Jika si comel anda sedang asyik menangis dan tiada tanda yang menunjukkannya akan berhenti, cuba dukung mereka dan lihat apa akan berlaku. Pasti sahaja bayi akan berhenti menangis serta-merta. Bukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui punca bayi berhenti menangis apabila didukung.
Mengapa bayi berhenti menangis apabila didukung?
Melalui sebuah kajian yang pernah dijalankan terhadap 12 bayi sihat yang dipasangkan electrocardiogram (ECG), perkara ini telah diteliti dengan lebih lanjut. Para pengkaji kemudiannya meletakkan bayi-bayi tersebut ke dalam beberapa posisi iaitu:
- Bayi baring di atas katil
- Bayi duduk di atas kerusi
- Bayi didukung dan dibawa berjalan selama 30 saat
Keputusannya, bayi yang baring di atas katil dan bayi yang duduk di atas kerusi masih menangis manakala bayi yang didukung dan dibawa berjalan akan berhenti menangis dengan serta-merta. Bagi mengukuhkan lagi kajian ini, ECG yang dipasang pada bayi ketika kajian dijalankan juga menunjukkan bacaan kadar degupan jantung yang lebih tenang jika mereka didukung dan dibawa berjalan.
Ini menunjukkan bahawa bayi secara semula jadinya akan berasa lebih tenang jika berada dalam dakapan ibu bapa ketika didukung dan dibawa berjalan. Ini juga dipengaruhi oleh faktor degupan jantung bayi yang akan berkurangan secara mendadak apabila didukung oleh ibu bapa mereka sekali gus menyebabkan mereka berhenti menangis.
Walaupun situasi ini kelihatan seperti akan meletihkan ibu bapa, ia sebenarnya adalah satu ketentuan yang sangat menguntungkan individu yang bergelar manusia. Ini kerana respon ibu bapa yang akan mendukung bayi tatkala bayi menangis berkemungkinan dapat meningkatkan kebarangkalian bayi untuk terselamat dalam kes melarikan diri dalam situasi kecemasan.
Adakah terdapat penjelasan lain?
Ya, namun ia memerlukan kita untuk berfikir berjutatahun ke belakang. Pada zaman primitif, jika seseorang manusia itu ingin melarikan diri dari binatang buas, bayi yang didukung oleh mereka akan diam sahaja agar tidak menganggu ibu bapa yang sedang berlari. Pendek kata, ia merupakan proses survival untuk menyelamatkan diri mereka.
Namun begitu, ini hanya teori sahaja. Penjelasan yang tepat adalah bayi secara semula jadinya akan berhenti menangis dan berasa lebih tenang apabila didukung oleh individu yang paling mereka kenali dan percayai iaitu ibu bapa mereka kerana kadar degupan jantung bayi akan berkurangan secara mendadak.
Oleh itu, jika si comel anda menangis tidak berhenti, cuba dukung dan bawa mereka berjalan-jalan. Selepas itu, lihat sahaja senyuman mereka setelah berhenti menangis.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI