Seorang bayi perempuan enam bulan yang baru selesai menjalani pembedahan jantung disahkan positif Covid-19.
Eric Bates yang dilahirkan dengan berat 2.3 kilogram bertarung nyawa sejak lahir akibat komplikasi jantung sehingga mengalami kesukaran bernafas dan terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Dijangkiti Covid-19
Bagaimanapun dia selamat menjalani pembedahan dengan selamat.Namun, kelegaan ibu bapannya tidak lama selepas bayi itu disahkan positif jangakitan Covid-19.
Ibu bapanya berkongsi gambar anaknya yang kini bertarung nyawa akibat positif Covid-19. Bayi itu kini terpaksa bergantung dengan mesin bantuan pernafasan (ventilator) di Hospital Kanak-Kanak Alder Hey di Liverpool.
Bayi itu kini hanya ditemani ibunya Emma Bates, 29, manakala bapanya dinasihati untuk kuarantin diri di rumah di Great Manchester kerana beliau merupakan kontak rapat dengan anaknya berusia 6 bulan itu.
Kesal Ramai Tak Ambil Serius Perintah Berkurung
Pasangan ibu bapa berkenaan menasihatkan orang ramai supaya memandang serius arahan perintah berkurung Covid-19 oleh kerajaan.
Bate yang hanya bekerja sebagai mekanik Toyota kesal ramai yang tidak mengambil serius pandemik Covid-19 yang mengakibatkan puluhan ribu maut di England.
“Sebelum perintah berkurung dilaksanakan, kami bimbang pergi ke pasar raya kerana risau akan risiko yang akan dihadapi bayi kami yang mudah dijangkiti virus.
“Namun masyarakat masih tidak mengambil serius, masih ada orang yang berada tepi pantai, beratur panjang membeli aiskrim dan berpusu-pusu seperti hari biasa tanpa ada rasa bimbang pada jangkitan Covid-19,” keluhnya.
Sumber: Malaysiagazette