakan gajet sementara dan main lambung-lambung lagi berharga.
Tapi!
Lambung anak ni ada bahayanya. Kadang kita leka sampai terlambung dengan kuat dan laju. Disinilah mengundang bahaya. Bukan bahaya tak dapat sambut. Saya tahu bapa-bapa semua sado orangnya.
Bahaya datang dengan 3 masalah bila kita lambung tinggi dengan kuat dan laju.
Kebiasaan masalah ini berlaku pada anak kecil, bawah umur 2 tahun.
Apa yang berlaku adalah, bila anak dilambung dengan kuat, badannya akan berpindah dari bawah ke atas dalam masa yang singkat, kemudian apabila ditangkap kembali, dari pergerakan dia yang tengah laju di udara terus terhenti di tangan si bapa. INERTIA akan berlaku.
Inertia berlaku (badan terhayun kehadapan) apabila objek diberhentikan serta merta, kerana kecenderungan objek untuk mengekalkan keadaan asal pergerakan. Sebab itu la berlakunya keadaan badan terhayun kehadapan. Haaa… Faham tak ni. Ajar fizik pula?
Kanak-kanak bawah umur 2 tahun tidak mempunyai otot leher yang kuat, jadi kepala mereka akan tersentap kehadapan dan kebelakang dengan lebih. Inilah yang membawa kepada gegaran di otak.
Dan jika pergerakan itu laju, maka otak boleh melanggar dinding tempurung kepala dan menyebabkan pendarahan. Keadaan yang paling teruk adalah diffuse axonal injury, iaitu kerosakan pada saraf otak.
Kalau mengalami kerosakan atau injury otak yang teruk, ia dipanggil Shaken Baby Syndrome. SBS biasa terjadi ketika anak berumur 6-8 minggu, kerana waktu ini mereka paling kuat nangis. Jadi kita ni pun goyang-goyangkan, dan ayunkan dia nak bagi diam. Kan?
Dan SBS boleh juga terjadi sehingga umur 2 tahun. Malah ada juga kes melibatkan kanak2 umur 5 tahun.
Tanda-tanda kecederaan pada otak adalah:
1. Muntah yang berterusan. Muntah yang projectile, iaitu mencurah ke hadapan.
2. Lemah dan tidak bermain seperti biasa. Banyak tidur
3. Tidak dapat menghisap susu dengan baik
3. Tidak sedar diri
Jika ada tanda begini selepas melambung anak, bawalah anak ke doktor untuk pantauan.
Lepas ini, janganlah kata haram melambung anak pula. (haramlah untuk anak kecil bawah 2 tahun ok!). Kalau hendak, buatlah dengan berpada-pada. Jangan si bapa yang terlebih eksited dari anak?
InsyaAllah, anak-anak kita semua terhindar dari perkara ini.
Bayi ini dilahirkan tiga kali lebih kecil daripada kakak kembarnya sekaligus menunjukkan dia mampu bertahan walaupun doktor pernah memberitahu kemungkinan bayi ini akan mati di dalam kandungan.
Reagan (adik), yang kini berusia enam bulan, dilahirkan 11 minggu lebih awal dan beratnya hanya 453gram, dan lebih kecil dari kembarnya Mila (kakak) yang beratnya mencecah 907gram.
(Follower Pa&Ma dapatkan Nunha Moon Pillow dengan harga promo PA&MA menggunakan promo kod – PNMGSP5 di GO SHOP)
Audrieanna Lambert, ibu kepada kembar ini berkata ia adalah satu keajaiban apabila Reagan (adik) masih hidup selepas mendapat keputusan bahawa dia tidak akan bertahan dalam kandungan.
Doktor di hospital West Penn, Pittsburgh, Amerika Syarikat bimbang ketika usia kandungan 20 minggu kerana mereka melihat Reagan(adik) telah berhenti membesar dalam kandungan. Selepas pembedahan Czer dilakukan pada Disember 2021, kedua-dua kembar dibawa ke unit rawatan rapi (NICU) di mana Mila(kakak) menghabiskan 45 hari sebelum dia cukup kuat untuk pulang ke rumah.
Tetapi Reagan(adik) terlalu kecil, terpaksa menunggu 118 hari sebelum dia boleh bersama kakaknya di rumah di Washington, Pennsylvania. Kini kedua-dua kembar itu membesar dengan baik tetapi masih berbeza saiz, dengan Mila(kakak) kini mempunyai berat 5.4kg dan Reagan 3.17kg.
Pakar yang merawat bayi tersebut berkata, “Apabila saya melihat mereka buat kali pertama, Reagan(adik) adalah jauh lebih kecil daripada yang saya bayangkan. Perbezaan antara mereka sangat ketara. Saiz Mila(kakak) hampir tiga kali ganda. Mereka tidak kelihatan seperti kembar! Saya tahu Reagan(adik) akan menjadi kecil tetapi dia sangat kecil. Tetapi kedua-duanya adalah keajaiban dan mereka berjaya laluinya. Kini mereka luar biasa.”
Audrieanna dan suami Chase, 29, sangat gembira apabila mengetahui dia hamil pada Jun 2021 selepas membuat rawatan IVF selepas bertahun-tahun mencuba. Pada minggu ke-6 kehamilan, mereka di beritahu bahawa bayi B (Reagan) berukuran kecil dan ada kemungkinan mereka akan kehilangannya pada awal kehamilan.
“Kami diberitahu kantung kehamilan berukuran kecil dan berkemungkinan besar akan keguguran. Pada minggu ke-15 kehamilan, Regan dapat survive. Semuanya kelihatan baik dan kami sangat teruja untuk mempunyai dua anak perempuan.”
Pada usia kandungan 24 minggu, pasangan itu menerima berita yang mendukacitakan bahawa Reagan(adik) kini 50% lebih kecil dan mengalami masalah dengan pengaliran tali pusatnya (pemindahan nutrien daripada darah ibu merentasi plasenta kepada janin melalui tali pusat.)
“Doktor kata, mungkin dalam dua minggu lagi Regan(adik) tak dapat di selamatkan kerana dari segi perubatan memang tidak berjaya untuk selamatkan bayi ini. Hati saya hancur.”
(Follower Pa&Ma Nak Menang Buku Ini Boleh Klik Video di atas & Komen. Good Luck!)
Tetapi dua minggu kemudian pada imbasan 26 minggu, doktor mendapati bahawa jantung Reagan(adik) masih berdegup.
“Mereka benar-benar terkejut bahawa dia masih bertahan. Saya berazam akan melakukan segala yang saya mampu untuk dia berjaya hidup.”
Audrieanna dimasukkan ke Hospital West Penn pada 27 minggu untuk dipantau. Dia berjaya mencapai 29 minggu sebelum aliran kord Regan berubah dan bayi-bayi itu dilahirkan melalui Emergency Czer.
Kembar itu dilahirkan pada 10 Disember 2021, jam 16.32 tengah hari, dengan berat Mila(kakak) 907gram dan Reagan(adik) pada jam 16.33 malam, seberat 453gram tepat.
Ibu dua anak itu berkata “Saya mendengar tangisan kecil Mila(kakak) jadi saya tahu dia ok tetapi apa yang saya dengar daripada Reagan(adik) hanyalah rengekan.
“Ia seperti anak kucing menangis. Saya panik kerana saya hampir tidak dapat mendengarnya dan saya tidak sempat melihatnya sebelum mereka membawanya pergi.”
Kedua-dua kembar terpaksa dibawa terus ke NICU dan Audrienna terpaksa menunggu beberapa jam sebelum dia dapat melihat mereka
“Apabila saya melihat Reagan dia sangat kecil, dia boleh muat dalam tapak tangan. Saya tahu dia akan menjadi kecil tetapi dia jauh lebih kecil daripada yang saya bayangkan.
“Reagan telah membesarsepenuhnya walaupun dia kecil sangat. Ia ajaib tetapi ia sangat halus dan kecil.”
Mila(kakak) pulih dengan baik dan cukup kuat untuk pulang ke rumah pada Januari 2022, selepas 45 hari berada di hospital.
Reagan(adik) menghabiskan tiga bulan lagi di hospital, menerima pemindahan darah untuk membantunya membesar dan dia akhirnya boleh pulang ke rumah pada April 2022.
“Sungguh mengagumkan apabila mereka berdua pulang ke rumah,” kata Audrieanna. “Ia adalah perjalanan yang agak lama.
Kredit: Audrieanna
Followers Pa&Ma jom join Workshop ini, sesuai untuk mama hamil, lepas bersalin – Klik SINI
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.