Bayi yang masih kecil mempunyai kulit yang sensitif. Jika tersalah menggunakan produk mandian, mungkin boleh menyebabkan iritasi dan naik ruam. Begitulah yang berlaku pada si manja Instafamous, Syafiqah Aina, iaitu Raisya Arisa yang berusia dua bulan. Ketika dimandikan, Syafiqah dan suami meletakkan sabun pada badan bayi mereka. Mereka merasa tidak puas jika memandikan Raisya tanpa menggunakan sabun.

Dalam perkongsiannya melalui Instagram, Syafiqah berkongsi foto kulit anaknya timbul ruam dan menjadi kemerah-merahan. Kata Syafiqah, ini silapnya dan suami kerana menggunakan sabun dan syampu semasa memandikan anak.

Artikel Menarik: [Potongan Bawang, Air Purifier Semulajadi Anak Selesema & Batuk Berkahak]

Sempat menitipkan pesanan, Syafiqah meminta supaya ibu-ibu baharu tidak menggunakan sebarang produk pada bayi yang masih kecil. Katanya lagi, tunggulah anak besar sedikit sebelum mencuba sebarang jenama sabun dan syampu pada anak. Harus rajin mencuba untuk lihat yang mana serasi untuk mereka.

Ads

View this post on Instagram

Ni jugak skin Raisya masa Mommy dalam pantang. Silapnya sbb Mommy & Daddy jenis tak puas hati kalau tak letak sabun & shampoo pada Raisya last last jadi macamni ? . Tips untuk new Mommies, elakkan pakai any sabun, shampoo or oil pada skin baby. Sebab skin baby sangat nipis & sensitive lepas lahir. Jadi kalau boleh elakkan letak anything pada skin. No worries, peluh baby tak buat badan diorang berbau macam Mommy & Daddy pun ? . Nanti baby dah besar sikit dah masuk 2months ke baru try pakaikan sabun. But still kena try & error. Sometimes skin baby tak sesuai dengan certain brand. Jadi kena try dulu tengok okay ke tidak. But still, depends on baby juga if mandikan pakai sabun & shampoo tkada masalah, then teruskan je. Ok Mommies?

A post shared by Raisya Arisa (@raisyaarisa) on

Ni jugak skin Raisya masa Mommy dalam pantang. Silapnya sbb Mommy & Daddy jenis tak puas hati kalau tak letak sabun & shampoo pada Raisya last last jadi macamni ?
.
Tips untuk new Mommies, elakkan pakai any sabun, shampoo or oil pada skin baby. Sebab skin baby sangat nipis & sensitive lepas lahir. Jadi kalau boleh elakkan letak anything pada skin. No worries, peluh baby tak buat badan diorang berbau macam Mommy & Daddy pun ?
.
Nanti baby dah besar sikit dah masuk 2months ke baru try pakaikan sabun. But still kena try & error. Sometimes skin baby tak sesuai dengan certain brand. Jadi kena try dulu tengok okay ke tidak.

Ads

But still, depends on baby juga if mandikan pakai sabun & shampoo tkada masalah, then teruskan je. Ok Mommies?

Artikel Menarik: [Anak Cakap Lambat Dan Pelat, Mak Ayah Jangan Buat Tak Tahu. Mungkin Lidah Anak Pendek!]

Ads

Untuk memandikan bayi yang baharu lahir mungkin agak sukar kerana perlu lebih berhati-hati. Pun begitu, langkahnya tidaklah banyak. Yang penting, pastikan pegangan pada badan anak kuat dan kemas bagi mengelakkan risiko tergelincir. Pa&Ma kongsikan antara perkara penting yang perlu dititikberatkan jika mahu mandikan anak baharu lahir.

1. Selesai memandikan anak, badannya perlu dilap kering sepenuhnya. Jangan dipakaikan baju dan lampin jika masih ada bahagian yang basah kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi. Jika tali pusatnya masih ada, gunakan ubat yang diberikan doktor untuk disapukan padanya.
2. Pakaian yang sesuai dengan bayi adalah diperbuat dari kain kapas dan tidak tebal. Anak akan dibedung, jadi memakaikan mereka pakaian tebal akan menyebabkan mereka berpeluh dan naik ruam.
3. Gunakan minyak telon pada bayi, untuk menguji sama ada ia serasi atau tidak dengan bayi, letakkan sedikit sahaja dahulu. Perhatikan jika ada sebarang iritasi pada kulitnya. Jika tiada masalah, bolehlah diteruskan.
4. Sebaiknya gunakan air suam untuk memandikan bayi. Kulit mereka tipis dan sistem tubuhnya masih belum pandai mengatur suhu, jadi tidak digalakkan untuk dimandikan dengan air sejuk.
5. Basahkan tubuh anak dengan air, dan bersihkan bahagian pelipat mereka. Tidak perlu diletakkan sabun atau syampu pada dua bulan pertama kelahiran mereka.

Sumber: Raisya Arisa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI