Sejurus selepas melahirkan anak, kebiasaanya doktor ataupun bidan terlatih akan menyerahkan bayi kepada si ibu untuk disusukan dan kemudian penyusuan akan berlaku setiap dua jam iaitu lebih kerap untuk memenuhi keperluan si kecil.
Bukan mudah untuk menyusukan bayi lagi-lagi ketika berpantang. Penyusuan bayi sekurang-kurangnya mengambil masa 30 minit setiap sesi. Ditambah pula dengan keadaan si ibu yang dalam proses pulih daripada bersalin. Sakit melahirkan masih terasa, badan yang penat tidak dapat berehat secukupnya. Namun tetap ada kekuatan untuk menyusukan bayi.
Menatap wajah si comel yang asyik menghisap susu terus membuatkan ibu terleka dirinya sedang sakit. Terasa puas dapat melihat bayi dapat menyusu dengan baik. Doktor Zubaidi menyifatkan begitulah hebatnya kasih dan pengorbanan seorang ibu.
KEKERAPAN SUSUAN IBU YANG BARU DILAHIRKAN
Saya sangat kagum dengan pengorbanan seorang ibu yang baru melahirkan anak. Tidak cukup tidur dan berasa lemah dan letih kerana menyusukan anak adalah perkara biasa.
Kebanyakan bayi baru lahir harus diberikan susu ibu sebanyak 8-15 kali sepanjang hari untuk tempoh seminggu selepas dilahirkan.
Ini bermakna untuk bayi diberikan susu secukupnya, para ibu tidak mendapat cukup tidur, dan terpaksa bangun setiap 2 jam. Selepas seminggu baru kekerapan menyusu berkurangan tetapi masih antara 8-10 kali sehari.
Patutlah “syurga di bawah telapak kaki ibu”. Tidak mampu kita membalas pengorbanannya. Ya Allah ampunilah ibubapaku sebagaimana mereka menyayanginya semasa kecil.
Sumber: Doktor Zubaidi