Biarpun lampin sudah ditukar dan bayi telah diberikan susu, dia tetap menangis. Sesetengah ibu ayah pasti buntu apakah punca yang menyebabkan si manja menangis tanpa henti. Apabila ditepuk pada bahagian perut, terasa seperti ada angin di dalamnya. Masalah kolik boleh menjadi sebab mengapa bayi menangis kerana mereka merasa tidak selesa pada bahagian perut.
Kembung perut atau kolik berlaku disebabkan sejumlah kecil udara akan masuk dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis.Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkanbayi berasa tidak selesa.
Artikel Menarik: [Bayi Tak Sedap Perut, Asyik Meragam. Rupanya Minum Susu Dari Botol Yang Rosak]
Lazimnya bayi akan menangis apabila mengalami kolik.Tanda bayi kolik ialah bayi berumur kurang tiga bulan, menangis cara menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis.
Waktu tangisan hampir sama setiap hari. Menangis adalah cara untuk mengeluarkan udara perut. Jadi jangan terlalu panik apabila bayi menangis, perlu banyak bersabar. Kekal tenang apabila bayi anda menangis tanpa henti.
Tahukah anda bahawa, keadaan tersebut berlaku pada bayi dalam tempoh beberapa minggu pertama kelahiran. Kira-kira 40 peratus daripada bayi-bayi di seluruh dunia mengalami situasi ini.
Setelah lahir saluran gastrousus menyesuaikan diri dengan fungsi baharu dalam badan. Keadaan ini mungkin menyebabkan bayi tersebut menghadapi gejala-gejala seperti kembung perut, muntah-muntah, perut berangin, sembelit dan cirit-birit ringan.
Artikel Menarik: [Ubat Demam Tak Habis Simpan Dalam Peti. Cepatkan Pembiakan Bakteria, Tak Elok Bagi Anak]
Artikel Menarik: [Comelnya Tengok Anak Senyum Ada Gigi Cantik, Rupanya Kena Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai Umur]