Bayi baru lahir mungkin mengalami banyak masalah kulit memandangkan kulit mereka sedang mengadaptasi persekitaran di luar rahim.

Bayi Baru Lahir Biasanya Mempunyai Jerawat. Ketahui 5 Lagi Masalah Kulit Bagi Bayi

Jika dirawat dengan betul, kecacatan kulit tersebut akan hilang dari semasa ke semasa dan membentuk kulit yang cantik dan mulus. Berikut adalah masalah kulit paling biasa dalam kalangan bayi baru lahir:

1. Milia

Disebabkan oleh rembesan kelenjar kulit, bejolan kecil putih atau kuning ini, yang berada pada muka bayi, sebenarnya adalah sista yang diisi dengan keratin dan sebum. Milia juga boleh berlaku di gusi. Berita baiknya adalah keadaan ini akan hilang dalam beberapa hari atau minggu pertama tanpa memerlukan sebarang rawatan. Minyak dan krim boleh memburukkan keadaan tersebut.

2. Miliaria (juga dikenali sebagai “ruam panas” or “panas berduri”)

Berbentuk seperti lepuh kecil diisi cecair (atau nanah) atau benjolan merah di belakang, dada atau ketiak bayi, miliaria disebabkan oleh kelenjar peluh di dalam kulit yang tersumbat. Keadaan ini paling berkemungkinan ditemui di iklim panas dan lembap atau jika bayi dipakaikan pakaian yang terlalu tebal.

3. Cradle cap (penyakit kulit/dermatitis seboroik)

Cradle cap ialah keadaan kulit di mana penghasilan sebum yang terlalu banyak menyebabkan sel-sel kulit melekat, yang secara normalnya tidak, menyebabkan penghasilan tompok kuning berminyak atau keras di kepala bayi.

Ads

4. Jerawat

Lebih kurang 30% bayi baru lahir mempunyai jerawat dalam tempoh 4 bulan pertama (kebanyakannya bermula selepas 2 minggu). Pakar percaya bahawa kemunculan benjolan merah atau putih ini adalah disebabkan oleh transmisi hormon ibu kepada bayi. Memandangkan keadaan ini boleh hilang sendiri, tiada keperluan kepada minyak atau krim yang boleh memburukkan lagi keadaan.

5. Eritema toksikum (secara umumnya disebut sebagai “E tox”)

Keadaan ini dicirikan oleh ruam percikan merah (sebahagiannya mempunyai benjolan putih kekuningan di tengah) yang kebiasaannya berada di belakang, muka, dada atau lengan bayi. Berita baiknya adalah ia tidak membahayakan dan kebiasaannya hilang dalam tempoh beberapa bulan.

6. Tanda lahir

Sesetengah tanda lahir hilang dengan sendiri manakala ada juga yang kekal seumur hidup. Tanda lahir yang kerap berlaku ialah:

Ads

Tompok Mongolia

Ia berlaku dalam lebih 90% dari orang Asia, orang asli Amerika, Afrika Amerika dan bayi Hispanik. Ia adalah tanda lahir berwarna hijau kebiruan atau sinar kebiruan yang paling kerap ditemui di belakang atau punggung bayi. Tanda lahir ini adalah berbentuk leper dan kebiasaannya hilang dalam tempoh 2 tahun.

Tanda lahir gigitan bangau merah jambu

Ads

Ini adalah tanda lahir leper berwarna merah jambu yang berlaku di jambatan hidung, di bawah kelopak mata atau di belakang leher. Tanda tersebut boleh dirujuk sebagai “ciuman malaikat” jika ia berada di depan atau “gigitan bangau” jika di belakang.

Hemangioma infantil (atau strawberi)

Diperbuat dari saluran darah, tanda lahir berwarna merah ini bertambah saiz dan ketinggian dari semasa ke semasa. Kebiasaannya bermula antara umur 2-4 minggu. Ia mungkin mengambil masa sehingga 8 tahun untuk hilang jika tidak dirawat.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI