Bayi Batuk Berkahak Lebih 5 Hari & Demam Mesti Segera Dirawat. Itu Tanda Jangkitan!

Share

Bayi batuk buat mama papa risau, ‘dalam’ bunyinya dengan kahak. Tambah-tambah lagi jika mereka masih setahun ke bawah. Tapi apa tanda-tanda batuk yang serius?

Mama papa yang mempunyai anak-anak berusia bawah lima tahun khususnya perlu lebih peka pada kesihatan si manja mereka. Ketika usia ini, kanak-kanak mudah mengalami kesihatan yang berkaitan dengan sistem pernafasan ialah batuk dan selesema.

Demam selesema adalah antara punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Sebab-sebab lain yang bleh menjadi faktor penyebab ialah jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong, alahan, asma, batuk kokol, jangkitan sinus dan batuk kering.

Namun, batuk yang tidak kronik akan sembuh. Sesungguhnya batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Ia dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru.

batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan.

TANDA-TANDA BATUK SERIUS

Terdapat beberapa situasi ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan iaitu jika mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah, demam, batuk dan selesema.

  • Batuk dan selesema yang tidak sembuh selepas lima hari.
  • Batuk dan selesema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami kesukaran bernafas.
  • Batuk,selesema disertai demam melebihi 38° Celsius bagi berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39° Celsius bagi bayi berumur bawah setahun.
  • Selesema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.

Selalunya, si kecil akan dibekalkan dengan antibiotik sekiranya didapati mendapat jangkitan kuman bakteria.

RAWAT SEGERA SEBELUM TERUK

Untuk mengelak batuk menjadi kronik, ibu bapa perlu segera membawa anak mendapatkan rawatan. Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor adalah untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit manakala fisioterapi untuk membantu mengeluarkan kahak.

Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah pernafasan.

 

Published by
Azma ML