Kejam! itulah dapat digambarkan apabila seorang bapa tergamak menyembur racun serangga ke muka bayi lelaki supaya diam disebabkan tidak tahan mendengar anaknya menangis.
Malah, bapa kejam itu turut menampar muka bayi berusia dua bulan dan melambungnya, dalam kejadian di Taman Pauh Indah, Arau, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya sudah menahan suspek berusia 39 tahun susulan laporan daripada doktor di Klinik Kesihatan Arau yang merawat mangsa.
Ads
“Kita menerima laporan doktor di Bahagian Ibu dan Anak klinik berkenaan pada 11.30 pagi Jumaat lalu selepas pemeriksaannya mendapati bayi berkenaan kurang aktif dan bibirnya kebiruan.
“Mangsa juga cedera di belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui di kepalanya.
Ads
“Ibu mangsa disoal siasat dan dia mengaku suaminya yang juga ayah kandung bayi itu menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan mangsa,”
Nanda berkata, suspek ditahan pada hari kejadian dan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah membenarkan tempoh tahanan remannya dilanjutkan sehingga Khamis ini bermula hari ini.
Ads
“Mangsa kini dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan lebih lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Difahamkan mangsa mengalami komplikasi di otak akibat kecederaan yang dialaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Murah rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Sebab itu, dalam hidup kita seharian kena sentiasa bersyukur dan saling memahami. Jangan sebab salah seorang buat hal, seorang lagi akan tarik muka. Bila jadi begini, anak-anak akan turut terkesan.
Bagaimana nak pastikan suami isteri sentiasa murah rezeki, Penulis Ilmu Keibubapaan, Firdaus Mokhtar pesan ini yang kena buat selalu.
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Boleh dikatakan hampir setiap rumah akan ada masalah cicak berkeliaran. Kadang rasa geli pun ada kan? Walaupun dah cuba buat beberapa petua, lepas tu datang balik.
Mungkin bagi yang ingin cuba buat perangkap cicak sendiri, boleh cuba cara ni pula. Paling senang dan tak perlu modal besar pun. Agak-agak nampak ada ‘geng cicak’ di mana-mana tempat boleh terus tampal.
Perkongsian daripada Ct Affaziah boleh anda cuba dan daripada cara yang dilakukan memang betul-betul berbaloi hasilnya.
Sorry kalau posting ni mengelikan. Scroll laju-laju eh kalau yang geli. Saya nak share tips mudah dan murah nak bunuh cicak.
Gambar kat bawah ni hasil rumah kampung saya yang ditinggalkan dekat 3 minggu. Untuk kali pertama buat total cicak yang dapat 54 ekor. Banyak kan! 1 family cicak boleh melekat😂
Cara-cara nak buat perangkap cicak ni tersangat mudah. Hanya guna dua bahan, salotip dan gunting sahaja. Tak perlu nak letak apa-apa umpan pun, selesai masalah. Paling penting buat di kawasan yang biasa jadi laluan cicak.
Biarkan untuk beberapa ketika dan boleh lihat hasilnya selepas itu.
Langkah pertama:
👉Cuma perlu gunting dengan plastik tape. Korang tampal merata tempat laluan cicak tau.
👉Caranya hanya tampal hujung tape je pastu terbalikkan yg ad gam tu belah atas..cuma hujung dgn hujung je tampal kt lantai…boleh fahamkan..😊
Ni hasilnya. Besar, kecil semua dapat!
Jadi lepas ni tak perlu dah susah hati. Nanti boleh tengok hasilnya macam mana ya!
Boleh dikatakan anak-anak zaman sekarang asyik sungguh bermain telefon bahkan kerap juga terjadi kita sebagai ibu ayah pula yang memberikan telefon agar anak-anak bermain games dengan tujuan tidak mengganggu urusan kita.
Menyentuh tentang anak-anak bermian games di telefon, ada kisah yang boleh dijadikan pengajaran dikongsikan oleh Puan Nor Liyana Abdullah. Menurutnya, dia sedikit pun tidak menyangka, anaknya boleh ‘curi-curi’ main game dan seterusnya hingga menyebabkan duit di dalam akaun miliknya berbaki RM2.
“Gara-gara PDPR….bagi phone kat anak..Semasa PDPR curi-curi main game….sampaikan habis duit dalam akaun sebanyak RM2600 diaorang beli game….Pening weh…pening..
“Bila perasan duit hanya tinggal RM2.00 dalam akaun baru nak cek rupanya selama ni dia beli benda ni…Ya Allah….tak tau nak fikir macam mana? Macam mana boleh beli sedangkan nom TAC tak sampai….bila cek dalam gmail baru perasan bil-bil game nih. Semak dengan bank total keseluruhan pembelian RM2600,” jelasnya.
Tambahnya lagi, “Kaedah pembayaran guna line umobile. Sebab dia ambil duit dalam akaun top up tel dia…dia tambah top up dalam google play”
Diperkongsian tersebut, Nor Liyana juga menasihatkan agar ibu bapa di luar sana agar selalu pantau game apa yang anak-anak selalu main. Bimbang terjadi seperti apa yang dialaminya
“Ya Allah….dugaan PDPR…Ibu bapa kena ambil tahu ye anak kita main game apa…Tiba-tiba baru teringat kisah zarina zainudin yang anaknya beli game sampai 20k..”
Meninjau di ruangan komen ramai bersimpati dan turut berkongsi info berkenaan kejadian yang menimpa Puan Nor Liyana ini.
Antaranya komen daripada Mohd Anuar Mokhtar “allahu..banyak tu…next rasanya boleh setting klu beli apps yang berbayar boleh request pasword jgn bgtau anak2 pasword tu…tak pelah benda nak jadi kan…klu kes mcm gini mmg kira burn lah kan…InsyaAllah smoga ada rezeki lebih besar lagi menanti..next kena lebih berhati-hati
Manakala Aslyna Arshad Aslynas turut berkongsi pengalaman yang sama.Menurutnya, “Saya kena rm600 nasib baik saya check kalau tak melarat. Saya sebelum nie bil phone main byr je tak tgk bill. Satu hari heran kenapa bill mahal sebab tak pernah delay payment.bila check dgn center anak beli accesories game online . nasib dia tak pilih yg paling mahal rm399.90. Dlm satu malam dia beli accessories utk game online rm600-00. Dia beli accesories mcm baju la utk dlm game tu pakai . Saya terus ambil balik sim kad n call center utk block semua pembelian”
Manakala respon daripada Hairul Nizam katanya “Terus tukar setting phone nak download game berbayar kene masuk pincode. Jika tidak jenuh masuk akaun atau masuk bil.”
Rata-rata mengambil kisah yang dikongsikan ini sebagai penjajaran dan bersikat lebih berhati-hati agar perkara yangs ama tidak berlaku lagi.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.