Anak pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam yang baru dilahirkan empat hari lalu ditahan di wad. Para peminat memberikan sokongan dan mendoakan kesembuhan dan memberikan sokongan.
Rebecca yang berkongsi posting berupa gambar dan video anak kelimanya menggenggam tangan beliau dan enggan melepaskan.
Beliau juga berkongsi di IG story susu perahan yang dibekalkan kepada bayinya.
Ads
SOKONGAN DAN DOA DARI SAHABAT & PEMINAT
Para sahabat dan peminat mendoakan agar dipermudahkan urusan beliau dan kesembuhan bayinya. Ramai yang turut berkongsi cerita dan semangat kepada beliau.
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memilih untuk melahirkan anak keduanya melalui kaedah pembedahan sekali lagi yang dijangka pada awal Januari tahun hadapan.
Akui Ayda lagi, selepas melalui pengalaman kelahiran anak pertama dia tekad untuk melahirkan anak keduanya secara pembedahan sekali lagi kerana merasakan ia satu hal yang mudah.
Malah pengalamannya ketika berpantang juga satu pengalaman yang indah dan tidak sukar seperti yang diperkatakan sesetengah orang.
“Untuk anak kedua ini, saya masih pilih untuk melahirkan anak melalui pembedahan.
“Saya pilih czer sebab dari pengalaman pertama lagi, i really have a beutiful moment,” kongsi Ayda.
Malah kata Ayda lagi, ketika berpantang anak pertama, dia melalui satu pengalaman indah malah dipantau dengan baik oleh suaminya, Nabil Mahir.
“Bila orang cakap, nanti lepas czer akan sakit lama, susah nak cakap tapi saya rasa semua itu tak betul. Mungkin sebab lain orang lain pengalamannya.
“Alhamdulillah pengalaman saya dipermudahkan waktu itu dan saya tetap nak bersalin czer.
“Kalau nak tahu lepas saya bersalin anak pertama dulu, ramai kawan-kawan tanya Nabil dan Nabil berkongsi pengalaman mudahnya menjaga ibu bersalin czer,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu kongsi Ayda lagi, dia bakal menyambut kelahiran bayi keduanya nanti pada awal Januari nanti.
“Sepatutnya dia lahir pada tarikh 1 Januari nanti, iaitu waktu anniversary saya dan Nabil.
“Bila pergi check, doktor kata pandainya plan tarikh tapi disebabkan beberapa perkara, saya terpaksa pilih tarikh lain, ” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ayda dan Nabil berkongsi bakal menimang seorang cahaya mata lelaki yang begitu dinantikan semua.
Karies gigi adalah masalah utama pada gigi kanak-kanak. Masalah gigi ini jika dibiarkan dan tidak dirawat boleh mengakibatkan sakit gigi yang boleh menganggu makan dan tidur, bengkak gusi dan selulitis muka (bengkak muka).
Disebabkan itu, perlunya kesedaran ibu bapa mencegah gigi anak rosak dari awal. Jangan anggap, “tak apa gigi susu rosak, nanti akan tumbuh gigi baru.” Memang akan tumbuh gigi baru, tetapi dalam tempoh itu pasti anak rasa tak selesa kan?
Menerusi perkongsian Dr Nurilyani Bujang, kes budak yang dimasukkan ke Dewan Bedah disebabkan karies gigi boleh dikatakan setiap minggu.
Kasihan sungguh kanak kanak sebegini. Seawal usia 3 tahun perlu dibius dan menjalani pembedahan besar serta pembersihan nanah dan mulut serta cabut gigi sehingga berbelas batang.
Karies gigi ini lah menjadi punca berumahnya bakteria sehingga menjadi nanah yang menjadikan muka mereka bengkak. Tolong ye parents semua.
Jaga kebersihan mulut dan gigi. Kurangkan manis- manis dan tidur dengan botol susu.
Paling penting sila berus gigi anak anda. Mereka kecil lagi. Tak boleh biar ikut suka hati mereka nak berus atau tidak. Tangkap dan berus gigi mereka. Mula mula mereka marah, lama lama mereka okay sahaja.
Kalau dah jadi macam ni, anak nak makan pun tak boleh. Sakit , menderita, demam, kebuluran dan kurus kering. Seluruh yang rosak perlu dicabut.
Bayangkan anak sekecil 3 tahun habis tak bergigi. Bagaimana nak makan sementara nak tunggu umur 6 tahun untuk gigi kekal mula tumbuh? Nak kunyah macam mana? Kasihanlah anak itu.
Untuk ibu bapa yang dah tersedar dari lamunan, sila bawa anak anda berjumpa doktor gigi. InshaAllah doktor gigi boleh bantu anak anda. Tahan sahajalah telinga dengar leteran doktor bagi nasihat.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Hati ibu mana tak gusar apabila anak tersayang terbaring lemah dan lembik akibat diserang virus.
Terasa seperti ingin menggantikan tempat anak yang hanya terbaring lesu menanggung kesakitan. Anak yang dulu aktif dan ceria kini bertarung nyawa melawan virus yang menyerang dirinya.
Kehidupan anak-anak kecil hari ini sememangnya dikelilingi oleh pelbagai virus yang boleh mengancam nyawa mereka. Justeru tidak hairanlah ibu bapa hari ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan anak.
Bagi selebriti dan usahawan Ika Nabella yang juga ibu kepada seorang anak lelaki, kesihatan anak sentiasa menjadi keutamaan dirinya.
Perkongsian Ika mengenai keadaan anaknya Muhammad Noah Zayn yang sudah kembali sembuh selepas dimasukkan ke hospital akibat serangan Rotavirus benar-benar melegakan hati.
“Alhamdulillah MashaAllah, selepas empat hari tidak makan apa-apa, lemah lembik, baring je melawan rotavirus, anak lelaki kami yang kuat Muhammad Noah Zayn dah mula makan, bercakap malah berlari-lari. Subhanaallah.
Menurut Ika walaupun Noah masih belum sembuh sepenuhnya kerana masih ada cirit-birit setiap kali lepas makan, walaupun sekadar makan tiga keping papadom tetapi perkembangan selera makan dan perubahan perangainya sangat disyukuri.
“Saya dah gembira sangat bila pagi tadi dia bersikap normal dengan berkata “good morning Mommy” dan dengan riangnya mengejutkan ayahnya “ayah wake up it’s morning alreaday!” kongsi Ika dalam instagramnya.
Sebagai ibu yang juga bergelar Kaunselor Laktasi bertauliah, Ika turut berkongsi pendapatnya mengenai perbezaan kehidupan kanak-kanak zaman sekarang dan zaman dahulu.
“Post pandemic viruses are real bad kan? Dulu waktu kita kecik, nak demam pun susah sampai kadang-kadang bila malas nak bangun pagi terpaksa berlakon demam buat-buat sakit perut tapi sekarang anak-anak kita macam hidup dalam virus.
Everyday ada je virus outbreak. Influenza la, hfmd la, rotavirus la.Nauzubillah.”
Menurut Ika lagi, anaknya Noah baru sahaja memulakan persekolahan tiga hari, tetapi masuk hari ke-4 si kecil sudah muntah-muntah sampai lembik.
“Jadi macam mana? Sampai bila kita ni was-was nak hantar anak ke sekolah?
Soon or later anak2 kita tetap kena sekolah,” Ika menyuarakan rasa bimbangnya sebagai seorang ibu.
Jangkitan gastroenteritis Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit berlarutan untuk bayi dan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Ia menyebabkan hampir 215,000 kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia.
Satu daripada 50 kanak-kanak yang dijangkiti akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Vaksin Rotavirus amat berkesan untuk mengurangkan sehingga 90% risiko jangkitan Rotavirus yang serius.
Jangkitan Rotavirus adalah jangkitan utama yang menyebabkan cirit-birit di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (risiko tertinggi di bawah 2 tahun).