Kemelut rumah tangga pempengaruh, Aisyah Hijanah banyak mengganggu emosi dirinya begitu dengan kandungannya yang kini berusia lima bulan.
Melalui Insta Storynya, Aisyah tampil menjelaskan keadaan dirinya kini malah turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dirinya.
Berkongsi kisah kehamilannya, Aisyah yang baru sahaja melakukan imbasan kepada kehamilannya memaklumkan saiz bayi dalam kandungannya tidak normal dan agak kecil daripada usia kehamilannya kini.
Kongsi Aisyah lagi, ia mungkin disebabkan oleh saiz tubuhnya yang kecil ditambah dengan kurang selera makan yang dihadapinya kini.
“Alhamdulillah semalam baru detail scan dan bayi dalam keadaan yang baik tetapi agak kecil daripada umurnya.
“Bayi agak kecil daripada umurnya. Mungkin banyak faktor iaitu badan saya kecil, stress sepanjang isu dan kurang selesa makan,” kongsinya.
Bahkan ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut memohon doa semua agar mendoakan kesejahteraan dirinya dan bayi dalam kandungan.
“Doakan semoga this baby girl diberikan takdir yang baik, rezeki dan jodoh yang baik, dibesarkan dengan baik dan dijadikan anak yang mudah masuk syurga,” tulisnya lagi.
Aisyah dalam pada itu turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat akan dirinya. Bahkan kata Aisyah lagi, dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja malah kini sudah kembali bekerja.
Tambah Aisyah lagi, dia meminta wargamaya tidak bertanyakan berkenaan keluarganya ketika dia bersiaran langsung kerana ia bertujuan untuk bekerja.
“Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku.
“Pertama sekali saya berterima kasih buat semua yang ambil berat dan memberi kata-kata motivasi. Semoga dengan motivasi kalian, Allah memberikan kemudahan dan kebahagiaan buat kalian semua. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.
“Atas komitmen saya kepada syarikat, saya tetap perlu membuat ‘live’ seperti biasa. Saya mohon netizen untuk memberi ruang dan tidak bertanya mengenai isu yang terjadi kerans dikhuatiri situasa akan bertambah besar,” katanya lagi.
Terdahulu, suami Aisyah iaitu Alif Teega tampil mengumumkan perkahwinan keduanya. Aisyah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan mereka kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!