Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal.

Bayi Besar Daripada Usia Kandungan, Perlu Ke Mama Risau?

Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai

  • Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
  • Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
  • Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan – sila lihat gambarajah.
  • Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.

Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan?

Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :

  • Keturunan – ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
  • Ibu yang mengidap diabetes semasa mengandung.

Apakah ciri-ciri bayi besar dari usia kandungan?

Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

Ads
  • Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)
  • Warna kulit sangat merah (plethora).
  • Kecacatan masa lahir – bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
  • Kesukaran bernafas.
  • Keletihan – disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.

Apakah masalah-masalah lain yang berkait dengan bayi besar dari usia kandungan?

  • Kadar kelahiran secara pembedahan adalah tinggi.
  • Kesukaran kelahiran yang menyebabkan kecederaan semasa lahir (shoulderdystosia – bahu tersangkut) menyebabkan pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah/lumpuh anggota tangan (Erb’s palsy – yang berkait dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu).
  • Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi (bayi lemas dalam kandungan) dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.

Bagaimana bayi besar dari usia kandungan perlu dirawat?

Rawatan spesifik adalah berasaskan kepada keperluan dan keadaan bayi. Pada asasnya, bayi besar dari usia kandungan perlu

  • Diperiksa untuk sebarang kecacatan / kecederaan semasa lahir.
  • Memeriksa kandungan gula dalam darah.
  • Penyusuan bayi dimulakan awal dan kerap.

Sesetengah bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad neonat untuk:

Ads
  • Rawatan cecair intravena / dextrose (cecair yang diberi ke dalam salur darah)
  • Sokongan pernafasan.
  • Penukaran darah
  • Fototerapi
  • Fisioterapi

Bolehkah kita mengelakkan bayi dari menjadi besar dari usia kandungan?

Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :

  • Memantau berat ibu semasa hamil.
  • Memastikan penyakit seperti diabetes terkawal semasa hamil
  • Memantau pertumbesaran bayi.
  • Rancang kelahiran yang selamat.

Langkah-langkah ini mungkin dapat menolong di dalam mengelakkan bayi menjadi besar dari usia kandungan atau dalam menangani masalah bayi yang besar dari usia kandungan secara berkesan.

Pemulihan

Bayi-bayi yang mengalami kecederaan semasa lahir perlu terapi yang khusus Contohnya: fisioterapi adalah perlu kepada bayi dengan kelumpuhan Erb’s.

Ads

KREDIT: KKM

Bayi Besar Daripada Usia Kandungan, Perlu Ke Mama Risau?

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Bayi Besar Daripada Usia Kandungan, Perlu Ke Mama Risau?

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI