Tidak dinafikan masalah keliru puting sering terjadi kepada bayi yang menyusukan ibu. 5 tips daripada peer breastfeeding counselor boleh anda gunakan.

Keliru puting atau nipple confused adalah salah satu cabaran penyusuan yang terjadi kepada bayi kecil. Ia terjadi apabila bayi diperkenalkan dengan susu selain daripada susu ibu atau susu ibu yang diperah dan diberikan menerusi peralatan. Ini menyebabkan bayi enggan menerima payudara bagi penyusuan secara terus.

Perkongsian daripada Certified Breastfeeding Peer Counselor, Puan Nor Azura ini boleh membantu para ibu menghadapi situasi ini dan mengembalikan minat bayi untuk menyusu daripada payudara.

Bayi Bawah 30 Hari Mudah Keliru Puting Jika Diberi Botol. Jangan Biarkan, Buat 6 Tips Ini!

‘Baby saya NIPPLE CONFUSED,apa saya nak buat?’

Pertama,apa itu nipple confused?
Ia adalah situasi dimana bayi sudah diperkenalkan kaedah lain pemberian susu selain direct feeding,dan bayi mula menunjukkan tanda-tanda menolak df.Tapi bila beri botol(contohnya) bayi terima dengan baik.

Nipple Confused juga boleh terjadi jika bayi menggunakan tiub,syringe,sudu,cup selain botol.Bayi bawah 30 hari sangat mudah terjadi kerana itu tidak digalakkan pemberian botol ataupun puting tiruan sebelum usianya mencapai 30 hari.

Nipple confused menggunakan botol lebih kerap terjadi berbanding kaedah lain seperti cup,syringe mahupun tiub.Nipple Confused juga boleh terjadi pada berapa pun usia bayi,cuma bawah 30 hari tu sangat senang terjadi.

Saya sangat galakkan untuk ibu direct feeding bayi semula,terutama jika yang masih sangat baru.Usaha untuk df semula boleh diteruskan sampai bila pun,dalam usia setahun pun ada bayi yang tiba-tiba menyusu semula ya pada payudara ibu.

Ads

Ada beberapa cara boleh dibuat untuk tackle masalah ini.

#1 Skin to skin,sekerapnya..ada je peluang,buat..manfaat skin to skin ni ia boleh menenangkan bayi dan ibu,menaikkan paras hormon oksitosin iaitu hormon menyusu yang juga hormon kasih sayang,menstabilkan degupan jantung bayi disamping ia memberitahu bayi bahawa payudara ibu adalah habitatnya.

Caranya,seperti dalam gambar 2,ibu topless dan bayi hanya pakai pampers.
*Ayah juga boleh bantu lakukan ya.Suami,ambil peluang ini bantu isteri anda berpantang.
**Skin to skin sesuai dibuat berapa pun usia bayi waima bayi sudah usia setahun,dua tahun.

Bayi Bawah 30 Hari Mudah Keliru Puting Jika Diberi Botol. Jangan Biarkan, Buat 6 Tips Ini!

#2 ‘Oral stimulation’ buat sekerapnya.ini untuk meransang bayi menghisap disamping ia meransang otot mulut bayi untuk menghisap.pun sama,sehari buat banyak kali pun tak apa. cuci tangan bersih,kuku pendek lepas tu buat oral stimulation.

Ads

#3 Beri bayi susu di Early Cue..
bila baby menangis,ini dah fasa Late Cues bermaksud baby dah tersangat lapar dan marah sebab cues yang dia berikan semasa di Early dan Middle ibu tak perasan.
manfaatnya bayi lebih tenang ketika menyusu dan tidak penat akibat menangis untuk menyusu.Boleh rujuk gambar 3.

Bayi Bawah 30 Hari Mudah Keliru Puting Jika Diberi Botol. Jangan Biarkan, Buat 6 Tips Ini!

#4 Boleh beri bayi botol sedikit sampai dia tenang,kemudian cuba sua breast pada bayi.jika dia tak nak,tak perlu paksa..tenangkan dia dan cuba lagi.Pelbagaikan posisi juga membantu.

Bayi Bawah 30 Hari Mudah Keliru Puting Jika Diberi Botol. Jangan Biarkan, Buat 6 Tips Ini!

#5 Kemudian,bila bayi tak df ibu kena gantikan ransangan dengan pam.
Ibu perlu pam minima 8 kali sehari atau 12 kali sehari dengan jarak 2-3 jam sepanjang 24 jam.tidur pun kena bangun untuk pam ya.

Ads

Jika tidak,lama-kelamaan badan merasakan ibu tak perlukan susu dan mula mengurangkan penghasilan susu.Demand VS Supply.

Bayi Bawah 30 Hari Mudah Keliru Puting Jika Diberi Botol. Jangan Biarkan, Buat 6 Tips Ini!

 

#6 Last,cara yang tidak popular tapi sangat membantu. DAPATKAN BANTUAN PC/LC untuk membantu anda.Mereka akan bantu dan bimbing cara anda menyusukan bayi dengan lebih baik.Lebih cepat dapatkan bantuan,lebih mudah untuk diatasi.

Tapi perlu diingat PC/LC tiada magik ya,bukan sekali sesi terus anak boleh df.Kami cuma boleh beri jalan dan bimbing,selebihnya ia bergantung pada ibu dan bayi.

Good Luck Ibu

Sumber: Nor Azura

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI