Bayi Baru Lahir Dapat Kolustrum Walau Abang/ Kakak Menyusu Masa Ibu Hamil. Nak Putuskan Perlu Ikut Stepnya

Share

Risaunya bila bayi baru lahir tidak mendapat kolustrum sebab abang/ kakak menyusu masa ibu hamil. Jangan bimbang mama, si kecil tetap ada bahagiannya.

Ada situasi ibu sedang hamil dan dalam proses nak hentikan penyusuan anak kedua. Sudah bermacam cara dicuba tapi anak tetap nak menyusu. Kebanyakan ibu risau untuk teruskan penyusuan sampai bersalin kerana bimbang kalau bayi baru lahir tidak mendapat kolustrum.

Menurut Dr Nurhaya Yaacob, Perunding Laktasi, masalah yang dihadapi oleh ibu ini ialah pertamanya tentang cerai susu. Manakala keduanya ialah adakah bayi baru lahir tidak mendapat kolustrum apabila kakak/ abangnya minum susu sebelum/ selepas si ibu bersalin.

CERAI SUSU IBU

Saya ingin berkongsi supaya ibu-ibu fahami satu hal yang menyusu, berjaya dalam penyusuan dan bercerai susu semua ini adalah satu proses. Ia bukan hari ni decide esok jadi..

Maka saya agak kurang bersetuju dgn pilihan meletakkan bahan-bahan di puting agar anak menolak utk menyusu.

PERJALANAN YANG INDAH JANGAN AKHIRI DENGAN PENYUDAH TRAGIS

Menyusuan susu ibu adalah satu perjalanan yang indah antara ibu dan anak. Sayang sekali sekiranya ia diakhiri dengan cara yang traumatik/tragis begitu.

Saya pasti kita juga tidak suka direntap akan sesuatu yang kita suka dan pasti kita akan memohon sedikit waktu untuk menerima secara perlahan-lahan. Begitu juga dengan si kecil. Hormatilah perasaan dan jiwa manja mereka. Jangan akhiri sesuatu yang indah dengan cara traumatis begitu.

JANGAN TAWARKAN (OFFER)

Apabila ibu memutuskan untuk mencerai susu atau wean off, jangan tawarkan susu ibu kepada si kecil. Elakkan berkata “Adik nak nenen. Kalau nak, cepat. Lepas ni tak boleh dah.”

Jangan tawarkan. Apabila si kecil tidak ingat, ibu perlu berusaha melekakanya. Ini adalah langkah pertama yang sangat penting!

ALIHKAN PERHATIAN (DISTRACTION)

Apabila tidak ditawarkan, tetapi setelah itu si kecil meminta minta…

Alihkan perhatiannya dengan aktiviti. Katakan “Jom kita main slide dulu” atau “ Waahhh..adikk..cantiknya adik susun blok ni..jom susun lagi…atau boleh main kejar-kejar je.”

Distraction! alihkan perhatiannya….sehingga mereka lupa seketika.

INGAT IA ADALAH SATU PROSES

Ingat yang ia adalah satu proses.

Maka dengan proses tidak menawarkan dan mengalihkan perhatiannya tadi, 10 kali direct feeding..mungkin saja sudah boleh berkurang ke 8 kali. Kemudian ke 6 dan seterusnya.

Ibu juga boleh berikan makanan jejari sebagai ganti.

Bila malam muncul..

Dan si kecil pun mula nak mengempeng untuk menyusu…

Ibu boleh buat “time out”

Contohnya “adik boleh menyusu tapi 5 minit je..lepas 5 minit mama tarik puting mama.”

Adik setuju baru mama bagi..

Dan bila nak dekat dgn 5 minit tu, beritahu anak. “Ok mama kira smpi 20 lepas tu mama tarik pelan-pelan dari adik ya. Adik jangan marah mama tau. Adik kan dah janji.”

Mungkin pertama kali tak berjaya.. tapi cuba lagi dan lagi dan lagi..

BERKOMUNIKASI DENGAN ANAK

Masa nak tidur atau masa makan, masa anak memeluk ibu, ibu boleh cuba bercakap dengan anak.

Elakkan beranggapan mereka tidak faham apa yang ibu nyatakan. Nyatakan pada mereka..

“Adik dah besar. Jadi orang besar dah tak menyusu dengan ibu. Tengok mummy..mummy tak menyusu pun. Tengok nenek..nenek pun tak menyusu pun”

Ulang dan ulang..kalau masa tgk tv mereka tiba2 minta…buat time out atau distract..tp kalau dah nampak mcm anak gelisah sgt..bagi la..jgn tourture emosi mereka..kita nak wean off pelan2…

BERBICARA PADA ANAK PADA SAAT SEPARA SEDAR.

Bila mereka tidur, di fasa separa sedar, urut dan usap dahi mereka sambil berkata.

“Adik dah besar, adik tak mau menyusu mama lagi ya. Adik minum pakai cawan je ya?”

BERDOA

Bila kita dah buat semua..berdoa pada Tuhan..

Hati kita dan anak adalah milikNya. Mintalah perjalanan anda di mudahkan.

JIKA MEMUDARATKAN KEHAMILAN

Namun sekiranya ibu sedang hamil dan ada kontraindikasi uutuk menyusu dan harus berhenti serta merta. Nyatakan kepada mereka berulang kali kenapa ibu harus memberhentikan penyusuan susu ibu.

PERLUKAN BANTUAN AHLI KELUARGA

Pada saat ini, ibu memerlukan bantuan dari ahli keluarga / pasangan untuk menenangkan anak yang sedih dengan mengalihkan perhatiannya baik bermain mahupun membawa mereka berjalan-jalan.

Namun ada juga anak yang dengan sendirinya menolak penyusuan susu ibu kerana rasa susu ibu yang sedikit masin pada saat hamil.

PADA BULAN KE-5 KEHAMILAN SUSU IBU AKAN BERUBAH RASA

Apabila kehamilan beranjak ke bulan ke 5 dan ke atas selain rasa susu ibu yang berubah, produksi susu ibu juga akan menurut dengan drastik kerana dari faktor hormon kehamilan (estrogen & progesteron)  pada saat ini proses memerah susu pun tidak akan meningkatkan produksi susu ibu.

TUBUH IBU MULA MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK KELAHIRAN

Tubuh badan ibu sedang mempersiapkan susu untuk bayi yang akan di lahirkan. Namun sekiranya pada ketika itu anak masih terus menyusu, ibu jangan terlalu khuatir bahawa bayi baru lahir tidak akan mendapatkan kolustrum.

Ini kerana kolustrum akan berterusan di hasilkan oleh tubuh badan ibu sekiranya penyusuan masih berlangsung ketika kehamilan. Bayi yang baru lahir akan masih tetap mendapatkan kolustrum ibu.


Published by
Azma ML