
Bila ada anak kecil ni mata ibu ayah kena sentiasa peka. Kadang bila sesuatu perkara nak berlaku sekejap je. Tak semestinya dari anak je tetapi kita pun ada masanya terlepas pandang.

Seperti yang tular di media sosial, bayi 8 bulan tersedak penapis dawai apabila ibunya tidak perasan ada serpihan besi dawai dalam bubur anaknya. Kejadian ini dikatakan berlaku di Vietnam.

Sebelum ni kita selalu dengar berita dawai kokot dalam makanan orang dewasa namun kali ini berlaku pula dalam makanan bayi kerana kecuaian ibu ketika menyediakan makanan anak.

Buat ibu-ibu semua, tolonglah berhati-hati. Sebaiknya janganlah pakai penapis macam ini atau apa saja peralatan yang ada dawai dalam penyediaan makanan anak.
Sekiranya rasa nak lumatkan lagi, kisar je bubur tu bagi betul-betul halus. Selepas tu sebelum nak suapkan makanan pada anak, tolong perhatikan dahulu. Bayi tak tahu apa. Yang mereka nampak hanya makanan itu sahaja.

Ingatlah dalam apa sahaja yang kita lakukan, bila ada anak kecil ni kena lebih extra penjagaan. Begitu juga bila anak menyusu. Tetap kena perhatikan untuk mengelak kejadian tersedak susu. Ini pun antara kes yang selalu berlaku dalam kalangan bayi.
Sumber: Nurasykin Ali
Breastfeeding Peer Counselor
#kakekinkongsiinfo
ARTIKEL MENARIK [Wahai Ayah, Buatlah Petua Ni Ketika Anak Masih Kecil. Berlelah-lelah dahulu, Besar Nanti Anak Akan Lebih Rapat]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Mainan Anak Banyak & Bercampur, Cara Ibu Ini Guna Teknik Konmari Lebih Kemas]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada Vaksin Setakat Ini, Jadi Persiapkan Diri Anda Untuk Elak Penularan Wabak nCoV

Baru-baru ini, pihak berkuasa di China telah melaporkan pada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkenaan kes jangkitan paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui puncanya. Pemeriksaan makmal menunjukkan virus penyebab jangkitan tersebut bukanlah virus influenza, virus adeno, virus korona sindrom pernafasan timur tengah (MERS-CoV) mahupun virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Akan tetapi, virus yang telah dikenal pasti adalah virus korona baharu (novel coronavirus).
Perkara ini membuatkan pihak kerajaan Malaysia komited untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kes jangkitan virus korona import seperti yang berlaku di Jepun, Korea Selatan dan Thailand.
Penularan virus korona Wuhan masih tidak cukup maklumat
Wabak virus korona Wuhan telah dikenal pasti dan dilaporkan ke WHO pada 12 Januari 2020. Ia digelar sebagai novel coronavirus (nCoV-2019) atau virus korona baharu berikutan strain tersebut tidak pernah dikesan pada mana-mana individu sebelum ini.
Cara penularan virus korona Wuhan telah disahkan berlaku di antara manusia dengan manusia dan haiwan dengan manusia. Mekanismenya masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa China.
Oleh kerana gejalanya seakan sama dengan jangkitan influenza yang sedang melanda negara, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mengumpul maklumat pesakit yang mengalami jangkitan tersebut.
Ini bagi memastikan tiada dalam kalangan individu tersebut yang dijangkiti dengan virus korona baharu.
Sebenarnya, jangkitan influenza tak perlu dilaporkan kepada kementerian, bagi mengelak wabak ini menular di Malaysia, langkah berjaga-jaga perlu diambil.
Maklumat yang diperlukan akan dikumpul dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
Setakat ini, tiada kes virus korona yang dikesan di Malaysia.
Menurut Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, masyakat perlu memberikan perhatian lebih bagi mengelak penularan wabak virus tersebut. Ini kerana tiada vaksin atau ubat yang boleh merawat atau menghindarinya.
Langkah yang diambil kerajaan bagi menyekat penularan wabak virus korona
Dalam usaha memelihara kualiti kesihatan rakyat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan beberapa langkah bagi menghindari wabak virus korona Wuhan di Malaysia.
Antaranya seperti:
- Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertugas di Pintu Masuk Antarabangsa Negara telah dimaklumkan tentang wabak ini. Langkah pencegahan dan kawalan infeksi telah dilaksana
- Memperkukuhkan ujian saringan demam dengan alat pengesan termal di kalangan pengembara di Pintu Masuk Antarabangsa Negara
- Jika ada pelancong yang dikesan demam dan ada simptom berkaitan jangkitan paru-paru atau jangkitan influenza, pemeriksaan akan dilakukan di pusat kuarantin kesihatan
- Memperkukuhkan ujian saringan pesakit di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital bagi yang disyaki menghidap jangkitan virus korona
- Individu yang mengalami gejala penyakit respiratori akut (demam, batuk, selesema, sukar bernafas) setelah pulang dari Wuhan dalam tempoh 14 hari, digalakkan menjalani ujian saringan kesihatan di fasiliti kesihatan berhampiran
- Jika terdapat kes yang disyaki disebabkan oleh virus korona Wuhan, laporkan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan kesihatan Negeri dan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM
- Memperkukuhkan keupayaan pengesanan dan pengesahan virus korona baharu
- Anggota KKM perlu memakai peralatan pelindung peribadi seperti topeng muka dan sarung tangan ketika mengendali kes wabak virus korona
- Bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan KKM terhadap serangan virus korona baharu
Penularan virus korona Wuhan di negara lain

Setakat ini, lebih 500 individu di China disahkan menghidap jangkitan virus (termasuk kakitangan kesihatan) dan jumlah kematian mencatatkan seramai 17 orang.
Terdapat lebih daripada enam kes yang telah disahkan positif virus korona di luar negara China. Dua kes di Thailand, satu kes di Jepun, satu kes di Amerika Syarikat, satu kes di Taiwan dan satu kes di Korea Selatan. Terbaru, satu kes telah disahkan di Hong Kong.
Walaupun virus itu dikatakan menular kerana makanan laut, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), mereka yang melancong ke negara China berpotensi dijangkiti dengan virus tersebut.
Ini berikutan mereka terdedah dengan individu yang mengalami jangkitan virus tersebut, justeru meningkatkan risiko mereka untuk dijangkiti.
Setakat ini, berbanding dengan wabak SARS yang pernah menular pada tahun 2003, penularan virus Wuhan masih lagi tidak agresif.
Namun, peningkatan jumlah pelancong bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi agak membimbangkan kerajaan China.
Langkah pencegahan yang wajar diamalkan netizen
WHO telah menyarankan beberapa langkah bagi mengurangkan risiko jangkitan. Antaranya seperti:
- Basuh tangan secara kerap dengan teknik yang betul. Panduan 7 langkah basuh tangan yang disarankan oleh WHO boleh diguna pakai
- Patuhi etika batuk dan bersin ketika berada di tempat awam. Tutup mulut menggunakan tisu atau lipatan siku
- Elak dari bersentuhan dengan individu yang menunjukkan simptom selesema
- Pastikan anda mengambil makanan yang telah dimasak dengan baik. Elak makan makanan separuh masak
- Elak bersentuhan secara terus dengan haiwan liar atau haiwan ternakan. Jika perlu, guna sarung tangan ketika menguruskan haiwan tersebut
Konklusi
Jika anda mengalami simptom influenza seperti batuk, selesema atau demam, jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera.
Setakat ini, tiada panduan berkenaan simptom khusus bagi jangkitan ini yang telah dikeluarkan.
Jika anda baru pulang daripada Wuhan dan mengalami simptom selesema, kunjungi fasiliti kesihatan berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
15 Simptom Petanda Rahim Tidak Sihat, Semak Sekarang!

Setiap hari menguruskan pelbagai hal di rumah, sebagai isteri, ibu dan wanita kita selalu terlupa menjaga kesihatan diri sendiri. Menjaga kesihatan dalaman seperti penjagaan Rahim sangat penting kita berikan perhatian.
Bagi mengelakkan sakit-sakit badan dan hal yang tidak sepatutnya, perlu tahu untuk menjaga kesihatan rahim. Ini merupakan sebahagian tanda-tanda anda mempunyai masalah rahim.

Ciri ciri rahim bermasalah
Beberapa gejala biasa masalah rahim termasuklah:
* Sakit di kawasan rahim
* Pendarahan faraj yang tidak normal atau berat
* Kitaran haid tidak teratur
* Keputihan yang tidak normal
* Sakit di bahagian pelvis, bawah abdomen atau kawasan rectum
* Peningkatan senggugut
* Kerap kencing
* Sakit semasa persetubuhan
* Pendarahan selepas persetubuhan
* Haid yang berpanjangan
* Bengkak perut
* Sembelit; ketidakselesaan semasa membuang air besar
* Jangkitan pundi kencing berulang
* Keletihan
* Demam

Masalah pada rahim
Keadaan yang menjejaskan rahim atau mana-mana bahagian lain sistem pembiakan wanita dirujuk sebagai masalah rahim. Berikut antara beberapa masalah rahim seperti:
Fibroid rahim
Punca sebenar fibroid rahim tidak diketahui. Beberapa faktor seperti hormon, sejarah keluarga dan kehamilan meningkatkan risiko fibroid rahim.
Kanser
Kanser rahim menyebabkan pendarahan faraj yang tidak normal. Jenis yang paling biasa ialah kanser endometrium. Ia memerlukan rawatan yang agresif jika ia telah merebak ke luar rahim.
Hiperplasia endometrium punca ciri ciri rahim bermasalah
Berlaku apabila terlalu banyak sel tumbuh dalam lapisan rahim – kesannya rahim menjadi sangat tebal dan menyebabkan pendarahan tidak normal. Ia bukan kanser tetapi dalam beberapa kes, ia boleh mengembangkan kanser rahim.
Endometriosis
Keadaan di mana jenis tisu yang sama yang melapisi rahim anda tumbuh di bahagian lain badan – selalunya dalam perut atau ovari. Biasanya disebabkan oleh jangkitan seperti STD (jangkitan seksual), batuk kering dan jangkitan daripada bakteria normal faraj.
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, individu dengan endometriosis akan mengalami hiperplasia endometrium.

Prolaps rahim
Keadaan rahim jatuh ini bermakna otot dan ligamen yang menahan rahim di tempatnya telah lemah – selalunya dialami seiring penuaan usia.
Selain penuaan, tahap estrogen yang lebih rendah, otot atau tisu pelvis yang rosak, obesiti, sembelit kronik, dan batuk kronik turut boleh meningkatkan risiko prolaps rahim.
Penyakit radang pelvis (PID), punca ciri ciri rahim bermasalah
Kadangkala bakteria atau mikrob memasuki serviks dan merebak ke atas. Jangkitan ini boleh menjejaskan satu atau lebih organ pelvis, termasuk rahim, serviks, dan tiub fallopio.
Polip
Merupakan ketumbuhan kecil dan lembut dalam rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak, bintik-bintik di antara haid dan pendarahan selepas hubungan seks.
Tuberkulosis rahim
Jangkitan kuman pada sistem pembiakan wanita yang sering dikaitkan dengan ketidaksuburan pada wanita. Boleh terjadi apabila anda melakukan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
Sakit pelvis kronik
Jika doktor tidak dapat mengenal pasti punca kesakitan, anda mungkin didiagnosis dengan sakit pelvis kronik.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Demam Campak, Boleh Cuba Amalan ‘Berbedak’ Ini Untuk Hilangkan Parut

Ibu mana yang tak risau bila anak demam campak. Selain risaukan suhu badan anak yang turun naik dengan tinggi, masalah parut kesan daripada campak ini juga sering difikirkan jalan penyelesaiannya. Bimbang parut kekal hingga mereka dewasa.
Anak Demam Campak
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.

Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya membuatkan mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Artikel lain: Measles Boleh Akibatkan Maut Bengkak Otak. Ia Bukan Demam Ruam Atau Chicken Pox!
Boleh Cuba Amalan ‘Berbedak’ Ini Untuk Hilangkan Parut
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam gelugur dan daun melur.

2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu:

Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak. Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan.
Baca lagi: Jebat Di Gigit Nyamuk, Nabila Minta Petua Hilangkan Parut. Kasihan Tengok Heronya Ada Tanda
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


