Perkara yang ibu bapa sering utamakan untuk anak-anak ialah kesihatan mereka. Menjadi kebimbangan buat ibu bapa bila anak yang ceria menjadi lemah gara-gara kesihatan yang mendatang.
Mengikut statistik yang dikeluarkan pada tahun ini hingga bulan lepas, bayi perempuan berusia lapan bulan antara 19 mangsa yang maut akibat demam denggi. Manakala, warga emas wanita berumur 95 tahun antara mangsa tertua yang maut bagi tempoh sama.
Meskipun hanya seorang bayi yang terlibat dalam statistik ini, namun ibu bapa di luar sana seharusnya jadikan perkara ini sebagai peringatan supaya kita tidak menyumbang lagi jumlah bilangan individu yang maut gara-gara denggi.
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Pa&ma kongsikan tip yang boleh diambil oleh ibu bapa sebagai langkah berjaga-jaga :-
1)Cuci kawasan dalam dan luar rumah supaya tiada air bertakung
Hapuskan kawasan-kawasan ang mempunyai risiko nyamuk aedes membiak. Lebih-lebih lagi dengan cuaca sekarang yang tidak menentu membolehkan nyamuk aedes membiak di dalam takungan air.
2) Sapukan bayi anda dengan krim anti nyamuk
Sebelum keluar dari rumah pastikan anda menyapu krim anti nyamuk pada kulit bayi anda dan pakaikan pakaian yang dapat melindungi mereka dari serangga jahat ini!
3) Elakkan berada di luar rumah pada waktu kemuncak nyamuk aedes sedang berkeliaran
Lebih-lebih lagi ketika waktu senja.
4) Pasangkan ubat nyamuk atau kelambu sebelum tidur
Sembur atau pasangkan ubat nyamuk setengah jam sebelum waktu tidur. Untuk lebih perlindungan, boleh juga pasangkan kelambu
SUMBER: Sinar Harian