Bayi 8 Bulan Kunyah Wayar Pengecas, Meninggal Dunia Terkena Renjatan Elektrik

Share

Seorang bayi yang berusia lapan bulan di Bengaluru, India, meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih.

Gulf News melaporkan, insiden itu berlaku di kampung Siddarada, Karwar taluk di daerah Uttara Kannada di Karnataka pada Rabu.

Mendiang Sanidhya Kalgutkar adalah anak perempuan Santhosh Kalgutkar dan Sanjana Kalgutkar.

Menurut polis, pengecas mudah alih dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket dengan suis itu tidak dimatikan.

Bayi yang memegang wayar pengecas mula mengunyah pin wayar pengecas mudah alih dan terkena renjatan elektrik.

Ahli keluarga yang menyedari insiden itu dengan segera membawa Sanidhya ke hospital daerah.

Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

Bapanya, Santhosh Kalgutak yang bekerja sebagai pekerja kontrak dengan Syarikat Bekalan Elektrik Hubballi (Hescom) rebah di tempat kerja selepas mengetahui kejadian itu.

Dia dimasukkan ke hospital, manakala mayat bayi perempuan itu dipindahkan ke bilik mayat.

Difahamkan, Sanidhya adalah anak ketiga pasangan itu.

Susulan kematiannya, polis mendaftarkan satu kes dan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

Kredit: Gulf News

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa