Bayi baharu lahir memang kerap menangis. Ramai beranggapan bayi lapar susu tetapi lepas kerap disusukan kenapa masih menangis lagi.
Dalam keadaan ibu kalut dan panik, ada pula yang mencadangkan agar diberikan bayi susu formula kerana alasannya bayi tak cukup susu ibu, sebab tu asyik menangis je.
Akhirnya ibu muda yang baru pertama kali melahirkan anak mempunyai tanggapan yang bayi baharu lahir asyik menangis disebabkan tak cukup minum susu ibu dan perlu di ‘top-up’ dengan susu formula.
Menurut Puan Nor Azniza, Jururawat Klinikal Avisena Specialist Hospital kalau ramai ibu yang masih beranggapan sedemikian makanya ia bermakna ramai ibu menyusu anak yang masih kurang berpengetahuan.
Ini penjelasan daripada beliau mengapa bayi baharu lahir kerap menangis. Yang baru bergelar ibu dan bakal menjadi ibu, diharap dapat memahami dengan jelas maklumat ini supaya tidak timbul lagi salah faham tentang bayi menangis sebab tak cukup susu ibu!
Anak saya dah almost 2 tahun masih nak duduk bawah ketiak saya 24 jam.
Dia akan menangis, bila saya ke tandas, nak buat kerja rumah, hingga dia puas bonding dengan saya.
Almaklumlah saya ibu bekerjaya. Bila dapat luang masa dengan mak dia, dia akan pulun bonding sampai puas.
Bayangkan bayi baru lahir dengan keadaan penglihatan yang kurang jelas hanya boleh rasa hangat ibu, bau ibu, suara ibu.
Persoalan yang selalu diberi kepada saya.
“Jika susu saya cukup, kenapa bila saya beri susu formula dia berhenti menangis dan tidur”
Kebiasaan bayi baru lahir, 5-7 ml susu sudah mencukupi untuk mengenyangkan mereka.
Bila bagi susu formula melalui botol, kebiasaan bayi mampu minum hingga 30 – 90 ml sekali minum.
Perut mereka mengembang hingga maksima. Sudah tentu ia membuat bayi tidur. Otaknya kurang aktif kerana tubuh tertumpu untuk menghadamkan susu tersebut.
Itu memang fitrah. Kita pun kalau terlebih makan pun mengantuk.
Jadi ibu, tanggungjawab kita bukan hanya bagi makan pada anak. Tapi kepada emosi,psikologi bayi kita. Apa yang bayi kita perlukan?
“Selesa dan rasa selamat”
Apa yang bayi rasa selesa dan selamat?
“Hisapan dari breast ibu, dakapan dan kehangatan tubuh ibu”
Sumber: Nor Azniza