Pening kepala sebab bayi susah tidur? Bertenang ada panduan mengenai waktu tidur bayi 1 bulan yang boleh ibu ayah cuba, pasti berkesan!
Melihat si manja tidur dengan lena, pastinya mengundang rasa tenang di jiwa. Nampak comel sahaja.
Pun begitu, di sebalik kecomelan tersebut, wujud cabaran bagi ibu ayah apabila terpaksa mencuba pelbagai cara apabila bayi susah tidur.
Lebih-lebih lagi apabila si kecil yang baru lahir kerap berjaga pada tengah malam dan sukar untuk kembali melelapkan mata.
Sememangnya tidurkan bayi bukanlah mudah, namun ia boleh diatasi jika anda memahami tentang waktu tidur bayi 1 bulan.
Dalam tempoh 2 bulan pertama, keperluan pemakanan bayi adalah melebihi kemahuan untuk tidur.
Si kecil mungkin menyusu badan hampir setiap 2 jam sekali, tetapi ia sedikit berkurang bagi penyusuan susu formula.
Bagi aspek keperluan tidur pula, si manja memerlukan tidur antara 10 hingga 18 jam sehari. Mungkin untuk 3 hingga 4 jam bagi satu sesi melelapkan mata.
Seperkara yang perlu anda fahami, bayi tidak mengetahui perbezaan antara siang dan malam. Oleh itu, mereka akan tidur tanpa menghiraukan masa.
Jadi terdapat kemungkinan waktu berjaga si manja adalah antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi.
Menjelang usia 3 hingga 6 bulan, kebanyakan bayi dapat tidur panjang sehingga 6 jam secara terus.
Kedengaran mudah, bukan? Namun jangan terkejut jika si manja mungkin mengubah rutin tidur mereka apabila menjengah ke usia 6 hingga 9 bulan nanti.
Untuk memudahkan waktu tidur bayi 1 bulan, anda disarankan untuk menetapkan rutin yang konsisten.
Sesetengah ibu bapa memulakan rutin tidur bayi pada seawal usia 6 hingga 8 minggu.
Rutin ini boleh melibatkan gabungan aktiviti tidur, seperti:
Bermula ketika bayi menginjak usia 6 hingga 12 minggu, anda digalakkan untuk menenangkan si manja sehingga mereka mengantuk.
Sebaik sahaja mereka kelihatan mengantuk, letakkan anak di atas tilam dan biarkan dia tertidur dengan sendiri.
Elakkan daripada menunggu sehingga mereka tidur semasa dalam dukungan anda.
Jika tidak ia boleh menjadi satu tabiat biasa yang sukar diubah dan boleh menyebabkan bayi susah tidur.
Cara ini dapat mengajar anak untuk menenangkan diri sebelum tidur tanpa perlu menggunakan buaian atau mendukung mereka sekiranya terjaga di malam hari.
Melelapkan mata bukanlah aktiviti berbahaya namun bagi si manja, mereka terdedah kepada risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko tersebut:
Jika si manja terjaga dan menangis pada tengah malam, ada pakar penjagaan kanak-kanak mengesyorkan untuk mencuba pendekatan penyelesaian responsif yang dipanggil sebagai kaedah Ferber.
Namun, kaedah ini TIDAK digalakkan bagi bayi di bawah usia 6 bulan.
Kaedah ini melibatkan:
Jika si manja kelihatan tertekan, beri pelukan kepada mereka sebelum meletakkan kembali ke tempat tidur.
Sekiranya anda bimbangkan keadaan bayi susah tidur, ada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengubahnya.
Jika cara yang dicadangkan di atas tidak membantu, mungkin anda perlu mendapatkan bantuan profesional.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)