Penggunaan walker pada bayi perlu di pantau. Kealpaan sesaat boleh mengundang bahaya hingga boleh menyebabkan kemalangan.
Kes bayi dengan walker terlepas ke atas jalan ini wajar dijadikan pengajaran. Dalam kes yang terjadi di Soi Suksawat, Thailand ini bayi berusia 8 bulan maut digilis kenderaan berat iaitu treler 10 tayar. Ketika kejadian berlaku, walker dinaiki si kecil ini menggelongsor daripada ruang luar rumahnya ke atas jalan raya.
Pemandu treler kemudiannya turun daripada treler dan mendapati bayi berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah.
Awalnya, bayi ini telah dibiarkan berjalan menggunakan walker di hadapan rumah mereka yang terletak di tepi jalan. Disebabkan lokasi jalan yang curam, walker yang dinaiki bayi tersebut bergerak dengan laju ke bahagian tengah jalan. Ini menyebabkan treler berkenaan tidak dapat mengelak dan menggilis bayi berkenaan.
Kejadian yang berlaku sekelip mata tersebut menimbulkan kejutan kepada orang ramai yang berada berhampiran dengan lokasi kejadian.
Artikel berkaitan: Guna Walker Ganggu Stimulasi & Lambatkan Anak Berjalan. Risiko Bayi Tercekik, Cedera Kepala & Otak Tinggi
[Haramkan Baby Walker! Bayi Perlukan 3 Langkah Ini Untuk Merangsang Fungsi Otak]
Sumber: Line Today
PENGGUNAAN WALKER PERLU DIPANTAU, ADA YANG MENYARANKAN UNTUK DIHARAMKAN
Menurut AAP(American Academy of Paediatrics) yang melakukan kajian terhadap penggunaan walker kanak-kanak ini, berdasarkan pelbagai kajian yang melibat pelbagai umur anak, jenis walker dan sebagainya, mereka telah membuat kesimpulan dan menyarankan penggunaan walker utk kanak-kanak ini DIHARAMKAN atas beberapa faktor. Antaranya:
1) TIDAK MEMBANTU SI KECIL BELAJAR BERJALAN
Ianya terbukti TIDAK membantu dalam membuat kanak2 tersebut belajar berjalan hasil daripada penilaian BERATUS RIBU kanak2.
2) LAMBATKAN PROSES BELAJAR
Penggunaan walker juga sebenarnya turut MELAMBATKAN proses belajar berjalan kerana si kecil itu kurang mendapat motor and sensory tactile stimulation(mereka tidak bergerak sendiri tapi dibantu oleh walker)
3) KECEDERAAN OTAK/ KEPALA
Berisiko untuk mengalami kecederaan terutamanya kecederaan otak/kepala. Paling banyak sekali kes yang berlaku turut melibatkan berdekatan dengan tangga rumah, walaupun yang mempunyai pagar tangga untuk menghalang sikecil. Tidak kira dari atas atau bawah tangga.
4) RISIKO TERCEKIK
Risiko choking hazard (tercekik mainan) kerana kebanyakan walker ini turut dilengkapi dengan permainan kecil yang mampu tercabut atau rosak secara mekanikal.
5) 3 JUTA KECEDERAAN PELBAGAI JENIS
Kajian juga menunjukkan sebanyak 3 juta kecederaan pelbagai jenis yang dialami akibat penggunaan walker. Kajian juga mendapati bilangan ini sebenarnya lebih tinggi iaitu 10 KALI GANDA sebab tidak semua kes direportkan atau mereka tidak mendapatkan rawatan.\
6) BAYI CEDERA WALAU PUN DI BAWAH PEMANTAUAN
Pelbagai kes kecederaan tetap juga berlaku walaupun terdapat pemantauan orang dewasa! Didalam bilik atau kawasan rumah. Sebabnya walker ini kadang kala digunakan sebagai babysitting equipment(penjaga buat kerja, dia biarkan kanak2 tersebut dalam tu walker tu)
7) STANDARD BERBEZA
Standard yang berbeza yang digunakan oleh pengeluar baby walker ni jugak menjadi masalah besar untuk memastikan keselamatan penggunaan dari segi size, ketahanan, hazards walker tersebut.
8) TIDAK BELAJAR DUDUK, MERANGKAK & BERJALAN LEBIH AWAL
Berdasarkan kajian antara kanak2 yg menggunakan baby walker dan mereka yang tidak(kumpulan kawalan), mereka yang TIDAK menggunakannya sebenarnya belajar duduk, merangkak dan berjalan LEBIH AWAL. Mereka juga turut mendapat pencapaian perkembangan yang lebih tinggi berdasarkan penilaian Bayley yang menilai perkembangan mental mereka.