Bila bayi baru lahir tentu ramai yang teruja untuk melihat si kecil yang comel ini. Tapi sebenarnya bayi yang baru lahir masih belum kuat antibodinya. Jadi anda dinasihatkan supaya tangguhkan dulu lawatan sekiranya anda tidak sihat kerana penyakit mudah merebak kepada si kecil.
Pendedahan si kecil yang terlalu awal kepada orang ramai sebenarnya boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman. Puan Mazne Aznan telah berkongsi kisah anaknya yang baru saja lahir kemudia derita penyakit kulit akibat menerima kunjungan lawatan dari orang luar. Ikuti perkongsian ibu ini.
Simple Impetigo ke Scalded Skin Syndrome.
Dugaan Ummi Abi & Affan. Hampir sebulan berpantang di hospital.
Cerita ada di setiap gambar . Saya berkongsi untuk kita sama-sama alert dan sentiasa ambil berat dengan keadaan sekeliling anak-anak tersayang
Terima kasih Doctor Syed Jefrizal Syed Jamal dan nurses di KPJ Seremban yang sentiasa jaga Affan sebaiknya dan berusaha untuk Affan sembuh dari penyakitnya
20 Julai 2018.
Alhamdulillah. Ummi selamat melahirkan Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan secara normal walaupun hampir 7jam ummi bertarung dalam labour room. Macam2 komplikasi. Alhamdulillah Affan keluar ke muka bumi ni dengan tangisan yang ummi abi tunggu-tunggu.
Ummi tak dapat pegang Affan. Affan terus check in NICU. Sebab perlu bernafas dengan bantuan oksigen. On antibiotic bermakna 3 hari bermalam di Az Zahra Bangi.
Bermula lah fasa ulang alik jenguk Affan & hantar susu.
Ummi ingat anak ketiga ni senang je ummi lahirkan macam Abg Uwais dulu. Tapi Allah nak duga kekuatan kita
24 Julai 2018.
Affan boleh keluar. Alhamdulillah. Ummi la makhluk Allah yang paling gembira.
30 Julai 2018.
Ummi perasan macam ada tumbuh blister kat muka Affan. Ada 3 biji macam tu & warna kuning. Ummi tak sedap hati. Rasa kuning Affan tinggi ke. Sebab cecair dalam tu pun warnanya kuning. Walaupun anak tiga dah, tapi takda pengalaman macam ni sebelum ni. Ummi blurr. So buat keputusan nak check kuning kat KKIA. Pegi KKIA, doctor check kuning, kuning Affan tinggi. Bacaan 312. Tapi cecair tu doctor cakap takde pape. Tapi still kena refer due to jaundice (kuning).
Ummi pegi KPJ Seremban. Affan warded. Malam tu doctor yang baik hati, Dr Syed Jefrizal call ummi bagitau Affan ade IMPETIGO. Ummi tak pernah dengar pun penyakit apa tu. Doctor minta ummi google & baca. Doctor minta esok jumpa doctor kat Klinik Pakar.
31 Julai 2018
Cecair tu dah kering. Doctor terangkan apa tu impetigo. Jangkitan sakit kulit dari orang yang ada sakit kulit. Doctor tanya ada ke yang datang melawat Affan. Mestilah ada kan.
Doctor cakap mungkin dapat dari situ. Ummi abi pun terdiam. Selalu baca pasal bayi orang lain terkena jangkitan. Bila kena kat anak sendiri, sama2 terpaku. Doctor explain tak perlu risau. Doctor cuba rawat dengan sapu krim. Kalau berkesan, tak perlu on antibiotic. Ummi lega.
Ulang alik lagi Ummi ke hospital untuk jenguk Affan
3 Ogos 2018.
Alhamdulillah, Affan boleh keluar dah. Tapi ummi macam tak berapa happy. Sebab nampak impetigo tu still ada. Tapi doctor cakap takpe. Sapu je krim. Isnin kita jumpa lagi untuk follow up.
Senyum je dia eh
Muka Affan yang ummi rasa impetigo tu ada menyorok kat tempat lain. Ummi rasa Affan belum sembuh sepenuhnya. Kata hati seorang ibu tu benar kan. Memang Affan belum sembuh sepenuhnya
4 Ogos 2018
Dahi Affan keluar cecair penuh macam ni. Ummi susah hati. Kuat sangat rasa hati cakap Affan tak sembuh lagi. Dan betul lah kata hati tu. Masih ada impetigo yang menyorok dalam hidung & telinga Affan
Keadaan Affan masa ni buat Ummi berendam air mata je. Allahuakhbar.
Dah start naik kuping2 kuning area mulut Affan.
5 Ogos 2018.
Ummi dah tak boleh nak tunggu sampai Isnin. Ahad tu ummi ajak abi pegi KPJ semula. Alhamdulillah rezeki Affan. Doc Syed memang on call masa tu. Doc Syed minta maaf kat ummi abi sebab terpaksa cucuk Affan dengan antibiotic dengan keadaan Affan macam ni. Ummi redha. Janji Affan sembuh.
6 Ogos 2018.
Mata Affan tak boleh bukak. Masa ni penuh kuping2 tu kat mata Affan.
Alhamdulillah, mulut Affan dah bersih. Tinggal mata belum boleh bukak. Petang tu ada appointment dengan doctor pakar kulit.
Baju memang tak boleh pakai. Tapi Alhamdulillah, Affan makin positif. Kulit makin mengering dan menggelupas dengan sendiri. Masa ni Affan kena tambah lagi 1 jenis antibiotic lepas doc diagnos Affan Scalded Skin Syndrome
Muka Affan dan bersih, mata dah boleh bukak. Masa ni tinggal kelengkang & punggung Affan yang masih luka.Alhamdulillah…
Alhamdulillah Affan dah boleh keluar hospital. Ummi abi bersyukur sangat sebab Affan dah sembuh. Tinggal kulit tangan & badan je nak salin kulit baru.
Kurniaan terindah dari Allah SWT. Ummi sampai sekarang fobia. Berjaga2 wahai ibu ayah sekalian. Takpelah kalau nak kedekut dengan anak yang baru lahir. Takpelah kalau tiada yang melawat. Bayi baru lahir, antibodi nya tak kuat. Senang sangat dapat jangkitan apa2 pun.
Saya sebelum ni banyak baca cerita pasal orang lain. Tapi bila kena kat diri sendiri, rasa bersalah sangat kat Affan. Allahuakhbar, terima kasih di atas kesembuhan yang Kau Berikan. Sesungguhnya hanya Kaulah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Semoga hero-hero ummi abi sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI